Wednesday, January 18, 2012

Dua hari sebelum rayuan ditutup, permohonan terbuka Bapa kepada YBhg Peguam Negara



KENYATAAN MEDIA

1) Saya sebagai Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari bin Azlan berharap Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya dapat memfailkan Notis Rayuan keatas keputusan Mahkamah Tinggi pada 9hb Januari yang lepas.

2) Saya sebagai Bapa merasa sedikit risau kerana sehingga ke hari ini tiada perkembangan berkenaan pemfailan rayuan tersebut oleh kerana saya percaya tempoh masa untuk memfailkan Notis Rayuan tersebut hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

3) Walaubagaimana pun saya percaya Yang Berbahagia Peguam Negara akan mengambil pertimbangan yang sewajarnya didalam pemfailan Notis Rayuan tersebut.

4) Saya juga percaya bahawa hak untuk anak saya sebagai seorang warganegara dan rakyat yang menjunjung Perlembagaan Malaysia untuk melalui proses Rayuan dan hak untuk aduan anak saya diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Yang Tertinggi tidak akan diabaikan dan tidak dinafikan oleh pihak Yang Berbahagia Peguam Negara.

5) Saya juga mohon pihak Yang Berbahagia Peguam Negara agar tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.


AZLAN MOHD LAZIM
18 Januari 2012

3 comments:

hilbert said...

Salam sdra Saiful,

Harap TS Ghani Patail tdk menyalahgunakan jawatan Peguam Negara untuk kepentingan pihak tertentu.

Dan kita harap keadilan harus diberikan kepada semua dan bukannya hanya kepada mereka yg mempunyai kedudukan tinggi atau harta semata-mata.

Semoga anda berjaya...

musyahir said...

Saiful, Sdra mempunyai asas yang kuat untuk merayu kes liwat tersebut. keputusan hakim mahkamah tinggi amatlah boleh dipertikaikan. saya pasti keputusan yang dibuat bukan berasaskan fakta tetapi lebih kpd 'mencari alasan' untuk melepaskan dari menghukum. Sepanjang perbicaraan, byk sgt bukti2 bahawa hakim tertekan dan sangat takut untuk bertindak. Pada mulanya, rakyat mungkin berfikir hakim ingin menunjukkan keadilan kpd anwar sebab itu , hakim tidak pernah menolak permintaan anwar. Dalam masa yg sama, hakim juga tidak pernah memaksa anwar walaupun dia mempunyai kuasa utk berbuat demikian. contoh nya, "Menjilat ludah kembali ' apabila menerima semula barang kes setelah ditolak kerana takut memaksa anwar menyerahkan darah utk ujian DNA. Hakim juga takut memaksa anwar utk bersumpah tetapi memberi pilihan lain yg amat melucukan. Hakim juga tidak pernah menolak permintaan penangguhan sebayka 55 kali meskipun hakim tahu, anwar akan mencari pelbagai alasan membangkang keputusan hakim demi utk membuat semakan semula/ rayuan bagi menangguhkan kes semaksimum mungkin. Atas dasar 'pengecut 'ini, keputusan lebih kepada takut kpd gertakan dan ugutan bukan berasaskan kebenaran. Alasan majlis peguam bahawakes ini adalah kes suka sama suka, saya menolak sama sekali kerana laporanpada KES KEJADIAN YG TERAKHIR yakni paksaan walaupun saiful menolak kerana telah insaf dan tidak lagi ingin menjadi hamba seks anwar. Laporan ini tidak melibatkan kes2 terdahulu di luar negara. Saya mencadangkan agar saiful dan apa berjumpa DS Rais Yatim sebagai menteri kehakiman supaya beliau dapat mendesak Ghani patail untuk bertindak segera. (Ghani patail sejak beberapa tahun ini bisu dan sunyi sepi ..kenapa yaa??)

earthlings said...

Assalamualaikum..
may Allah bless we all.
amin...