Wednesday, July 4, 2012

"Mohon Petisyen Rayuan di Failkan" . Kenyataan Media Bapa


KENYATAAN MEDIA BAPA, AZLAN MOHD LAZIM. 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

1. Saya difahamkan melalui berita bahawa Alasan Penghakiman Penuh kes anak saya telah di keluarkan secara rasmi oleh Mahkamah Tinggi.

2.Sehingga kini, saya dan keluarga belum dapat membacanya, justeru kami tidak dapat mengulas mengenainya.

3. Walaupun beberapa bulan (6bulan) menanti ia dikeluarkan, namun saya dan keluarga menyambut baik dengan perkembangan terbaru ini.

4. Namun, apa yang penting bagi saya dan keluarga adalah agar Yang Berbahagia Peguam Negara mengambil pertimbangan yang sewajarnya didalam memfailkan Petisyen Rayuan tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan, yang kini saya percaya tinggal kurang dari 10 hari sahaja lagi.

5. Saya percaya bahawa hak untuk anak saya sebagai seorang warganegara dan rakyat yang menjunjung Perlembagaan Malaysia untuk melalui proses Rayuan dan hak untuk aduan anak saya diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Yang Tertinggi tidak akan diabaikan dan tidak dinafikan oleh pihak Yang Berbahagia Peguam Negara.

6. Saya dan keluarga amat yakin dengan kepakaran pihak Yang Berbahagia Peguam Negara dan barisan pendakwaan dalam mengenal pasti alasan-alasan bagi menyediakan  satu petisyen rayuan yang terbaik.

7. Apapun saya berharap, Yang Berbahagia Peguam Negara tidak akan mudah terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak yang tidak mahu petisen rayuan tersebut difailkan.


AZLAN MOHD LAZIM

2 comments:

Kuzai ali said...

ALLAH dipihak yg BENAR..Aaaminn..

Kuzai ali said...

Akhirnya penghakiman penuh dikeluarkan jugak Mahkamah tinggi. Dah jd hak public nak jugak le kite membacanya. Harapan kite Peguam Negara tidak goyang dengan desakan luar; untuk tidak memfailkannya.