Saturday, April 4, 2009

Isu Allah: Tokoh agama bidas Anwar


Oleh ZUHAYATI YAZID
zuhayati.yazid@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 April - Dua tokoh agama hari ini membidas tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membangkitkan isu penggunaan kalimah Allah semata-mata untuk tujuan berpolitik.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan kerana melibatkan sensitiviti Melayu dan agama Islam.

''Jika berpolitik, gunalah secara matang jangan bertolak ansur dengan hukum agama, yang salah tetap salah.

"Kalimah Allah bukan untuk buat 'suka-suka,' inilah mereka tak faham sensitiviti Islam. Nama Allah untuk orang Islam saja. Jadi, janganlah nak main api dengan hukum agama,'' tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sambil melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pemimpin PKR itu, beliau menyarankan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Anwar kerana sanggup berbuat demikian semata-mata untuk kepentingan politik.

Tegas beliau, tindakan mengenakan hukuman adalah perlu sebagai pengajaran kerana menggunakan isu akidah dan hak-hak yang melibatkan sensitiviti Melayu dan agama Islam.

"Islam adalah benteng terakhir orang-orang Melayu. Jika sebelum ini status Melayu yang dipersoalkan, kita masih boleh mendongak dan menuding jari di antara satu sama lain.

"Kali ini soal agama. Walaupun Melayu kelihatannya berpecah-belah, tapi soal agama, ia boleh membangkitkan perpaduan dan bakal mencetuskan persengketaan," katanya.

Semalam, Anwar ketika berkempen di Batang Air berkata, tidak salah untuk penganut agama lain menggunakan kalimah Allah kerana ia adalah hak masing-masing.

Katanya, di Malaysia, penggunaan nama Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain disebabkan oleh UMNO.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad pula berpendapat, tindakan Anwar itu adalah sebagai taktik politik.

''Ini adalah agenda politik untuk meraih undi memenangi pilihan raya,'' katanya.

Shaikh Ismail berkata, sepatutnya isu sensitiviti agama tidak dibangkitkan sebaliknya agenda membangunkan kedudukan orang Melayu terutama dari sudut ekonomi mesti diberi keutamaan.


Sebelum ini

Petikan dari Agendadaily 5/3/2009

Parlimen, 5 March 2009, Datuk Taib Azamudden Mat Taib, bekas Imam Besar Masjid Negara:

“Saya ini lebih fokus pada pensucian Islam itu sendiri dari kepartian. Terpulang kepada tafsiran orang nak letak kedudukannya di mana,” Taib memulakan penjelasannya.

Bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid, ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan)

“Yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita.

“Allah yang dimaksudkan orang-orang Masihi adalah dan orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab ketauhidan makna Al Ahadiyah dan As Samadyiah itu tidak jadi satu tunggak kepercayaan yang lain daripada Islam sebab itu yang didakwa orang agama lain sedangkan bagi kita, kita tahu Allah tidak ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak,” jelasnya panjang lebar.

Sehubungan itu beliau mahu kerajaan memberikan penegasan mengenai perkara berkenaan agar ia dapat mengelakkan kekeliruan dan pertelingkahan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Beliau turut memberikan memberikan pandangan betapa jika kekeliruan mengenai penggunaan kalimah Allah tidak dijelaskan, dikhuatiri pertembungan yang sengit akan berlaku.

“Misal saya katakan, maaf saya pada sahabat-sahabat yang beragama Buddha, Hindu atau agama Kristian. Andai saya bertanya kepada yang agama Hindu, sahabat hendak pergi mana, mereka kata nak pergi sembah Allah, Tanya pula sahabat dari Batu Pahat (Dr Puad Zarkashi) atau Sri Gading (Mohamad Aziz), sahabat hendak pergi ke mana, mereka juga jawab, saya nak pergi sembah Allah.

“Ini Allah yang mana? Sebab itu saya lebih suka dalam isu ini, saya menasihati temrasuk diri saya, kalau masalah menyentuh aqidah dan sentuh agama kita tak payah sibuk-sibuk,” ujar beliau.

Setelah memberikan pandangan yang panjang lebar, Zahid terus bangun dan menegaskan apa yang dinyatakan oleh Taib itu adalah pandangan yang sama dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung soal penggunaan kalimah Allah.

“Apa yang dinyatakan oleh Baling, itu adalah sama dengan pendirian Majlis Faktwa Kebangsaan, apa yang ditegaskan oleh Baling itu, samalah dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam, apa yang disebut oleh Baling itu, samalah dengan pendirian kerajaan,” ujar Zahid.

Walaupun Dzulkefly dan Khalid cuba bangun untuk memberikan penejlasan mereka lagi, namun tindakan tersebut disampuk dengan teguran beberapa Ahli Parlimen lain. Antaranya kedengaran yang berkata, “cukuplah dengan penjelasan Baling, beliau ahli dalam bidang itu.” "Ini bukan politik tetapi kesucian agama”.

9 comments:

Anonymous said...

SALAM SDR SAIFUL

SKRG NI ANWAR DH TERDESAK SGT. BILA DIA DH TERDESAK MAKA APA CARA SEKALIPUN DIA SANGGUP LAKUKAN. SANGGUP MEMUTARBLITKAN ISU AGAMA SEMATA2 UTK MENAGIH SIMPATI.

TP RAKYAT DH FHM KESEMUA TAKTIK KOTOR BELIAU SEBELUM NI DAN TAK AKAN TERPEDAYA LG INSYALLAH

PAPA GOMO said...

SALAM BRO...
SAYA COPY ARTIKEL INI...
SALAM....

BILA NAK JOIN KAMI BLOGGER PEMBELA NEGARA???

Saiful Bukhari said...

W'salam Jeffry,

Bak titah DYMM Sultan Selangor: '' Baru kita kenal siapa kaca siapa permata''

W'salam Bro Gomo,

Silakan, sy pun ambil artikel ni dari Utusan dan Agendadaily.. Hujah Datuk Taib ni pd saya mmg yang paling bagus antara semua dan mudah difahami..

Masuk BPN? Mcm mana nak masuk? Kena isi borang ka?

Mat Yie said...

Mmg kalau dah kemaruk kuasa,mmg jd lagu ni la akhirnya..
maruah islam pun nak digadaikan..
Mungkin Allah bagi Anwar,hanya tuhan yang tidak mampu berbuat apa2seperti tuhan2 agama yang lain.

Yusuf Nur said...

Mari kita bersabar. Hidup ni pinjaman sahaja. Nanti di akhirat, baru tahu siapa benar siapa salah. Yang hidup dengan berselindung di sebalik nama suci Tuhan tapi sebenarnya munafik. Tidak salah belajar untuk cuba-cuba membakar jari kerana nanti akan dimandi api.

Panglima Perang Cyber said...

salam tuan tanah...

blog tuan kemas dan ceria.

ada masa kita YM..nanti boleh jumpa rakan3 lain dalam team BPN..

demi berjuang utk agama bangsa dan tanah air.

add email saya panglimaperangcyber@yahoo.com

kita boleh bertukar tukar fikiran..

tq


Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com

Khirjr said...

ALLAHuakbar! hidup Epol!!!

Saiful Bukhari said...

Kpd Saudara Yusuf Nur,

Doakan supaya perbicaraan 1 July ini berjalan dengan lancar tanpa ada lagi cubaan untuk melengahkannya.. Insyaallah, kebenaran akan muncul jua..

p/s: Segala bukti dan laporan kes sudah ada ditangan Anwar Sejak dari Disember 2008 lagi..

yusuf mujahidin ™ said...

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!!

Aslmualaikum Akh Saiful,

sy sebagaimana rakyat Malaysia yg lain benar2 menunggu kebenaran yg bakal terbongkar.

moga yg benar akan terungkai
dan yg palsu akan terdedah

salam perjuangan

Allah Maha Mengetahui