Wednesday, March 11, 2009

1 Julai 2009 tarikhnya.. Alhamdulillah..


Sekali lagi saya dan keluarga ingin memanjatkan rasa syukur kehadhirat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya, tarikh sebenar untuk perbicaraan utama telah pun diputuskan walaupun hampir 7 bulan lamanya kami perlu bersabar.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, tempat untuk dibicara ini tidaklah penting, yang penting bagi saya dan keluarga adalah tarikh untuk perbicaraan utama bermula. Sebagai mangsa, saya hanya mohon untuk diberikan keadilan dan peluang bagi saya menunaikan tanggungjawab saya iaitu memberi keterangan.

Walaupun sebelum ini saya sedikit terkilan kerana perkara ini sering ditangguh dan dibalah, namun saya tetap bersyukur kerana dengan izin-Nya, akhirnya ia dapat dimuktamadkan juga.

Diharap selepas ini, tiada lagi isu yang ' TIDAK RELEVAN ' dengan kes ini timbul bagi melengahkan perbicaraan.

Tiga bulan terakhir ini akan saya gunakan untuk mempersiapkan diri bagi menempuhi hari perbicaraan yang mencabar kelak. Segala fakta mengenai kes di ingat bagi mengelak berulangnya peristiwa ''kemenangan teknikal'' beliau pada tahun 2004.

Selain itu, saya juga sering membaca bahan-bahan bacaan mengenai undang-undang terutama mengenai peranan dan persiapan sebagai saksi/pengadu.

Akhir sekali, saya berdoa agar Allah s.w.t terus memberikan saya dan keluarga tawfiq dan hidayah serta kekuatan untuk bersabar seperti yang telah diberi oleh-Nya sebelum ini. Saya yakin bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya kerana Allah s.w.t itu Maha Mengetahui.

Sebagai hamba-Nya yang daif, saya hanya mampu berdoa dan berserah kepada-Nya.


“Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH”


SAIFUL BUKHARI

p/s: Menurut peguamnya( disini), dokumen lengkap termasuk laporan mengenai bahan2 bukti telah pun diserahkan kepada pihak peguam belanya. Ia disahkan juga kepada saya oleh Pegawai Penyiasat kes saya DSP Jude Pereira yang telah menyerahkan sendiri kepada peguam belanya pada Nov/Disember 2008. Jadi sebenarnya, pihak peguam belanya telah mendapat ''head start'' 3 bulan dan keseluruhannya 6 bulan untuk mempersiapkan hujah pembelaannya. "Mungkin, 'gambar2' berwarna yang diminta dan bukannya hitam putih seperti yang telah diserahkan sebelum ini, atau ada pemintaan tambahan yang lain" kata DSP Jude Periera.

Sebelum ini;-

Syukur..
Maju Setapak.. Alhamdulillah

Akhirnya kebenaran munjul jua.. Terima kasih Imam Ramlang Porigi- II

12 comments:

PAPA GOMO said...

SALAM SAIFUL....
KAWAN SENTIASA BERDOA AGAR KES INI BERJALAN DENGAN LANCAR.
JANGAN ADA PENANGUHAN LAGI HARAPNYA.

HARAP SUDI MENGUNJUGI BLOGG KAWAN
SALAM....



ANWAR DAH PANAS http://gomo-no1.blogspot.com/2009/03/anwar-al-juburi-kepanasan-dalam-api.html

kadiology said...

alhamdulillah.

1 julai nampaknya kita mula. harap saiful beri persediaan secukupnya. benar kata saudara, kita jangan bagi depa menang teknikal.

tapi saya kurang faham tentang rayuan yang pihak pembela filekan hari tu. adakah perbicaraan boleh bermula selagi rayuan belum selesai?

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM SDR SAIFUL

SAYA PECAYA KEBENARAN AKAN TERBUKTI JUA. CUMA SY HARAP SDR SENTIASA TABAH DLM MENEMPUH DUGAAN INI. TETAPKAN IMAN DAN BERTAWAKKAL LAH KPD ALLAH. SETIAP LANGKAH YG SDR AMBIL AKAN SY IRINGI DGN DOA INSYALLAH...AMIN YA RABALALAMINNN

Mata Hati Jiwa said...

Salam..
Teruskan perjuangan sdr... seperti kata sdr yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH..

Ya ALLAH Tunjukkanlah KEBENARANNYA... Sesungguhnya Engkau MAHA BERKUASA..

Tabahkanlah hati sdr menghadapi dugaan ini...

BENGAH @ SERLING said...

KEADILAN DINOBATKAN !

Tanggal 01.07.2009 ditetapkan
Kali kedua anwar dibicarakan
Kes liwat pertamanya lepaskan
Moga kali ini sebalik keputusan

SETERUSNYA...
http;//koleksipuisiserling.blogspot.com

ladybird said...

Kuatkan semangat, teruskan berjuang...semoga anda barjaya saiful..

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

amirrash said...

salam.
semoga anda kekal tabah dan bersedia dengan keadaan yang ada.

pada pendapat saya, cara anwar cuba melambat-lambatkan proses perbicaraan ini amat mendukacitakan. apatha lagi bagi beliau yang dikatakan bersih dan beriman.

saya rasa cara anwar bermain ini amat berbahaya. kelak memakan dia. kalau dia betul, sepatutnya dia tidak melambatkan proses perbicaraan ini melalui masalah teknikal. dia patut mempercepatkannya. isunya sekarang ialah perbicaraan diteruskan walau dimana mahkamah pun ia dibicarakan. tapi melihat kepada geng peguamnya, sudah boleh dijangka permainan mereka. geng menang teknikal kata orang2.

pada hemat saya apa yang anwar lakukan sekarang seolah-olah bahawa dia takut. takut kenapa? takut sebab benda ini betul?

apa-apa pun, pada pendapat saya. keadilan yang lambat, adalah keadilan yang dinafikan. lebih cepat ini selesai lebih keadilan untuk semua.

salam.
p.s
takut kerana salah. berani kerana benar.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

lepas 1 julai 2009..kena tunda 1 julai 2010 pulak...

lepas tu anwar ibrahim sakit kronik dan nak mati..dia akan digugurkan dari kes ini...

BOLEH JADI?

Zunaidi Dali Great Eastern said...

semoga kebenaran akan timbul akhirnya..

doakan awak dlm keadaan selamat..

sure konco2 'org tu' tgh crik awak nak bunuh awak..so take care k?

Tai said...

Teruskan berjuang, jangan berputus asa. Tuhan sentiasa bersama anda.

Anonymous said...

Salam pejuangan dari malim muda

http://malim-muda.blogspot.com
http://ict-tech.blogspot.com

Saiful Bukhari said...

Terima kasih diatas sokongan kalian semua.. =)

Mengapa kes lambat?

Baca dan kaji btl2 sebab2nya dibawah:

www.malaysianbar.org.my/selected_judgements/pendakwa_raya_v_dato_seri_anwar_bin_ibrahim_2008_kl_sessions_court.html