Monday, January 9, 2012

Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti semua sedia maklum, keputusan pada hari ini tidak memihak pada saya.

Namun, saya redha dan menghormati keputusan ini. Saya menerimanya dengan hati yang tenang.

Walaubagaimanapun, aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28hb Jun 2008 mempuyai Hak untuk di adili hingga ke peringkat Mahkamah atasan. Oleh itu, Saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwaraya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan.

Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat dari manusia. Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua pihak, yang saya ketahui atau  yang tidak saya ketahui yang menyokong dan mendoakan saya selama ini.

Saya akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Tidak sesekali saya akan mengalah.

Jika tidak dunia, di Masyar PASTI.

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), 
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, 
dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)

Kepada Allah saya berserah.

Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi

SAIFUL BUKHARI AZLAN





61 comments:

zgmail said...

saudara saiful...bersabar dan kuatkan semangat..ingat Allah bersama-sama orang yang sabar

nuraini said...

Assalamulaikum wbt...semoga awk tabah menghadapi ujian-Nya.... Hasbiallah wanikmal wakil, nikmal maula wannikmannasir [3:173]

Lynn Rahman said...

sabar ye saudara, sememangnya Allah ada perancangannya. InsyaAllah kebenaran akan ditegakkan jua nnt :)

Unknown said...

Saifol...

bersabarlah... anggap lah ini sebagai satu dugaan dan ujian dari Allah.. saya amat bersetuju dengan saudara , "Jika tidak di dunia , dimashar nanti"...

Percaya lah saudara bahawa akan ada perbicaraan semula dihadapan Allah nanti dan harap saudara kuatkan iman dan berpegang teguh pada ajaran Islam yang sebenarnya.

kepada anwar.... "hari ini kau lepas... maka bergembiralah kau .... tapi esok.... hanya Allah yang tahu... kerana Allah itu Maha Mengetahui"

Wak Long Man said...

Saiful tak perlu minta maaf jika benar anwar melakukannya .... Anwar lepas tuduhan kerana anwar takut nak bagi DNA.Dan jika anwar ebenar2nsetuju beri DNA ... Kita tentu dpt pastikan yang mana benar dan yang mana salah. Bak kata pepatah melayu >>> Berani kerana benar , takut kerana bersalah... Siapa diantara kita yg boleh pastikan yg sebenar2nya Anwar tidak bersalah. Alasan hakim pendakwa gagal dptkan DNA anwar ibrahim. Ttidak bermakna kejadian liwat tidak berlaku. Yg pasti sama ada saiful atau anwar bersalah .. kini hanya ALLAH Yg Bijaksana yg akan menghakimi mereka berdua .. Bukannya kita.

burn said...

bykkn bersbr,, kmi tetap berdoakan yg terbaik buat saiful..

Neilkie69 said...

Adik Saiful, bersabar dan jangan sekali-kali mengeluh dengan keputusan hari ini. Ada hikmah daripadaNYa yang diluar kemampuan kita selaku maklukNya. Teruskan berdoa dan bermunajat kepadaNya. Majoriti di luar sana nyakin dengan kebenaran adik. Jika mampu, kunjungilah Baitullah sekali lagi dengan mengerjakan UMRAH dan bermunajat serta berdoa di depan Baitillah...Allah SWT tidak akan memungkiri janjiNya...InsayaAllah kebenaran akan muncul jua.Amin

Iwan Baser said...

Keputusan ni hanya duniawi, wahai saudaraku saiful. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Anggaplah ini satu lagi ujian buat saiful dan juga ujian buat org tersebut. Kami mendoakan yg terbaik utk saiful dan keluarga, seterusnya yang terbaik untuk negara kita Malaysia. InsyaAllah.

Komrad J said...

Saiful,
I never believe you before
and I never will

What do you gain from this?
Please stop this humiliation!

AloQStaQ said...

Sabar Adikku Saiful Bukhari Bin Azlan.

Saya sentiasa menyokong anda!
Kami (para blogger pro-Kerajaan) pasti akan terus menyokong anda!

Allah Maha Tahu.
Allah Maha Berkuasa.

Didunia dia terlepas, takkan di Akhirat nanti terlepas juga? PASTI TIDAK. ALLAH ITU MAHA ADIL DAN BIJAKSANA. MELANGKAUI KEADILAN MANUSIA DI MUKA BUMI.

terus support Saiful !
terus bersabar dan beristiqomah bro!

AloQStaQ
ALOQSTAQBLOG.blogspot.com

nothingspecial said...

Assalamualaikum.....
yup mmg benar report polis yg awak buat tuh bleh menyokong awak....tetapi pada pandangan sy mahkamah di dunia nihh bukanlah mahkamah yg boleh memberi keadilan sepenuhnya....byk case2 yg walaupun org tuh mmg bersalah tetapi dia tetap dilepaskan....kebenaran yg sebenar tetap di Allah...

Megat Alam Gempita said...

Bersabarlah sesungguhnya Allah sedang menguji anda dan sesungguhnya istidraj Allah itu sedang berjalan...

Saudara bermunajatlah dengan bersungguh-sungguh dan pergilah ke Baitullah sekali lagi dan adukan kepada Allah. Semoga Allah menunjukkan kebenarannya. Insya Allah.

Alan Ghani said...

SATU JE AKU NAK TANYA KAU SAIFUL... SAPA PUNYA DNA YG LAGI SATU DLM JUBOR KAU? BOLEH JAWAB?

mdz5046 said...

Salam Saiful,

Setiap perkara berlaku atas kehendak Allah jua. Selagi saiful taat perintah Allah, pasti Allah akan tentukan kejayaan buat saiful dan sebaliknya sesiapa sahaja melanggar perintah Allah pasti Allah tentukan baginya kegagalan.

Saya percaya saiful tidak bersalah sebagaimana tuduhan liar terhadap saiful.

Dengan sumpah laknat yang saiful buat, sudah cukup kuat kita sebagai orang islam untuk terima siapa di pihak benar kerana Allah tidak akan simpan lama sumpah laknat yang palsu.

Percayalah saiful,keputusan ini Allah izin berlaku kerana Allah inginkan sesuatu berlaku selepas ini di negara ini.

Tunggu dan lihat keputusan Allah terhadap negara Malaysia.

Wassalam....

blablabla said...

Boleh blah lah! Nak tuduh takda bukti! Nampak sgt kau menipu. Kau kata kau tak basuh jubo kau 2 hari sbb nk simpan bukti. Dah tu camne kau kencing berak semua???!! Pastu kau kata boleh pulak kau pergi solat jumaat?! Kau bangang ke apa jubo tak bersih pergi solat? Ni lah manusia tak malu macam kau!!!!!!!

Azrai Aziz said...

saya sokong saudara..
banyak2 kan bersabar..

Shah said...

Tahniah kepada adik Saiful. Apabila kita redha yang datang kepada tetap baik. Nanti Anwar tetap terima balasan nya di dunia dan akhirat.

Zulkifly W said...

Hakim seorang kata Anwar tidak bersalah. Kita hormati institusi kehakiman. Tapi berjuta diluar sana mengatakan didlm hati bahawa dia bersalah selepas mengikuti perbicaran tersebut. Analisa sendiri berapa puluh penangguhan sejak sebutan kes pada 7 Ogos 2008, takut bersumpah, tak beri DNA, beri keterangan dari kandang tertuduh.Anda telah bersumpah laknat dan memohon petunjuk Allah di Baitullah. Karpal pun dh suruh Anwar bertaubat pada 8/2/2009.

Unknown said...

saya sedih kenapa kenapa melayu tak faham-faham perangai Al-Juburi ni.sebab DNA ini jadi nya saya buka blog ini kerana saifulbukhari saya akan tutup blog kerana pembongkaran saya buat ini sia-sia..Al-juburi tetap dengan kelakuannya...

saadin said...

Sallam, saya din,dari kuala lumpur. Saya mengikuti hampir keseluruhan kes saudara dgn anuar. Berdasarkan penampilan dan tutur bicara dalam blog saudara, memang saudara ditempat yang benar. Saya tidak berpihak dimana mana. Bilamana ianya dirujuk pada pihak anuar dan fakta prosiding di mahkamah, nampaknya situasi nampak berbeza dan terdapat kelonggaran dipihak saudara dalam menganalisa fakta tersebut. Mungkin sedikit sebanyak saudara dapat ulaskan. Pohon sekiranya perlu, email saya: mrsaadin@gmail.com. Sekian, terima kasih, W'sallam

awanicha said...

sbr dan trus bdoa saiful... kebenaran pasti akn trungkap jua akhirnya.. tlepas d dunia, blum pasti tlepas d akhirat sna. di mahkamah Allah nnti, mulut tkunci rapi.. anggota2 yg mjadi saksi yg akn bkata2..

Isfaizal said...

Saya doakan yang terbaik untuk anda Saiful! Semoga anda semakin tabah!

seti mahanum said...

InsyaAllah pasti ada ganjaran & rahmat menanti anda dihadapan. Sabar

diskbrake said...

kita masih ada Allah. Teruskan beribasah kepadaNya.

maaf saudara, apa maksud Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi?

Sakina Kushairi said...

kalau dah redha dan menghormati keputusan kenapa perlu ke mahkamah rayuan lagi?

hegho said...

Assalamualaikum wbt...
Saya doakan agar saudara terus tabah dan istiqamah menghadapi ujian Allah ini. Sesungguhnya Allah maha adil, maha mengetahui, dan maha mengasihi hamba2Nya.

Percayalah, kuasa Allah mengatasi segalanya. Sekuat mana, sekaya mana, sehebat mana pengaruh seseorang itu, hatta Firaun sekali pun takkan dapat lari dari ketentuan Ilahi.

Semoga saudara redha dan terus mendekatkan diri kepadaNya.

PAPA GOMO said...

Allah Bersama Mu bro.... Kita akan lanyak sampai lumat demi Keadilan

mail lambong said...

“Ya ALLAH ya Rahman, kami datang kepada Mu Ya ALLAH, dengan segala kelemahan, kerendahan diri dan kekerdilan kami, kejahilan dan kebodohan kami, kami memohon kepada Mu Ya ALLAH supaya memberikan petunjuk dan hidayah kepada kami tentang permasalahan aduan yang dibuat oleh Mohd. Saiful Bukhori Azlan, yang mengadu dia diliwat oleh Anwar Bin Ibrahim, dengan memasukkan zakarnya kedalam dubur Saiful; walhal Anwar Bin Ibrahim menafikan dia ada berbuat sedemikian!

Maka dengan kebesaran nama mu Ya ALLAH, dengan lafaz Wallahi, Watallahi, Wabillahi, kami , termasuk Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhori, memohon petunjuk dan hidayah daripada Mu, tunjukkanlah kepada kami, didunia ini, dengan seberapa segera mengikut ketentuan masa Mu Ya ALLAH, siapa diantara Saiful & Anwar ini yang bercakap bohong Ya ALLAH!

Dan kami memohon kepada Mu Ya ALLAH, berilah petunjuk dan hidayah Mu itu dengan menurunkan la’nat dan bala kepada penama yang berbohong tersebut; dengan cara la’nat dan bala yang bersesuaian mengikut kehendak dan ketetapan Mu, agar jelas kepada kami siapa yang berbohong diantara keduanya. Ameen Ya Robbal ‘alamin”.

Anonymouse said...

Salam...

Saya tau mesti pedih kalo ddk di tempat saudara, tp nk buat mcm mana, org yg bepengaruh mmg selalu menang atas dunia... saya pecaya pada saudara.. berani kerana benar, takut kerana salah.. salam :)

hilbert said...

Salam sdra Saiful,

secara peribadi saya melihat keputusan kes liwat II ini dibuat dibawah tekanan awam.

Keputusan yg dibuat bukan didalam keadaan yang bebas. Hakim sebelum ini telah memberi suatu keyakinan tinggi kepada pihak mangsa bahawa nasibnya akan terbela namun akhirnya terpaksa buat "U-Turn"

Keputusan hari ini sangat mengecewakan !

Dimana keadilan untuk rakyat bawahan?

Apakah sistem perundangan dinegara kita akan kembali kepada undang2 rimba?

Yang banyak wang akan tetap menang manakala yang lemah akan terus tertindas dan kalah?

es mael said...

Sabar dan mohon petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa berada di pihak yang benar. Doalah banyak2 Saiful. Anwar menang bukan kerana hakim tidak bijak tetapi kerana strategi yang amat ampuh digunakan beliau. Namun saya percaya kebenaran akan muncul akhirnya...

nothingspecial said...

Hakim tak kata pon yg anwar tak bersalah... tetapi dia cakap 'it was unsafe to convict' sebab ada keraguan...keraguan walau pon 1% jer pon tak boleh convict... anwar di bebaskan bukan sebab dia tak bersalah tetapi kerana undang2 keterangan di negara kita yang memerlukan pihak pendakwaan membuktikan 'beyond reasonable doubt' untuk sesuatu kes.. disini anwar berjaya menimbulkan sedikit keraguan...sebab tuh dia dibebaskan..walaupun anwar tak bagi DNA secara sukarela, DNA dia telah diambil semasa dipenjara tanpa pengetahuan dia...walaupun tanpa kebenaran tetapi bukti itu telah diterima oleh mahkamah...

Fath_n!e$@ said...

Ps saudara Saiful,

terus bersabar dan jangan sesekali terpesong dari landasan-Nya. hari ini hanyalah keputusan dari mahkamah dunia. Tapi yang pastinya, mahkamah di akhirat kelak tiada seorang pun akan berjaya untuk mengelak dr memberikan DNA @ apa saja. semuanya akan bercakap sendiri.

sy doakan semoga anda dan keluarga terus berdoa dan sentiasa dirahmati Allah. biarkan kata-kata yang dilemperkan kepada anda dibiarkan berlalu pergi seperti angin meniup debu...

sejujurnya memang sedih dengan keputusan hari ini. Tapi bila difikirkan balik, it's ok, ini hanyalah keputusan mahkamah dunia, bukan mahkamah di akhirat...

BlogkuBlogmu said...

Innalillah...

cikgu intan said...

La tahzan Innallaha ma'ana.
Don't be sad.Allah is with us.

if you are in the right place,there is nothing to be afraid for.appreciate your family and people who support you.they have been with you during difficult times.they despised
but they put full faith in you.you lost your fight for justice,but you successfully defended your honor.this is not about winning or losing.when you almost fall,please remember that my prayers are always with you.may Allah bless us.Amin :)

Shaari said...

salam. kami sekeluarga sentiasa menyokong saiful. yang pasti, karpal singh sendiri dah kata liwat memang berlaku. satu tamparan besar buat pentaksub anwar. moga saiful tabah dengan keputusan mahkamah. terus berjuang!! Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

hmes said...

adik saiful... tahniah dengan sikap kerehdaan adik saiful kepada ALLAH, tiada kerugian bila adik saiful bersikap demikian... apabila saya melihat adik saiful sanggup bersumpah laknat terus ke Mekah dan mendapat sokongan orang tua itu bermakna adik saiful telah mendapat hidayah dari ALLAH,,, percayalah dengan pertolongan ALLAH dan mintalah pertolongan ALLAH...

hmes said...

tahniah adik saiful... sikap anda yang rehda dengan keputusan mahkamah dunia, ini jelas menunjukkan anda sudah mendapat hidayah... anda sudah menang disisi agama Islam apabila anda telah bersumpah laknat, ke Mekah dan mendapat sokongan orang tua.. percayalah dengan pertolongan ALLAH dan mintalah pertolongan ALLAH agar ALLAH sentiasa disisi anda..

Energy Cool Enterprise said...

To Saiful Bukhari..."what goes around,comes around"..jangan kita menggunakan agama Islam untuk tutup kesalahan kita, padah akibatnya nanti..di dunia kita boleh lepas,di akhirat PASTI kita tak bole terlepas dari azab Allah..mohonlah maaf kpada DSAI kalau benar2 awak bersalah..

Cik Intan said...

kesian sangat pada pengikut2 anwar yang buta mata hati dan fikiran... pepatah melayu mmg bebar "berani kerana benar,takut kerana salah" Anwar pon mmg dh budget dia meringkuk...hahahaha! To anwar : hang sedia je la...doa orang ramai yang teraniaya sebab hang, bakal termakbul... "semoga anwar bertaubat dan mengaku kesalahannya...amin"

noriz said...

Bukan senang nk menghadapi apa yg berlaku. Mungkin ada hikmah disebalik apa yg berlaku mungkin didunia ni beliau terlepas tapi kene ingat di sana kelak beliau takkan terlepas walau sedetik. Moga saiful tenang dn bersabar. Kami diluar ramai yg menyokong saiful

Man said...

sudah2 lah tu...jangan sampai izrail dtg kepada kita untuk laksanakan tugas nya...kita aib kan org lain,khuatir tatkala matinya kita aib akan itu kembali kepada kita terus-menerus...

Amytis Yahaya said...

Salam, saudara saiful...saya dapat rasa keperitan saudara walaupun di dalam situasi tersebut hanya saudara yg lalui...Insya-Allah, Allah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui akan tunjuk jalan kebenaran...mengertilah kita semua detik2 di akhir zaman dan saudara adalah hamba Allah yg sedang berhadapan dgn manusia2 munafik lagi fasik...nauzubillah..

di padang MAHSYAR pasti!

salam.

Unknown said...

Hormatilah keptusan mahkamah Saiful Bukhairi oiii..kita ada mhkamah,undang²..sumpah² nie x bleh tentukan yg mana betul/salah..Undang² Syariah pun ada ..bleh la try kt sana plak...xyah tunggu kt akhirat kot..:D

ridhmie said...

Hoi Saiful sang biri-biri hitam legam. Udah2 la woi jadi black-sheep. Ko tu muda lagi. Takut la murka Allah. Ko buleh cakap ape saje nak sedap kan hati dan persepsi org laen. Tapi ko tak bleh tipu kebenaran. Tak ada sedikit ke belas kasihan dalam hati kau. Walau pun org yang baru diadili semalam tu bukan bernama Anwar Ibrahim sekalipun. Aduhai...

Rush Murad said...

Salam. Setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. Teruslah bersabar dan kuatkan iman serta lebih cekal menghadapi kemungkinan mendatang. Seorang Hakim mengatakan DSAI tidak bersalah, namun berjuta manusia lagi mengatakan beliau tetap bersalah. Kami sentiasa berdoa untuk kamu dan sentiasa menyokong kamu. Walau kami tidak hadir pada setiap perbicaraan Saiful, namun hati dan doa kami sentiasa mengiringi Saiful...


orangkulai

queen_ann81 said...

Bebas kerana xcukup bukti =( didapati tidak bersalah oleh mahkamah dunia belum tentu benar2 tidak bersalah...hanya Allah yang maha mengetahui kebenarannya. Semoga kekuatan yang saudara miliki hari ini bertambah seiring usia. Allah akan sentiasa bersama anda.

ladybird said...

Saiful, semoga awak tidak berputus asa dgn dugaan ini. Mahkamah telah mengatakan yang awak adalah saksi yang kredibel. Dan ramai diluar sana yang percaya dgn anda tapi tidak menyatakan disini.

Saiful teruskan berdoa dan teruskan berserah diri dan mendekatkan diri dengan Allah. Dia sebaik2 tempat kita sandarkan harapan.

Ladybird

Unknown said...

sebelum kita sebut nama ALLH... kenalkah kita padanya dengan sebenar-2nya? Carilah jalan yg benar (haq)... ILMU + AMALAN = PAHALA... salah satu bukti kita dapat pahala.. kita menjadi semakin baik.. semakin mendekatkan diri dgn Allah... semakin tenang dan bahagia dgn sebarang keadaan (baik buruk, susah senang dsb) kerana ALLAH sahaja yang sebenar2nya yg kita ada... Segala sifat2 buruk akan hancur dan sifat2 mulia akan berkembang... Insya Allah.

Explorer02 said...

No matter what hatred and grudges are being thrown to you, never will you give up to stand up and fight for the truth. If you fail to proof that you are innocent on this Earth, let Allah SWT show it to you in the Hereafter. If Allah allow's it, the truth will be unveil on Earth and again, in the Hereafter. No matter how many names you were called by the public figure, remember that those people are you brethren of the same kind. Pray to Allah so that they will receive His light. Keep on believing in Him because He will definitely be on the side of the people who are being condemned. In the end, all truth that has been kept hidden by irresponsible people will definitely be shown by Allah SWT.

P.S, this trial will never end because the final trial you and Anwar will face is in the Hereafter. Remember, Allah is the All-Knowing and the All-Seeing. He is the All-Wise and the All-Just. Good luck, my brother of the same religion. I pray that you are given justice on Earth and also, in the Hereafter. Amin.

PAS KAWASAN IPOH TIMUR said...

SEMOGA ALLAH MELAKNAT DENGAN SEBERAPA SEGERA AMIN .....

Dari Abuddarda' r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya seseorang hamba itu apabila melaknat kepada sesuatu, maka naiklah kelaknatannya itu ke langit, lalu ditutuplah pintu-pintu langit itu agar tidak masuk ke dalamnya, kemudian turun kembali ke bumi lalu ditutuplah pintu-pintu yang menuju ke arah bumi itu agar tidak dapat masuk ke dalamnya, selanjutnya ia berbolak-balik ke kanan dan ke kiri.Seterusnya apabila tidak lagi ia memperolehi jalan masuk, maka kembalilah ia kepada orang yang dilaknat, jikalau yang dilaknat memang benar-benar sebagaimana isi yang dilaknatkan, maka kelaknatan itu pun tetap berada dalam diri orang ini, tetapi jikalau tidak, maka kembalilah ia kepada orang yang mengucapkannya - sehingga ia akan memperolehi bencana dengan sebab ucapan laknatnya tersebut." (Riwayat Abu Dawud)

elfan said...

seyogianya kedua tokoh ini sama-sama bertobat kehadirat Allah SWT, karena hanya mereka 'berdua' yang tahu pertbuatan tersebut. Lalu, salah satunya membuka aib mereka berdua, ya tak ada atau kurang saksilah.

saling maaf dan saling minta ampunan pada Allah SWT itulah yang terbaik.

Che' Lat said...

Semoga Allah buka mata hati penyokong taksub Anwar... Berlaku adillah pada aqal sendiri...

Buat adik Saiful, doa umat Islam Malaysia bersama mu...

Che' Lat said...

Semoga Allah buka mata hati penyokong tegar Anwar... berlaku adillah dengan aqal anda...

Buat adik Saiful, pedulikan komen negatif mereka. Doa umat Islam Malaysia bersama mu...

Mrs.Afiq said...

'berani kerana benar, takut kerana salah'...yg teraniaya pasti dpt pembelaan kelak...sbr dan tenang dlm menempuh apa jua situasi..ingat, Allah sntiasa berada di sisi kita..Amin~

wani said...

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

insyaAllah bukan di dunia..tp di akhirat...kita di dunia sementara je..

mybabyapparel said...

Assalamualaikum..1st of all, saya cuma dpt memberi kata semangat agar saiful bersabar dan sentiasa tabah dlm apa jua dugaan mendatang..Sebagai Hamba Allah yang tidak menyaksikan kejadian tersebut, sy hanya mampu memohon agar satu masa nanti Allah akan tunjukkan mana yg benar dan mana yg bathil..Kepada penyokong mana2 pihak, jgnla melampau sgt seolah2 menyaksikan kejadian tu..smpai doa agar dilaknat la apa la..ni bukan sifat seorang muslim..nk menjadi hakim plak pd hal yg kita sndiri pun x tahu..Dan bukanlah bukti bahawa kebenaran telah terbukti dgn bebasnya Anwar Ibrahim..sbb hakim yg mengadili adalah manusia biasa, dan byk dh kes di mana org yg betul2 bersalah dapat bebas kerana kekurangan bukti dan terbatasnya akal manusia ni..Jd eloklah kita yg tak tahu apa2 ni berdiam je dan serahkan bulat2 pd Allah..Pd yg bg soalan yg merapu bab DNA sape satu lg dlm dubur saiful tu..ni soalan org yg x tau sains ni..DNA saiful dh tentulah ada dalam dubur saiful, bahkan di mana2 anggota badan dia..DNA yg bertanya tu takde kat badan yg bertanya? Psl DNA saiful tu bukan persoalannya..tp persoalannya ialah kenapa DNA Anwar ada dlm dubur saiful? Tp, skali lg, kita yg tak saksikan kejadian tak boleh nak bg rumusan sndiri..Saiful, Sy faham benar keadaan yg mana sampai ke satu tahap kita merasakan cukuplah Allah bgku..tu adalah keadaan di mana kita betul2 rasa dh hilang kekuatan dan benar2 berserah kepada Allah..tu juga tandanya iman kita makin kuat..InsyaAllah..Sekali lg sebagai org yg tak menyaksikan kejadian tu, sy berdoa semoga kebenaran ditunjukkan Allah dalam keadaan yg nyata dlm masa terdekat..Aminn..

mybabyapparel said...

Bab Muhabalah: Sumpah laknat disebut dalam al-Quran?
DR. MOHD. RADZI: Dalam Surah al-Imran Ayat 61 Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan ) kamu, maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan- perempuan kamu, dan diri kami serta diri kami, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta. Akibat buruk dalam sumpah mubahalah, adakah ia memang janji Tuhan atau hanya sumpah manusia?
DR. MOHD. RADZI: Ia memang janji Tuhan. Melalui Ayat 61 Surah al-Imran itu juga pada perenggan yang terakhir, dinyatakan “kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.” Dalam sesuatu isu yang dipertikaikan, kalau satu pihak sahaja bersumpah laknat manakala pihak yang dituduh tidak mahu bersumpah, apakah kedudukan mubahalah itu?
DR. MOHD. RADZI: Dalam kes sebegitu di mana ada pihak yang engkar iaitu tidak mahu bersumpah, kebenaran memihak kepada pihak yang bersumpah.

mekyam said...

salam saiful!

saya juga turut mendoakan agar saiful tetap tabah dan sabar. yakinlah bahawa kebenaran akan menang akhirnya, insyaAllah!

Badar said...

sabar ye saudara..apa kata kes ni bawa ke mahkamah syariah..mungkin nasib saudara akan terbela..

senses of soul said...

Semoga istiqamah dalam berdoa jika anda di pihak yang benar.

Teruskan dalam mencari keadilan jika anda di pihak yang benar

Kita(rakyat malaysia) ingin melihat KEBENARAN.