Video dari Artikel Sumpah Laknat: Setahun Berlalu
Assalammualaikum dan salam sejahtera
Prosiding Tangguh
Seperti yang anda semua sedia maklum, perbicaraan ditangguhkan lagi buat kali keberapa pun saya tak pasti, mungkin ke-25, wallahualalam. Kali ini, ia ditangguhkan bagi memberi laluan pada pihak tertuduh untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan setelah YA Hakim menolak permohonan mereka supaya YA Hakim menarik diri dari mendengar perbicaraan.
Ratusan soalan/persoalan diajukan terutama dari para penyokong tertuduh pada saya selepas saya selesai memberi keterangan untuk sesi Pemeriksaan Utama(Examination-In-Chief) oleh pihak pendakwaan.
Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawabnya kerana saya masih lagi dalam proses memberi keterangan. Soalan-soalan seperti itu hanya akan dijawab semasa sesi soal balas(cross-examine) oleh pihak tertuduh yang sehingga ke hari ini belum bermula.
Setiap hari(selepas sesi Pemeriksaan Utama selesai), seawal pagi saya sudah tiba dan bersedia dibilik saksi untuk menyambung pemeriksaan keatas saya bagi sesi pemeriksaan balas(cross-examine).
Tekanan
Pelbagai usaha “halus” dan tekanan digunakan untuk melemahkan semangat saya. Antaranya desakan memohon untuk gugurkan pertuduhan.
Saya mohon pada semua pihak untuk memberi ruang pada Mahkamah untuk mengadili kes saya ini.
Mohon untuk kes saya ini tidak dijadikan isu-isu lain oleh pihak-pihak berkenaan. Kes ini adalah melibatkan aduan saya kepada pihak polis melalui laporan polis yang saya buat keatas DSAI. Ia diklasifikasikan sebagai kes jenayah, bukan yang selainnya.
Sudah lama saya sudah bersabar (lagi 4 bulan genap 2 tahun).
Dugaan
Pelbagai bentuk tekanan dilakukan pada saya dan keluarga oleh pihak-pihak berkenaan. Dalam bentuk tulisan, ceramah, di alam siber dan pelbagai lagi. Yang terbaru, Facebook “I Hate Saiful Bukhari”. Pelbagai kata-kata yang tidak baik dan kesat yang dilemparkan keatas saya di situ.
Tidak mengapa, saya redha dan akan terus bersabar.
Pada hemat saya, biarlah diri ini dilemparkan kata-kata yang tidak baik dan kesat, yang mana lebih baik daripada daripada dihina Allah SWT kerana tidak berani menegakkan yang HAK.
Saya mendoakan agar mereka diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT agar diperlihatkan kebenaran suatu hari nanti. Saya sedikit pun tidak marah atau terasa hati.
Doa dan Iltizam
Walauapapun pelbagai tekanan, dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi, Insyaallah, saya akan terus tenang, berdoa, istiqamah dan sabar. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kepada Allah saya Berserah
SAIFUL BUKHARI AZLAN
p/s: Untuk Facebook, hanya profile ini(sudah penuh) dan page ini kepunyaan saya. Selain dari itu, ia adalah palsu. Mohon untuk tidak accept/add profil tersebut. Terdapat banyak maklumat mengenai yang saya terima dari rakan2 FB. Antaranya, pengakuan palsu. Harap maklum.
Firman Allah:
'' Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. '' (Surah An-Nisaa: 135)
Pautan:
- Di sebalik bantahan Australia - by Noraini Razak, Mingguan Malaysia.
- Anwar can't use the same "playbook" - by Leslie Lau, The Malaysian Insider
- "Karpal Singh: There is no more delaying tactics" - By Kumbang
- Peguambela, Peguamcara, Peguamtunda - by Husin Lempoyang
- Anwar perlu Game-Plan baru - by Gelagat Anwar
17 comments:
erm..apa lagi perlu dikatakan.. Hanya Alllah Taala jua tempat hamba-Nya mengadu. Bukan kepada Penguasa dunia atau sesama makhluk. Pohon keampunanan kepada Khalid dan sesama makhluk jika ada salah silap.
Sabaq dik.... Takut pada Allah jangan takut pada anusia.
Banyak2 kan bersabar saiful....insyaAllah kebenaran akan tertegak jua walaupun mengambil masa yang panjang. Yakinlah, Allah tidak suka pada mereka yang melampaui batas.
Doa, Doa dan terus berdoa, kerana doa org teraniaya akan dimakbulkan....INsyaAllah
Ladybird
banyakkan bersabar..
dan selalulah berdoa..
biarkan nawar tu dengan tong kosongnya. orang yang bersalah memang begitu. walau sebusuk mana pun kentut dia, dia tak akan mengaku. setiap perlakuan dia seperti memfitnah, memberi janji palsu, membohontg, menipu, berdusta dan berzina akan di balas Allah SWT ke atas dirinya. sekarang pun sudah nampak balasan Allah kepadanya iaitu satu persatu perkara tidak menyebelahi dirinya.
sabar saiful. kalau 10 org mengutuk saiful, 100 org menyokong saiful. keengganan DSAI bersumpah sudah membuka mata siapa benar siapa salah. kita semua sudah tahu. cuma mahu mahkamah putuskan sahaja. jangan give up, sesungguhnya Allah amat tidak menyukai orang yang berputus asa! ingat tu! ni semua dugaan yang Allah beri kepada anda untuk melihat sejauh mana kesabaran hamba-Nya!
saudara saiful,
diharapkan saudara terus tenang dan tawakal dlm mghadapi dugaan ini.sesungguhnya Allah akan hanya menguji hambanya kerna Dia tahu hambanya itu mampu utk menempuh segala rintangan yg diuji kepadanya.saudara,kuatkan diri dgn ayat2 pendinding kerna byk anasir jahat yg cuba utk 'mematikan' saudara utk memastikan kes ini ditutup.akhir kata,saya pasti DSAI akn mndpt balasan yg setimpal..kasihan kpd ahlikeluarganya yg terpaksa menutup sandiwara DSAI yg xpernah selesai..rajinlah ke kuburan arwah ibunda saudara..
saudara saiful...engkaulah wira,engkaulag pahlawan, engkaulah penyelamat bangsa dan negara!!!!....di hujung lidah mu tersimpan senjata yg hebat utk menghapuskan pengkhianat durjana!!!!....ayuh saiful....perjuangan kamu Allah telah aturkan...jgn sesekali kamu gentar!!!...kekentalan kamu berbekalkan kebenaran...Al Quraan dijunjung sebagai kunci seorang islam yg sejati...sumpahmu sumpah keramat yg membuka mata semua umat!!!!...ummi merdeka said
Salam Saiful,
Semoga Saiful bersabar, bertenang!!
Saya sekadar ingin menyatakan sokongan kpd Saiful dan berdoa semoga perjalanan yang Saiful tempuhi ini di berkati NYA..!!
Wassalam.
Aswt saiful,
Yakin lah kepada jiwa yang tulus & ikhlas, insyaallah ada kekuatan luar biasa bersama saudara.
Kebenaran pasti terbukti.. AMIN
aku dulu org kuar DSAI..tp lepas die berdolak dalik utk bersumpah, aku percaya aku dah buat keputusan yg silap. Aku tak nak leader aku rosak akhlaknya. Yg aku tak fhm, apsal penyokong DSAI still tak terbuka pemikiran pasal ni..
Jangan risau.....
cepat atau lambat
ALLAH pasti akan tunjuk siapa benar siapa salah
JIKA undang-undang dunia TIDAK MAMPU buktikan kebenaran,
undang-undang ALLAH di AKHIRAT adalah PASTI!!
siapa yang salah PASTI akan terima balasannya....
jika benar kamu tidak bersalah, semoga yang terbaik untuk kamu...amin..
*hamba ALLAH*
Aja-aja Fighting !!!!
We Always Be With U..
Support U....
:)
"saudara saiful...engkaulah wira,engkaulag pahlawan, engkaulah penyelamat bangsa dan negara!!!!....di hujung lidah mu tersimpan senjata yg hebat utk menghapuskan pengkhianat durjana!!!!...."
setuju, setuju,setuju....
Kita patut kesian ngan DSAI tkerna tak diberi hidayah. Jangan membenci sangat kesian depa. Lepas kat dunia kat akhirat macamana.
Yang sedih nye habis tok2 guru, ustaz2 semua percaya kat DSAI ni. Sedih2. Try la doa waktu antara dua
khutbah jumaat supaya ALLAH tunjukkan kebenaran.
Saya berdoa semoga anda memperolehi keadilan sebenar. Saya dan ramai rakan melihat saudara lebih telus dan konsisten dari ketua kepada parti politik yang kononnya memperjuangkan keadilan. Mohon kepada yang Esa, Penguasa kepada segala kuasa, tetapkan pendirian dan teguhkan jiwa.
ALLAH knows everything...
DIA punya dunia,DIA punya akhirat
DIA punya SYURGA dan NERAKA
DIA punya AZAB tak tertanggung
Post a Comment