Maaf lama tidak update blog, tidak berkesempatan. Berikut adalah beberapa perkembangan terkini tentang diri saya:
Perkembangan perbicaraan:
Pada ketika ini, saya di dalam proses untuk di soal balas(cross-examine) oleh pihak peguambela tertuduh. Walaubagaimanapun perbicaraan ditangguhkan buat sementara ke 18hb Feb 2010 untuk Mahkamah membuat keputusan tentang permohonan peguam tertuduh supaya Yang Arif Hakim yang mendengar kes ini menarik diri daripada mendengar kes.
Maklum balas perbicaraan:
Maaf, saya tidak boleh memberi apa-apa komen tentang keterangan saya kerana kes ini masih diperingkat perbicaraan dan kerana saya belum selesai memberi keterangan di Mahkamah.
Mengenai mengapa untuk insiden, ia dibicarakan secara "tertutup" juga saya tidak dapat mengulasnya. Ia dibuat atas permohonan pihak tertuduh dan saya menghormati keputusan Yang Arif Hakim untuk membenarkannya.
Mengenai mengapa untuk insiden, ia dibicarakan secara "tertutup" juga saya tidak dapat mengulasnya. Ia dibuat atas permohonan pihak tertuduh dan saya menghormati keputusan Yang Arif Hakim untuk membenarkannya.
Persediaan:
Saya tetap bersedia untuk menyambung proses saya memberi keterangan. Akan terus istiqamah, berdoa dan bersabar..
Doa dan sokongan:
Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan semua pihak, saya dapat bertahan sehingga ke hari ini dengan penuh tenang dan sabar. Terima kasih diatas doa dan sokongan yang diberikan. Saya amat menghargainya. Semoga Allah membalas jasa-jasa anda.
Satu sahaja saranan saya, dalam kita menyampaikan/menegakkan Kebenaran, jadikanlah Rasulullah sebagai contoh dan panduan. Baginda melakukannya dengan penuh berhemah, tenang dan sabar walaupun di caci dan di cerna musuh-musuhnya dengan amat dasyat sekali..
Insyaallah, dengan IzinNya, Kebenaran akan bangkit jua..
Facebook:
Untuk makluman, akaun Facebook saya sudah penuh(max 5000 sahabat). Justeru, atas perbincangan dengan rakan-rakan FB lain, mereka mencadangkan supaya membuka FB Page. Saya namakan ia sebagai FriendPage, bukan FanPage. Salam perkenalan
Tahun Baru Cina:
To all who is celebrating Chinese New Year, I would like to wish you all a Happy New Year.
May you have a prosperous year ahead. Gong Xi Fa Chai!! ;)
SAIFUL BUKHARI AZLAN
p/s: Akaun FanPage “Justice 4 Saiful Bukhari” telah digodam oleh individu2 yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana akaun FB individu yang membuka FanPage tersebut untuk saya telah digodam. Harap Maklum.
12 comments:
Saudara Saiful, berani kerana benar. Kebenaran ibarat air, tetap mengalir walau pun laluan nya dihalang. Sentiasalah berkata benar dan yakin Allah.
Saya selalu terserempak dgn encik saiful dekat mahkamah...Nmpknya perbicaraan masih panjang lagi...Harap dapat mendengar keputusan berkenaan kes ini tidak lama lagi. Take care.
dear Saiful,
i have always believed in you since day one. Thank you for being brave and not anyone can do what you do today. I pray for your strength and well being. I am so relief to see how supportive your father is. Hope your mother and other family members stay strong. There are lots of people out here who are with you and in awe of your strength and determination.
Keep it up.
With lots of love and Doa'
(Puan)Norizan
Cheras.
Selamat berjuang saudara ... suka tengok tulisan saudara
'Satu sahaja saranan saya, dalam kita menyampaikan/menegakkan Kebenaran, jadikanlah Rasulullah sebagai contoh dan panduan. Baginda melakukannya dengan penuh berhemah, tenang dan sabar walaupun di caci dan di cerna musuh-musuhnya dengan amat dasyat sekali..'
Ya betul .. Sandarkan kebenaran itu dengan berani kerana benar takut kerana salah. Jika benar akan datang ketenangan. Jika salah akan datang ketakutan.
Ingatlah saudara Saiful.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut." (Hadis riwayat al-Hakim)
Ingatlah saudara Saiful.
Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT
Ingatlah saudara Saiful.
Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.
Salam perjuangan ..
alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. biaq pi apa orang nak kata.. stay calm n be strong! the truth will prevail. setiap yg berlaku ada hikmahnya dan redho dengan ketentuannya.
semoga semuanya berjalan lancar.. salam hormat
adib
nape xapprove comment org maki kamu en.saiful??xkan nak yg baek2 jew...yg xske kamu pon kne la approve juga...sabo ye...tuhan akan memihak kepada insan yg benar...kite semua ni bila2 masa je akan mati...b'sabar ye..=]
Saiful, sama ada bersalah atau tidak, tuhan sahajalah yg tahu. Tetapi terlalu bangga utk menceritakan apa yang berlaku seakan mununjukkan sesuatu yg membolehkan kami musykil. Sembunyikan keaiban saudara lain, tuhan akan menyembunyikan keaiban anda.
Saiful, bagaimana dengan 3 org doktor yang mengesahkan anda tidak diliwat?
Bagaimana pula dengan pengakuan "mangsa" anwar sebelum ini yg mendakwa mereka diugut oleh orang2 tertentu untuk mengaku mereka diliwat?Tolong jawab!
Adakah mereka dibayar atau anda yang dibayar.
Jika mereka dibayar, sanggupkan mereka menerima azab yang pedih diakhirat kelak?
Dan jika anda dibayar, tidakkah anda takut tentang azab Allah yang maha hebat kelak?
Saiful, jika anda di pihak yang benar, saya doakan anda.
Tp, jika anda di pihak yang tidak benar Ingatla!!!!Kejahatan PASTI dibalas dengan Kejahatan jua oleh Allah.
Dan ingatlah, MAHKAMAH yang lebih agung menanti semua manusia di sana.
Wallahua'lam
Tak ramai ek orang komen sini. Kau promote la sikit.
Kau janganlah risau, kalau keadilan tak tertegak kat dunia, kat akhirat nanti tak boleh lari. Tapi at this point, aku & ramai lagi rakyat pun tak tahu siapa yang patut takut akan hukuman di akhirat tu, kau ke Anwar. Takpe, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Adil.
stay strong ! justice will win
Salam semoga adik saiful dalam kerehdaanNya. Dalam menanti 25 Mac ini abg harap adik sentiasa lah bersolat hajat dan baca surah yasin.Kalau boleh bacalah yasin itu sebanyak 40 kali dengan niat jauhi bala dan semoga Allah s.w.t tunjukan kebenaran itu. InsyaAllah diberkatijua olehNya.Tabah dan sabar selalu....wsalam
Post a Comment