Wednesday, August 17, 2011

Setelah 3 tahun melafazkan Sumpah Laknat

Bermunajat pada Allah di puncak Jabal Nur, Gua Hira'.
 Musim Haji yang lepas, November 2010. Cahaya dihujung, Masjidil Haram

Assalammualaikum dan Salam Hormat buat semua

Kelmarin, pada tanggal 15hb Ogos 2011, genaplah tiga tahun saya melafazkan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan. Semalam, saya kembali semula ziarah masjid yang penuh bersejarah buat diri saya ini.

Saya merasa amat terharu apabila pulang semula ke masjid ini. Peristiwa yang penuh bersejarah itu masih segar dalam ingatan saya. Pelbagai kisah yang berlaku sebelum, semasa dan selepas 3 tahun saya melafazkan sumpah laknat tersebut. Ada diantaranya diketahui umum, ada juga yang tidak pernah saya kongsikan. Justeru, izinkan saya berkongsi sedikit sebanyak kisah-kisah tersebut.

Sebelum

Pada awalnya, ia sepatutnya diadakan dengan kehadiran kedua-dua pihak, iaitu saya dan juga yang dituduh pada ketika itu, DS Anwar Ibrahim. Namun setelah dipelawa dan sering berdolak-dalih untuk berminggu-minggu lamanya, saya dan setelah mendapat persetujuan keluarga, memutuskan untuk melafazkan sumpah tersebut bersendirian, iaitu sumpah laknat.

Untuk makluman, walaupun saya sendiri dengan rela hati untuk melafazkannya, tindakan saya ini tercetus apabila ia disarankan oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri pada dan disokong oleh Tuan Guru Nik Aziz pada awal Julai 2008. Boleh rujuk artikel ini

Justeru, selepas berfikir, berbincang dengan keluarga dan beberapa ahli agama,  pada 7 Julai 2008, saya telah mempelawa beliau(DS Anwar) untuk bermubahalah. Namun beliau tidak membuat apa tindakan untuk bermubahalah.

Selepas sumpah

Selepas saya melafazkan sumpah tersebut, ia telah menimbulkan pelbagai kontroversi, kecaman, kutukan, fitnah, penipuan dan cacian oleh beberapa pihak. Sebagai contoh saya telah ditohmah sakit tenat, membuang air besar mengunakan tiub dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dakwaan tersebut ternyata sekali adalah tidak benar. Akhirnya, setelah 2 tahun, pihak yang memfitnah saya itu sudah pun memohon maaf secara terbuka. Boleh rujuk disini

Bagaimana atasi cabaran

Dari awal hingga ke hari ini, saya tidak pernah putus mohon bantuan dari Allah. Saya buang sifat 'AKU' dalam diri kerana saya memang tidak mempunyai apa-apa daya dan kekuatan, semuanya datang dari Allah SWT. Hanya Allah tempat saya berserah dan tempat saya bergantung. Saya sentiasa berdoa, istiqamah dan sabar.

Selain itu, saya berpegang pada prinsip " Biarlah diri ini dihina oleh Jutaan manusia, hilang segala nikmat dunia, daripada  ditarik nikmat di akhirat dan dihina oleh Allah SWT, kerana tidak berani berkorban menegakkan Yang HAK"

Perjuangan dan kisah Rasulullah SAW juga sentiasa saya jadikan panduan dan iktibar dalam menempuhi apa jua rintangan dan halangan dalam perjuangan menegakkan yang HAK.

Tidak dinafikan, memang banyak cabaran dan rintangan, namun saya bersyukur kerana saya dapat menghadapinya dengan tenang dan banyak bantuan dari Allah yang saya terima. Alhamdulillah...

Prosiding Mahkamah

Walaupun proses prosiding berjalan agak perlahan atas sebab-sebab tertentu, saya berkeyakinan penuh terhadap sistem perundangan kita. Di peringkat ini, Saya bersyukur kerana saya telah memberi keterangan dan kes dipihak pendakwaan telah selesai dan kini adalah kes diperingkat pembelaan. Lebih pada itu saya redha dan serah pada Allah.

Ternyata, ada hikmah disebalik kelewatan dan penangguhan ini. Banyak permata yang saya kutip sepanjang perjalanan selama 3 tahun ini. Antaranya, ia mendidik saya tentang ilmu sabar. Hatta, ia telah menjadikan saya seorang yang lebih kental dan berkeyakinan untuk tempuhi apa jua rintangan dan cabaran dimasa akan datang. Insyaallah..

Kenangan manis sepanjang 3 tahun

Antara kenangan manis yang saya perolehi setelah 3 tahun ini; Pertama, Pertolongan dan bantuan dari pelbagai pihak yang berdoa dan benar-benar ikhlas membela saya, sebagai contoh para blogger yang dari awal hingga kini masih istiqamah membela saya. Mereka melakukan ini dengan penuh ikhlas, tanpa meminta balasan. Begitu juga dengan dengan rakan-rakan dialam maya yang lain seperti di Facebook, Twitter, Forum-Forum online yang lain. Kedua, saya telah selesai memberi keterangan dan dibebaskan sebagai saksi. Ketiga,  Berkesempatan mengiringi nenek mengerjakan ibadah Haji pada November 2010. Boleh rujuk disini . Keempat, saya rasa bersyukur kerana keluarga dan pelbagai pihak terus mendoakan dan memberi sokongan, serta boleh menerima diri saya seadanya walaupun aib dan maruah sudah hancur berkecai.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang terus mendoakan, membela dan membantu saya selama ini. Doa untuk kalian semua tidak pernah saya lupakan, hanya Allah SWT yang dapat membalas segala budi dan jasa anda sekalian.

Insyaallah, dibulan yang mulia ini, kebenaran akan bangkit. Sama-sama kita doakan.

Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar

Kepada Allah saya berserah


SAIFUL BUKHARI AZLAN


p/s: Terima kasih  pada pihak TV3, khasnya buat Unit Berita & Hal Ehwal Semasa kerana sudi menemurah dan memberi ruangan Ekslusif untuk saya di Buletin Utama semalam dan hari ini.Penghargaan juga buat akhbar Utusan Melayu yang sudi menemuramah saya.  



17 comments:

Ahmad Naim said...

Allah sentiasa bersama-sama org yg teraniaya..teruskan perjuangan..Allah akan sentiasa bersama mu Saiful..yg haq mesti ditegakkan..

myspacerb said...

Kes saudara telah membuka mata saya terhadap kekuasaan Allah. Walaupon terlepas dari penjara, kalau x mahu berubah, Allah boleh buat apa2 sahaja. Video Dato Eskay etc yang tak pernah kita terfikir pon boleh terkeluar, boleh pula terkeluar (sebelum nih dgr cerita2 org sahaja). Cuma masalah sekarang adalah adakah kita mahu berfikir secara waras atau sekadar mahu mencari 'alasan2' untuk terus menyedapkan hati walaupon terang2 salah.

Semoga saudara bersabar. Seperti mana yg saya katakan, Allah boleh membuat sesuatu yg kita sendiri x pernah terfikir.

Berdoalah di 10 malam terakhir ramadhan (agar mendapat berkat mlm lailatuhqadar) dan selamat hari raya :)

Isamuddin Isa said...

tabah bro.. kebenaran akan tetap menjadi pemenang...

joe FZR said...

ALLAH bersama orang2 yang benar...amin

Alhamdulillah said...

Ya Allah berikanlah kemenangan pada yang hak....semoga Allah melindungi kita dari fitnah Dajjal...


semoga kes saiful berakhir dengan kemenangan...insyallah

bersabarlah...sesungguhnya Allah sentiasa berikan kemenangan pada mereka yang sabar

ishak99 said...

Semoga bersama dengan orang yang dizalimi. Bersabar ah mrnghadapi umiak Allah. Saya doakan semoga Saiful mendapat keadilan.

Ruzi Shuib said...

Assalamualaikum Sdr Saiful,
Teruskan berdoa dan bertawakal kpd Allah SWT.
Sesungguhnya doa orng yng di anayai di mahkbulkan oleh Allah.

Semoga mentari cepat bersinar kembalikan kebenaran kpd dunia.

AMin.

Unknown said...

Harap dapat dilink blog hamba disini..Terima Kasih.
http://klboyzwangsa.blogspot.com/

Che' Lat said...

Saudara Hj. Saiful,

Assalamualaikum,

Saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas segala salah sangka saya terhadap saudara. Saya adalah antara orang yg ter'pukau' dengan tipu helah... Mohon ampun atas barangkali keterlanjuran kata-kata dan pandangan hati saya.

Semoga Allah melimpahkan rahmahNya ke atas saudara.

Barakallahulaka...

Unknown said...

disini saya ingin memohon maaf kepada saudara Saiful Bukhari kerana sebelum ini saya adalah antara insan yg sangat kuat mengutuk dan menyalahkan tindakan saudara dan membela habis-habisan 'orang itu' dalam isu ini. Namun dengan izin Allah dan hidayahNya hati saya diketuk, hijab pandangan saya dibuka untuk melihat kebenaran susulan keluarnya tuduhan rakaman video seks 'orang itu' dan juga video2 susulannya.. itulah 'turning point' saya yang membuatkan saya kembali menyelidik kes ini satu persatu dan kaitannya anatara satu sama lain. Hasilnya..saya insaf dan tidak lagi mahu bersekongkol dengan fitnah dan kepura-puraan 'golongan itu'. Kini saya yakin bahawa saudara lah yg berada dipihak yang benar berdasarkan bukti2 kukuh dan alibi yg jelas sementelah pula melihat gelagat 'orang itu' yg masih ditakuk lama terus bersandiwara seribu alasan dan mencari helah sedaya mungkin. Semoga saudara beroleh pembelaan sewajarnya daripada Allah dan sekelian kaum muslimin yang ikhlas berjuang di jalan Allah.

hilbert said...

Salam Ramadhan Hj Saiful,

harap kebenaran untuk anda dapat ditegakkan dengan seadil-adilnya..

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM .. HAJI SAIFUL .. Ketabahan dan kesabaran selalunya akan mendapat KEMENANGAN .. insyaallah dengan Keaiban yg saudara HADAPI demi menegakkan KEBENARAN ......SAYA darai FACEBOOKER 1 MALAYSIA mengharapkan AGAR SAUDARA SENTIASA TABAH DAN KUAT DALAM MENEMPUH UJIAN ALLAH .. salam ALLAH tanda ABADI slam RASUL tanda suci salam HAMBA tanda merendah diri..

http://www.facebook.com/groups/177405372318322/

Unknown said...

Assalamualaikom Saiful,
semoga Allah akan sentiasa melindungi dan semoga keadilan akan segera terlaksana.

ezdevon said...

saya kagum dengan semangat saiful.. seorang yg berani!teruskan berjuang kerana jutaan rakyat Malaysia berdiri dibelakang anda saiful...Insyaallah yg bersalah akan mendapat balsan setimpal dr ALLAH!jgn berhenti memohon pertolongan dr ALLAH..:')

hanizam said...

Assalamualikum...semoga anda & keluarga tabah menghadapi dugaan ini..berani kerana benar...

mohonlah kepada ALLAH dalam 10 malam terakhir ini, semoga ALLAH melindungi hambanya yang teraniaya...

jangan lupa berdoa agar MALAYSIA sentiasa dirahmati & dimakmurkan serta terhindar dari malapetaka & kemusnahan dari pihak-pihak yang ingin MALAYSIA ni huru hara...

lyeinda said...

saya bukan ingin memburuk2 kan DSAI tpi sy percaya dengan perbuatan nye....raya thn ni abang sy balik kg n kami bercerita mgenai politik....tetiba abg sy kasi 1 cd dn sy pasang n tgk di dlm laptop....masyaALLah Tabarakallah....30 minit something adalah adegan penuh video DSAI bersama wanita cina...sblm ni sush juga nk pcaya bila tgk di tv3 tapi bila dah tgk secara pnuh dari mula sehingga la tamat sah org nye DSAI...manakan ada tuhan menciptakan 2 org manusia yg rupa nya seiras sekata...kembar seiras pon ada bezanya...terang2 dlm video tu npk rakan beliau datuk eskay dan dia..mgapa masih lagi tidak mgaku........???

Nordin said...

Yang bersalah kalau terlepas dari hukuman akan menerima hukuman yang lebih berat di akhirat nanti. Yang tak bersalah tetapi didapati bersalah di dunia akan menerima ganjaran setimpal apabila di akhirat nanti.