Thursday, May 21, 2009

40 Hari lagi tarikhnya.. Mohon bimbingan dan doa..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari Kebenaran yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia bakal tiba. Syukur kehadhirat Allah s.w.t kerana dengan Izin-NYA, saya masih lagi dapat bertahan untuk meneruskan perjuangan hingga ke hari ini.

Dalam meniti hari-hari terakhir episod penantian yang bakal menjangkau 1 tahun ini, persiapan rapi perlu dilakukan bagi memperlengkapkan diri sebelum masuk ke gelanggang nanti. Akan tetapi, pada hemat saya persiapan yang dilakukan secara bersendirian mesti banyak kelemahan-kelemahannya.

Maklumlah, ilmu pun tidak secukup mana dan ini baru pertama kali saya akan beri keterangan di mahkamah.

Justeru, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik anda bagi memberi bimbingan(tips2) dari segi psikologi, spiritual, kekuatan rohani, perundangan, cara-cara memberi keterangan, dan ilmu-ilmu yang sepatutnya bagi memantapkan diri saya apabila di mahkamah kelak.

Kepada yang sudi membimbing mahupun memberi sokongan moral, bolehlah menghantar kiriman anda ke alamat email HariKebenaran@gmail.com , atau diruangan komentar entri ini.

Nasihat dan bimbingan oleh pakar/profesional seperti peguam, pakar psikologi, para ulama' pensyarah dan para ilmuan yang lain juga amat dialu-lukan.

Kesudian anda untuk membimbing dan membantu saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Semoga Allah s.w.t membalas jasa-jasa anda.


Yang HAK Pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!


SAIFUL BUKHARI

p/s: Atas faktor 'keselamatan', saya ingin mohon maaf terlebih dahulu kerana saya tidak dapat membalas email-email yang dihantar. Identiti pengirim juga akan dirahsiakan. Harap maklum.

Pautan: 1 JULY HARI KEBENARAN - Gomo

Friday, May 15, 2009

25hb Jun: DSAI berlepas ke Washington? Harap pulang sebelum 1 Julai..

Kedutaan Turki, KL: DSAI pernah melarikan diri di sini
konon nyawanya terancam. Harap lakonan ini tidak berulang.



Terdapat beberapa maklumat yang saya terima mengatakan bahawa DSAI akan berlepas ke Washington D.C, Amerika Syarikat pada 25hb Jun 2009, 6 hari sebelum perbicaraan utama bermula.

Jika benar maklumat tersebut, saya harap beliau dapat pulang dan hadir pada hari perbicaraan utama kelak. Janganlah ''lari'' mohon perlindungan disana pula. Jika maklumat ini tidak benar, baguslah kalau begitu.

Dalam pada itu, pada hemat saya adalah tidak wajar untuk beliau kali ini mempertikaikan integriti dan ketelusan Mahkamah. Ini kerana, bermula dari hari beliau didakwa, sudah banyak peluang dan kelonggaran yang telah diberi.

Antara peluang dan kelongaran yang telah diberi;

1) Ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen, penetapan tarikh-tarikh perbicaraan mengambil kira dan memberi kelongaran kepada faktor bahawa beliau perlu hadir di Parlimen.
2) Beliau juga diberi jaminan bon peribadi dimana wang jaminan TIDAK perlu didepositkan
3) Paspot antarabangsa beliau tidak ditahan.
4) Perdana Menteri (pada ketika itu Tun Abdullah) sendiri telah memberi jaminan kepada beliau dan keluarga supaya perbicaraan ini dibicarakan dengan seadil-adilnya. Rujuk penghakiman ini

Selain itu, beliau sendiri baru-baru ini semasa Mahkamah Tinggi memberi kemenangan kepada YB Nizar mengakui dan menyeru rakyat supaya menghormati Mahkamah yang sememangnya telus dan bersama mendaulatkan Undang-Undang.

Jadi, pesanan saya buat DSAI, ''peganglah kata-kata anda itu untuk kes anda kelak''.

Akhir kata, pada 1hb Julai 2009 nanti genaplah 1 tahun saya berada dalam penantian bagi menuntut keadilan. Banyak dugaan dan rintangan yang telah dan akan saya, tunang dan keluarga hadapi lagi dalam menanti hari tersebut untuk tiba. Walau apapun, saya akan menantikan hari tersebut dengan penuh sabar dan reda. Saya berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.



Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!



SAIFUL BUKHARI



Terdahulu:

1 Julai tarikhnya.. Alhamdulillah..
Syukur..
Maju Setapak.. Alhamdulillah..
Keadilan untuk Anwar?
Kenyataan Media: Pedengaran Semakan Kehakiman 5 Febuari2009
Penipuan Imam Ramlang Porigi

Sunday, May 10, 2009

Happy Mother's Day, Mama.. Al-Fatihah..

Allahyarhamah Hjh Halina Bt Mohd Alip.
7th March 1962 - 20th July 2004

You taught me everything
And everything you've given me

I always keep it inside
You're the driving force in my life

There isn't anything

Or anyone I can be

And it just wouldn't feel right

If I didn't have you by my side


You were there for me to love and care for me
When skies were grey
Whenever I was down

You were always there to comfort me


And no one else can be
what you have been to me

You'll always be you always will be the girl
In my life for all times

Mama, mama you know I love you
Mama, mama you're the queen of my heart
Your love is like
Tears from the stars
Mama, I just want you to know
Lovin' you is like food to my soul

You're always down for me
Have always been around for me
even when I was bad
You showed me right from my wrong
Yes you did

And you took up for me

When everyone was downin' me
You always did understand
You gave me strength to go on

There was so many times
Looking back when I was so afraid
And then you come to me
And say to me
I can face anything ..

And no one else can do
What you have done for me
You'll always be

You will always be the girl in my life


- A Song For Mama, by Boyz II Men -



Thursday, April 23, 2009

Sabar.. Ada batasnya...

Di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Foto dari Mstar



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Writ saman yang saya failkan pada hari ini adalah susulan laporan polis saya tempoh hari berkenaan dengan lebih kurang 6 artikel berunsur fitnah dan berniat jahat telah ditulis dan disiarkan oleh www.pahangdaily.blogspot.com dan yang seumpamanya dari September 2008 hingga ke hari ini.

Artikel-artikel tersebut telah menuduh bahawa saya kini sedang terlantar akibat sakit tenat, kemaluan bernanah dan termaksa menggunakan “tiub” yang dipasang pada badan untuk membuang air besar. Tuduhan-tuduhan ini dilemparkan kononnya akibat daripada sumpah laknat yang telah saya lafazkan.

Namun, disebalik kemunculan saya di balai polis Damansara tempoh hari yang dengan jelas membuktikan dakwaan mereka itu tidak berasas, satu laporan polis pula dibuat oleh mereka kononnya untuk mereka mempertahankan dakwaan dan fitnah jahat tersebut. Tidak cukup dengan itu, pelbagai lagi tuduhan-tuduhan dilemparkan yang ternyata tidak berasas.

Memandangkan sikap angkuh dan keterlaluan mereka ini, maka saya dan seluruh keluarga merasakan adalah wajar bagi kami untuk mengambil tindakan undang-undang pada hari ini.

Pembohongan besar yang disiarkan oleh Pahangdaily.blogspot.com seperti :

Difahamkan “Anu”nya kini telah semakin bernanah dan beliau sukar untuk membuang air kecil. Tambah parah lagi beliau juga kini termaksa menggunakan “tiub” yang dipasang pada badannya untuk membolehkan beliau membuang air besar dan sebagainya.”

Ini adalah satu contoh pembohongan besar dan fitnah jahat yang tidak benar samasekali. Saya tidak pernah sakit sebagaimana yang didakwa oleh mereka. Tahap kesihatan saya adalah ditahap yang terbaik

Nama penulis yang menulis artikel-artikel tersebut juga tidak pernah didedahkan. Inilah yang dikatakan ''baling batu, sembunyi tangan''. Kononnya berani kerana benar, tetapi apabila disuruh tampil, tiada seorangpun yang mahu mengaku bertanggungjawab menulis dakwaan-dakwaan tersebut. Walaubagaimanapun, kami mempunyai bukti yang kukuh bagi mengaitkan individu terbabit.

Saya doakan agar penulis ini kembali ke jalan yang benar serta diberi taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t. Amin..


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!!


SAIFUL BUKHARI


p/s: Saman-saman ''yang lain'' akan menyusul selepas perbicaraan utama Julai ini bagi mengelakkan daripada kes terjejas.


Terdahulu:

Laporan Polis terhadap PahangDailyOnline


Artikel-artikel fitnah Pahang Daily Online dari September 2008 hingga kini:


http://pahangdaily.blogspot.com/2009/03/kontroversi-terkini-isu-saiful-saman.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2009/02/eksklusif-gara-gara-sumpah-laknat.html( sini, sini atau sini).
http://pahangdaily.blogspot.com/2009/01/konspirasi-hebatnya-saiful-bukhari.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2008/12/eksklusif-saiful-bukhari-berhijrah-enam.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2008/11/eksklusif-saiful-nampak-sihat-muncul-di.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2008/10/eksklusif-terbongkar-lagi-penyakit.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2008/09/gempar-keluarga-saiful-bukhari-buat.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2008/09/isu-liwat-gempar-saiful-bakal-buat.html


Monday, April 20, 2009

Harapkan pagar, pagar makan padi..



(Klik disini jika tidak dapat menonton)

Video diatas merupakan rakaman yang ''tidak disengajakan'' ketika saya ingin mengambil gambar mereka berdua menerusi telefon bimbit kepunyaan bapa saya. Video ini diambil di rumah DSAI di Segambut, sebelum berlepas ke Ceramah Harga Minyak Naik DSAI di AU2, Keramat pada 8/6/2008.

Ini adalah pertemuan pertama bapa bersama DSAI. Ternyata bapa cukup gembira. Impian bapa yang selama ini menjadi peyokong kepada DSAI dari tahun 1998 untuk bertemu DSAI telah saya realisasikan pada hari tersebut.

Di kesempatan itu juga, bapa mengucapkan ribuan terima kasih kepada DSAI kerana memberikan saya peluang untuk bekerja bersama beliau. Malangnya, kegembiraan dan rasa bangga bapa terhadap anaknya itu tidak bertahan lama dan musnah akibat perbuatan terkutuk yang telah DSAI lakukan kepada anaknya sendiri.

Kata bapa, ''Harapkan pagar, pagar makan padi''


Akan bersambung...


Hari Kebenaran, 71 hari lagi..

Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon anda semua berdoa agar perbicaraan pada 1hb Julai 2009 ini akan dijalankan tanpa ada sebarang halangan. Berat hati saya merasakan bahawa beliau sekarang ini masih lagi berusaha untuk melengahkan perbicaraan, mencetus sesuatu 'perkara besar' bagi mengalih perhatian atau seboleh-bolehnya cuba membatalkan perbicaraan ini.

Selain daripada itu, perlu diingat bahawa beberapa hari selepas Hakim Mahkamah Tinggi menolak keputusan Hakim Mahkamah Sesyen SM Komathy Suppiah dan menetapkan tarikh perbicaraan, peguam beliau telah memfailkan permohanan rayuan terhadap penghakiman tersebut di Mahkamah Rayuan.

Sama ada permohonan diterima atau tidak, diharap sebarang keputusan yang bakal dibuat tidak akan menjejaskan tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan. 1hb Julai 2009 ini, genaplah setahun saya, tunang tersayang dan seluruh keluarga bersabar, janganlah ditambah lagi keperitan kami rakyat kecil ini.

Walau apapun, saya akan menantikan hari tersebut dengan penuh sabar. Setiap yang berlaku itu juga ada hikmahnya. Jikalau ditakdirkan bahawa saya tidak sempat berada didunia ini untuk memberi keterangan, di MASYHAR kelak pasti akan dibicarakan jua.

Saya hanya seorang hamba yang hanya mahu menjalankan tanggungjawab yang diberi oleh NYA, lebih pada itu saya berserah sepenuhnya kepada Yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.


Firman Allah s.w.t;

''Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.'' (Surah Al-Anfal: 46)


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!!


SAIFUL BUKHARI



Pautan:

Video 26 Jun?
Imam Ramlang Porigi
Ayah Tok
1 Julai 2009 tarikhnya.. Alhamdulillah

Saturday, April 18, 2009

Prof Ariff - MIER

Professor Emeritus Datuk Dr Mohamed Ariff
Executive Director
Malaysian Institute of Economic Research (MIER)


Where were you on June 26th, 2008 from 12 to 2.30pm?



p/s: He's one of my ''ex-Boss'' Economic Advisor@Think Tank..

Saturday, April 4, 2009

Isu Allah: Tokoh agama bidas Anwar


Oleh ZUHAYATI YAZID
zuhayati.yazid@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 April - Dua tokoh agama hari ini membidas tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membangkitkan isu penggunaan kalimah Allah semata-mata untuk tujuan berpolitik.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan kerana melibatkan sensitiviti Melayu dan agama Islam.

''Jika berpolitik, gunalah secara matang jangan bertolak ansur dengan hukum agama, yang salah tetap salah.

"Kalimah Allah bukan untuk buat 'suka-suka,' inilah mereka tak faham sensitiviti Islam. Nama Allah untuk orang Islam saja. Jadi, janganlah nak main api dengan hukum agama,'' tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sambil melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pemimpin PKR itu, beliau menyarankan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Anwar kerana sanggup berbuat demikian semata-mata untuk kepentingan politik.

Tegas beliau, tindakan mengenakan hukuman adalah perlu sebagai pengajaran kerana menggunakan isu akidah dan hak-hak yang melibatkan sensitiviti Melayu dan agama Islam.

"Islam adalah benteng terakhir orang-orang Melayu. Jika sebelum ini status Melayu yang dipersoalkan, kita masih boleh mendongak dan menuding jari di antara satu sama lain.

"Kali ini soal agama. Walaupun Melayu kelihatannya berpecah-belah, tapi soal agama, ia boleh membangkitkan perpaduan dan bakal mencetuskan persengketaan," katanya.

Semalam, Anwar ketika berkempen di Batang Air berkata, tidak salah untuk penganut agama lain menggunakan kalimah Allah kerana ia adalah hak masing-masing.

Katanya, di Malaysia, penggunaan nama Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain disebabkan oleh UMNO.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad pula berpendapat, tindakan Anwar itu adalah sebagai taktik politik.

''Ini adalah agenda politik untuk meraih undi memenangi pilihan raya,'' katanya.

Shaikh Ismail berkata, sepatutnya isu sensitiviti agama tidak dibangkitkan sebaliknya agenda membangunkan kedudukan orang Melayu terutama dari sudut ekonomi mesti diberi keutamaan.


Sebelum ini

Petikan dari Agendadaily 5/3/2009

Parlimen, 5 March 2009, Datuk Taib Azamudden Mat Taib, bekas Imam Besar Masjid Negara:

“Saya ini lebih fokus pada pensucian Islam itu sendiri dari kepartian. Terpulang kepada tafsiran orang nak letak kedudukannya di mana,” Taib memulakan penjelasannya.

Bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid, ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan)

“Yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita.

“Allah yang dimaksudkan orang-orang Masihi adalah dan orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab ketauhidan makna Al Ahadiyah dan As Samadyiah itu tidak jadi satu tunggak kepercayaan yang lain daripada Islam sebab itu yang didakwa orang agama lain sedangkan bagi kita, kita tahu Allah tidak ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak,” jelasnya panjang lebar.

Sehubungan itu beliau mahu kerajaan memberikan penegasan mengenai perkara berkenaan agar ia dapat mengelakkan kekeliruan dan pertelingkahan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Beliau turut memberikan memberikan pandangan betapa jika kekeliruan mengenai penggunaan kalimah Allah tidak dijelaskan, dikhuatiri pertembungan yang sengit akan berlaku.

“Misal saya katakan, maaf saya pada sahabat-sahabat yang beragama Buddha, Hindu atau agama Kristian. Andai saya bertanya kepada yang agama Hindu, sahabat hendak pergi mana, mereka kata nak pergi sembah Allah, Tanya pula sahabat dari Batu Pahat (Dr Puad Zarkashi) atau Sri Gading (Mohamad Aziz), sahabat hendak pergi ke mana, mereka juga jawab, saya nak pergi sembah Allah.

“Ini Allah yang mana? Sebab itu saya lebih suka dalam isu ini, saya menasihati temrasuk diri saya, kalau masalah menyentuh aqidah dan sentuh agama kita tak payah sibuk-sibuk,” ujar beliau.

Setelah memberikan pandangan yang panjang lebar, Zahid terus bangun dan menegaskan apa yang dinyatakan oleh Taib itu adalah pandangan yang sama dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung soal penggunaan kalimah Allah.

“Apa yang dinyatakan oleh Baling, itu adalah sama dengan pendirian Majlis Faktwa Kebangsaan, apa yang ditegaskan oleh Baling itu, samalah dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam, apa yang disebut oleh Baling itu, samalah dengan pendirian kerajaan,” ujar Zahid.

Walaupun Dzulkefly dan Khalid cuba bangun untuk memberikan penejlasan mereka lagi, namun tindakan tersebut disampuk dengan teguran beberapa Ahli Parlimen lain. Antaranya kedengaran yang berkata, “cukuplah dengan penjelasan Baling, beliau ahli dalam bidang itu.” "Ini bukan politik tetapi kesucian agama”.

Wednesday, March 25, 2009

USAHA TERDESAK: Akaun Friendster saya di GODAM, pengakuan palsu disebar!!!



Kepada sesiapa telah terbaca email/surat/buletin di laman Friendster saya bahawa kononnya saya telah ''bertaubat''
kerana telah memfitnah DSAI, saya dengan sekeras-kerasnya ingin menegaskan bahawa segala kandungan surat tersebut
adalah satu pembohongan besar.

Ia merupakan satu FITNAH JAHAT! !


Dakwaan saya terhadap DSAI bukannya satu fitnah,
1 july nanti akan terjawab segalanya.

Ini adalah usaha terdesak PIHAK2 tertentu bagi mengelirukan rakyat.. Ia juga jelas mempunyai agenda2 tertentu selain daripada memfitnah saya.

Semoga Allah s.w.t menghukum para penganiaya ini..

Laporan Polis akan menyusul.



p/s: Terima kasih kepada rakan2 saya di Friendster dan penghantar komentar kerana telah memaklumkan perkara ini kepada saya. Jika benar dakwaan bahawa Friendster ini mudah untuk digodam, maka saya akan menutup akaunnya.

Monday, March 16, 2009

Ayah Tok..

Sepanjang saya bekerja dengan DSAI, saya tidak pernah bertemu dengan Ayah Tok. Saya cuma pernah berbicara bersama isterinya sahaja, itupun melalui telefon. Menurut DSAI, Ayah Tok merupakan salah seorang alim ulama yang sering menjadi tempat rujukannya bagi mendapatkan pandangan dan nasihat.

Tentang apa ilmu dan nasihat yang diterimanya, saya tidak pernah masuk campur. Wallahualam..

Ayah Tok sangat penting untuk DSAI. Walaupun dengan jadualnya yang agak ketat, beliau tetap akan bertemu Ayah Tok jika dipanggilnya. Sekurang-kurangnya seminggu sekali, tapi kadang-kala sampai 2/3 kali seminggu. Adakalanya, sebelum ke KLIA untuk berlepas ke luar negara atau sejurus pulang dari luar negara beliau akan singgah di rumah Ayah Tok dahulu.

Mengenai ajaran yang dibawanya sesat, terus terang saya katakan bahawa baru beberapa hari lepas sahaja saya mengetahuinya. Saya juga agak terkejut. Namun itulah hakikatnya.

Fatwa mengenainya juga telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 23hb November 1995 dimana Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman@ Ayah Tok dianggap terpesong. Sila rujuk disini.

Apapun, memandangkan fatwa ini telah digazetkan pada tahun 1995, diharap pihak Mufti atau Jabatan Agama Islam Negeri Selangor ( JAIS ) dapat memperjelaskan isu pengharaman ini kepada masyarakat sekali lagi.

Adakah ia masih sesat atau tidak? Jika sudah tidak sesat maka saya ucap Alhamdulillah, tetapi jika masih sesat maka pihak bertanggungjawab haruslah mengambil tindakan dengan segara bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara daripada dihancurkan oleh golongan-golongan terpesong ini.

Mengambil dari petikan fatwa,

Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla.

Saya berdoa semoga Allah s.w.t akan tunjukkan lagi kebenaran..


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!


SAIFUL BUKHARI


Untuk maklumat lebih lanjut;

Aurad Ismailiah
Madrasah Nurul Iman,
Jalan Kuari Sungai Long,
Sungai Serai Hulu Langat,
43100 Hulu Langat, Selangor
http://www.nuruliman.net

012-3045698 ( Direct line Ayah Tok )


Wednesday, March 11, 2009

1 Julai 2009 tarikhnya.. Alhamdulillah..


Sekali lagi saya dan keluarga ingin memanjatkan rasa syukur kehadhirat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya, tarikh sebenar untuk perbicaraan utama telah pun diputuskan walaupun hampir 7 bulan lamanya kami perlu bersabar.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, tempat untuk dibicara ini tidaklah penting, yang penting bagi saya dan keluarga adalah tarikh untuk perbicaraan utama bermula. Sebagai mangsa, saya hanya mohon untuk diberikan keadilan dan peluang bagi saya menunaikan tanggungjawab saya iaitu memberi keterangan.

Walaupun sebelum ini saya sedikit terkilan kerana perkara ini sering ditangguh dan dibalah, namun saya tetap bersyukur kerana dengan izin-Nya, akhirnya ia dapat dimuktamadkan juga.

Diharap selepas ini, tiada lagi isu yang ' TIDAK RELEVAN ' dengan kes ini timbul bagi melengahkan perbicaraan.

Tiga bulan terakhir ini akan saya gunakan untuk mempersiapkan diri bagi menempuhi hari perbicaraan yang mencabar kelak. Segala fakta mengenai kes di ingat bagi mengelak berulangnya peristiwa ''kemenangan teknikal'' beliau pada tahun 2004.

Selain itu, saya juga sering membaca bahan-bahan bacaan mengenai undang-undang terutama mengenai peranan dan persiapan sebagai saksi/pengadu.

Akhir sekali, saya berdoa agar Allah s.w.t terus memberikan saya dan keluarga tawfiq dan hidayah serta kekuatan untuk bersabar seperti yang telah diberi oleh-Nya sebelum ini. Saya yakin bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya kerana Allah s.w.t itu Maha Mengetahui.

Sebagai hamba-Nya yang daif, saya hanya mampu berdoa dan berserah kepada-Nya.


“Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH”


SAIFUL BUKHARI

p/s: Menurut peguamnya( disini), dokumen lengkap termasuk laporan mengenai bahan2 bukti telah pun diserahkan kepada pihak peguam belanya. Ia disahkan juga kepada saya oleh Pegawai Penyiasat kes saya DSP Jude Pereira yang telah menyerahkan sendiri kepada peguam belanya pada Nov/Disember 2008. Jadi sebenarnya, pihak peguam belanya telah mendapat ''head start'' 3 bulan dan keseluruhannya 6 bulan untuk mempersiapkan hujah pembelaannya. "Mungkin, 'gambar2' berwarna yang diminta dan bukannya hitam putih seperti yang telah diserahkan sebelum ini, atau ada pemintaan tambahan yang lain" kata DSP Jude Periera.

Sebelum ini;-

Syukur..
Maju Setapak.. Alhamdulillah

Akhirnya kebenaran munjul jua.. Terima kasih Imam Ramlang Porigi- II

Tuesday, March 10, 2009

Video 26 Jun?

Desas-desus wujudnya video semasa hari kejadian amat kencang sekali. Bukan sahaja di negara ini malah di negara-negara jiran seperti di Indonesia.

Beratus-ratus email saya terima kerana mahu saya menjawab spekulasi ini.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya tidak mahu melatah. Saya tidak dapat mendedahkan apapun selagi perbicaraan tidak bermula.

Walaupun perit menahan diri dari mendedahkan segala bukti yang ada, saya tetap bersabar kerana saya perlu menghormati Mahkamah.

Jadi, ada video rakaman atau tidak?, sama-samalah kita tunggu 1hb Julai 2009 nanti. Tak perlulah membuat sebarang spekulasi lagi.


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!


SAIFUL BUKHARI


Sunday, March 8, 2009

Terima kasih ''Awang Selamat'' - II


Keadilan untuk Anwar? - Awang Selamat, Mingguan Malaysia, 8hb Mac 2009

Siapa kata mahkamah di negara ini akan membuat keputusan yang tidak memihak kepada pembangkang?

Awang lontarkan pertanyaan ini kerana isu inilah yang dimainkan oleh pemimpin pembangkang yang cuba mengelirukan rakyat terutama menjelang perbicaraan sebenar kes tuduhan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan dan isu kemelut Dewan Undangan Negeri Perak sekarang.

Jika dibuat kajian, banyak kes ternyata berakhir dengan mahkamah membuat keputusan menyebelahi pemimpin pembangkang. Antaranya ialah kes liwat Anwar di Mahkamah Persekutuan 2004, kes penulis blog, Raja Petra, petisyen-petisyen pilihan raya, kes saman Mahfuz terhadap Utusan dan banyak lagi. Malah UMNO sendiri pernah diharamkan atas keputusan mahkamah.

Awang tidak terkejut dengan sentimen yang dimainkan kerana ia bukan baru. Itulah strategi pembangkang, yang sangat difahami majoriti rakyat negara ini. Keadilan hanya untuk pembangkang. Jika apa sahaja yang tidak memihak kepada mereka maka ia akan dituduh sebagai konspirasi, kezaliman dan kejahatan.

Begitu juga dalam kes Anwar dan Saiful. Daripada awal lagi, pembangkang mengambil strategi pre-emtif seolah-olah Anwar tidak bersalah sedangkan perbicaraan belum bermula. Sekali lagi, isu yang dimainkan ialah keadilan untuk Anwar. Bagaimana pula keadilan untuk rakyat kecil seperti Saiful?

Sebab itu, Awang tidak faham mengapa ada pihak yang gundah dan mahu melengah-lengahkan perbicaraan kes tersebut sedangkan Anwar telah dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan pada Ogos tahun lalu - tempoh yang lama.

Lagi lama kes itu tertangguh kepada isu-isu yang berlegar kepada soal semakan permohonan dan bantahan, selagi itulah ia juga menafikan keadilan untuk pengadu kes ini iaitu Saiful.

Harapan Awang dan rakyat, janganlah ada mana-mana pihak gentar dengan proses keadilan di mahkamah negara ini termasuk bagi kes Anwar - Saiful. Sebenarnya ini adalah kesempatan terbaik kepada Anwar untuk mempertahankan diri dan membersihkan tuduhan terbaru yang dihadapinya. Setelah dipersoalkan oleh banyak pihak kerana tidak berani melakukan sumpah laknat atau muhabalah sebagaimana yang dilakukan oleh Saiful, Anwar boleh tampil dengan berani dan menyakinkan di mahkamah bagi membuktikan dia di pihak yang benar.

Kepada Saiful, Awang harap beliau dapat terus bersabar melalui ujian yang amat berat ini. Terbaru, ada laman blog pembangkang yang mendakwa dia tenat akibat sumpah laknat yang dilafazkannya di dalam masjid, tahun lalu.

Sebaliknya beliau kelihatan sihat, cergas dan tenang ketika muncul di balai polis untuk membuat laporan mengenai fitnah yang dilemparkan menerusi laman blog itu, baru- baru ini. Fitnah sebegini pernah dihadapi oleh beberapa tokoh seperti bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan juga Ketua Polis Negara sekarang, Tan Sri Musa Hassan.

Adalah menyedihkan fitnah ini menimpa mereka yang cuma menjalankan tugas, tanggungjawab dan mahu menegakkan kebenaran. Golongan pencipta dan penyebar fitnah ini lupa bahawa akhirnya Allah yang menentukan segala-galanya.

Awang masih ingat bagaimana suatu ketika dahulu ramai termasuk ulama pembangkang melakukan sembahyang hajat selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan dipenjarakan kerana kesalahan liwat. Malah ada pemimpin pembangkang yang mengaitkan sembahyang hajat itu untuk tujuan pembalasan terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang diramalkan akan menerima akibatnya dalam masa terdekat. Dengan izin Allah, Tun Mahathir bukan sahaja melalui hidup yang lebih tenang, sejahtera malah terus disegani termasuk di peringkat antarabangsa. Apa maknanya? Awang tidak mahu dan tidak layak untuk menafsir panjang. Tetapi seperti kata Saiful dalam laman blognya, yang hak pasti berdiri dan yang batil pasti jatuh.


BISIK-BISIK AWANG SELAMAT


-----------------------------------------------------------------


Kepada Awang Selamat,

Sekali lagi Rakyat Kecil ini dan keluarga ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada Awang Selamat.. Saya dan keluarga amat terharu kerana keikhlasan saudara Awang yang selama ini sering membela nasib saya sekeluarga dengan penulisan diruangan rencana akhbar ini.

Sesungguhnya, ia telah membakar semangat dan menambah kekuatan pada diri saya dalam mengharungi liku-liku yang semakin mencabar ini. Semoga Allah s.w.t membalas jasa-jasa saudara Awang. =)

Mengenai fitnah, ternyata mereka tidak belajar dari kesilapan lampau. Mungkin tidak takut pada Tuhan agaknya. Akhirnya ia memakan diri sendiri.

Walau apapun yang terjadi, saya yakin bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. Jadi saya tetap akan bersabar kerana saya percaya Allah s.w.t itu tidak zalim dan akan bersama-sama orang yang sabar dan yang ditindas.

Mereka (pihak2 yang menindas saya) perlu sedar bahawa ''Kuasa manusia'' tidak akan dapat mengatasi Kuasa Maha Pencipta. Sebagai hambanya yang 'daif', saya hanya mampu berserah kepada-Nya.

Firman Allah s.w.t;

''Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.'' (Surah Al-Anfal: 46)


Firman Allah s.w.t;

'' Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. '' (Surah An-Nisaa: 135)


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti Jatuh!

Ikhlas,

SAIFUL BUKHARI AZLAN


Terima kasih ''Awang Selamat''..
Syukur..
Kenyataan Media: Pendengaran Semakan Kehakiman
7 Days To Go, Let's Recap..
Akuan Bersumpah Di Julang, Sumpah Laknat Dihina..


Saturday, March 7, 2009

Akhirnya kebenaran munjul jua.. Terima kasih Imam Ramlang Porigi ( Bersama Video Wawancara )


Wawancara Imam Ramlang bersama Adil TV dan Suara KeADILan.




Lihat dan hayati video ini dan kemudian baca artikel ini:''Saya 'kambing hitam' saksi sumpah Saiful'' . Ternyata terdapat percanggahan terutama mengenai individu yang mengatur sumpah saya. Lihat di minit 2:50, dengan yakinnya beliau menuduh Pegawai Khas TPM yang mengatur sumpah saya walhal bulan lepas ketika di wawancara MalaysiaKini, beliau berkata yang sebenarnya ia diatur Pengarah Jawi pula.

Selain itu, izinkan saya memetik salah satu hujah atau persoalan Imam Ramlang terhadap saya didalam wawancara di minit 4:40 ;

Beliau hairan bagaimana saya sungguh tenang dan tidak takut apabila melafazkan sumpah tersebut. Katanya, jika seseorang ingin bersumpah laknat bagi mengegakkan kebenaran, seseorang itu perlu takut dan gementar.

Jawapan saya: Jika berkata benar, tiada apa yang perlu ditakutkan wahai Ustaz...

Saya doakan semoga beliau insaf dan kembali ke jalan yang benar.

Lebih lanjut , sila rujuk posting asal saya disini...

Thursday, March 5, 2009

Syukur...


Alhamdulillah, saya dan keluarga memanjatkan rasa syukur kehadhirat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya selesailah sudah perbalahan yang akan menjangkau 7 Bulan lamanya hanya kerana tempat untuk mendengar perbicaraan.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, saya redha dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t mengenai keputusan samaada kes ini dibicarakan di Mahkamah Sesyen atau Tinggi. Pada saya, tempat untuk dibicara ini tidaklah penting, yang penting bagi saya dan keluarga adalah tarikh untuk perbicaraan utama bermula.

Ini kerana, sepanjang 9 Bulan dari hari saya membuat laporan polis, saya, tunang tersayang dan seluruh keluarga teruk dicemuh oleh masyarakat. Mereka mahu mendengar keterangan saya dan bukti untuk mereka menilai kesahihannya. Namun, saya tidak dapat berbuat demikian selagi perbicaraan tidak bermula. Walaupun perit menahan diri dari mendedahkannya, saya tetap bersabar kerana hanya mahu menghormati Mahkamah.

Dalam pada itu, pada hemat saya adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak mempertikaikan integriti dan ketelusan Mahkamah oleh kerana hanya untuk kali ini sahaja keputusan tidak mengikut kehendak pihak defendan. Ini kerana, bermula dari hari beliau didakwa, sudah banyak peluang dan kelonggaran yang telah diberi.

Antara peluang dan kelongaran yang telah diberi;
1) Ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen, penetapan tarikh-tarikh perbicaraan mengambil kira dan memberi kelongaran kepada faktor bahawa beliau perlu hadir di Parlimen.
2) Beliau juga diberi jaminan bon peribadi dimana wang jaminan TIDAK perlu didepositkan
3) Paspot antarabangsa beliau tidak ditahan.
4) Perdana Menteri sendiri telah memberi jaminan kepada beliau dan keluarga supaya perbicaraan ini dibicarakan dengan seadil-adilnya.

Walau apapun, saya berdoa agar pada 10hb Mac ini, tarikh perbicaraan dapat ditetapkan dan tiada lagi alasan-alasan dari pihak beliau untuk melengahkan lagi kes ini.

Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Allah s.w.t itu Maha Mengetahui.


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!


SAIFUL BUKHARI



** Buat Pahang Daily Online (PDO), sudah lah tu... Masih lagi mahu mempertahankan kebatilan. Selain dari masyarakat luar, ahli2 parti anda di Pahang juga banyak memberikan saya galakan supaya mengambil tindakan kerana fitnah-fitnah anda sering menjejaskan kredibiliti dan nama baik parti anda. Jika berani dan rasa anda benar , sila dedahkan identiti penulis fitnah-fitnah tersebut supaya peguam saya dapat serahkan writ saman. Apapun, saya doakan agar pihak PDO insaf dan diberi petunjuk, tawfiq dan hidayah oleh Allah s.w.t.