Monday, October 27, 2014

Sabitan Kekal atau Bebas? Kepada Allah saya berserah..


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Esok, kes saya akan mula didengar dan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan. Saya harap pihak perayu(DS Anwar Ibrahim) tidak mencari alasan untuk "tunda" lagi.

Cukuplah kes ini berlanjutan selama 6 tahun 2 bulan, yang mana sudah mencecah 100 penangguhan dan permohonan dibuat.

Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya kerana ia melibatkan maruah dan masa depan.

Sebagai pengadu dan rakyat kecil, saya berkeyakinan penuh bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar, lalu memutuskan kes ini dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang, bukti-bukti dan semua keterangan sepanjang perbicaraan.

Saya berdoa agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh, pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi (ura2 ada 'deal', harap tidak benar) agar beliau dibebaskan adalah suatu yang mustahil dilakukan.

Sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya dalam menghadapi sesuatu perkara, untuk siapkan diri berhadapan dengan 'worst case scenario'.

Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap Istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hambaNya yang tegakkan kebenaran.

Jika tidak didunia, di Masyar pasti…

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bapa, isteri tersayang, seluruh ahli keluarga saya yang selama ini berdiri teguh, berdoa, berkorban dan bersama saya, juga kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung bersama saya selama 6 tahun ini. Allah SWT sahaja dapat membalas budi dan jasa kalian.

Disaat ini, hanya Allah SWT sahaja tempat saya mohon pertolongan, berserah dan mengadu. Sama-sama kita tunggu keputusan Mahkamah nanti.

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129) 


 Gambar hiasan

 Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar.


 MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN

11 comments:

megataf said...

Alhamdullilah dan Syabas Saiful…satu pendirian yang tepat sekali…Allah akan menentukan segalanya..kita wajib mengambilnya secara positif dan istiqamah serta sabar.InsyaAllah kebenaran akan diperlihatkan juga satu masa nanti…sehingga hari itu berharaplah hanya kepada yang Maha Mengetahui dan Maha Adil.

MNH SASTERA MELAYU said...

Terus tabah ye Saiful. Insha Allah, kalau anda di pihak yang benar, Allah pasti akan membantu. Terus.bermunajar kapada Allah untuk menentukan siapa betul dan siapa salah.

Ida Scripters said...

Sy percaya Allah swt mendengar rayuan anda.. kerana anda tidak mmpunyai kuasa spt DSAI yg meminta2 serta merayu kepada org ramai supaya berdemo untuknya. Mintalah kepada Allah seadanya... nescaya Allah akn melindungi anda.

Anti PR said...

Peliwat sdg membuat provokasi kononnya dia betul. Masa berbontot, tak ajak org pulak tu. Mohon hukuman ditambah lagi sebab kes yg berulang.

Ainna Sofiea said...

Jadilah islam yg baik.pada isteri mu dan keluargamu.kerana perbuatan mu awluruh keluarga mu menanggung aib kwrana mu.taubatlah kamu dgn seaungguh nya.moga kamu dikurniakan keimanan yang jitu

TheEndLot said...

Semoga saudara tabah dan mendapat hidayah Allah

rona tanjilul said...

Semoga Allah tunjuk sapa salah..sapa benar

Sham Aff said...

Allah akan bersama mu

romzi said...

Sabar bro, ko jgn risau..kalau ko dipihak yang benar, Allah akan tolong..

Lenggang Kangkung said...

Wallahu a'lam..

seijiseimura84 said...

salam saiful

Saya berharap hujah ini dapat membela dakwaan jahat dari pembangkang

http://seijiseimura84.tumblr.com/post/102195455270/konspirasi-umno-untuk-menjatuhkan-anwar-ibrahim-tidak