Wednesday, December 8, 2010

Kenangan Terindah - Haji 1431

 Malam terakhir di Masjidil Haram bersama Nenek
Berdoa berdekatan Multazam(Pintu Baitullah)
Hari pertama melontar. Baru lepas Tahalul awal (bercukur)
 
Jamrah Kubra, Hari terakhir melontar
Baru selesai Tawaf Ifadhah(Haji)
 Sebelum solat Isyak, Umrah Sunat

 Bermunajat di puncak Jabal Nur. Cahaya terang dihujung-Masjidil Haram
 Umrah Sunat terakhir. Ruang legar Imam Masjidil Haram, Rukun Yamani

Lagi gambar klik disini

Assalammualaikum

Dengan Izin dan limpah kurniaNya, saya telah selamat pulang ke tanah air beberapa hari lalu setelah berada di tanah suci selama 42 hari bagi melaksanakan Rukun Islam yang Ke-5 iaitu Ibadah Haji. Syukur Alhamdulillah!

Saya mengiringi nenek tersayang dan saudaranya. Nenek sudah berusia, memerlukan sokongan kerusi roda untuk berjalan jauh. Kami ikut pakej Muasasah Tabung Haji. Syukur Alhamdulillah, Allah SWT telah mempermudahkan segala urusan sepanjang kami disana. Dan yang paling manis, saya dan Nenek selamat menunaikan Rukun Islam yang Ke-5 dan selamat kembali ke tanah air. =)

Pelbagai ilmu dan pengalaman berharga saya perolehi sepanjang berada disana. Walaupun bukan pertama kali ke tanah suci, namun pengalaman menunaikan Haji jauh lebih mencabar dan menarik berbanding Umrah Ziarah. Suasana dan nikmatnya jauh berbeza. Akan saya kongsi, jadikan permata dan bekalan untuk masa akan datang hingga ke akhir hayat.

Ramai juga kenalan baru dikalangan jemaah yang saya perolehi. Rata-rata memberikan respon yang positif, semangat, nasihat, mendoakan saya dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan masa hadapan.

Kesempatan dan peluang berada di tanah suci saya gunakan dengan secukup-cukupnya untuk beribadah, berdoa dan memohon pada Allah SWT. Antara tempat-tempat mustajab yang saya berpeluang untuk berdoa; Wukuf di Arafah, Mina, Makam Rasulullah, Raudah, Multazam, Rukun Yamani, Gua Hira' Jabal Nur dan banyak lagi.

Antara doa yang dipohon; agar terus diberi kekuatan untuk Istiqamah dalam menegakkan kebenaran, diampuni dosa-dosa, kesejahteraan dan keselamatan keluarga, Agama, umat, bangsa dan tanah air tercinta. Juga, mohon Rakyat dibukakan Hijjab agar diperlihatkan yang HAQ dan dilenyapkan segala yang batil!

Sudah dua tahun setengah saya menanti agar Kebenaran dan Keadilan dapat ditegakkan. Walaupun ia belum lagi selesai, namun saya redha dan bersyukur dengan segala bantuan yang Allah berikan. Banyak hikmah disebalik kelewatan, penangguhan demi penangguhan. Mungkin ramai yang telah dapat lihat hikmah disebaliknya. Itulah kebesaran Allah. Dia Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.

Saya tidak mempunyai apa-apa kekuatan, kuasa, pengaruh, wang untuk berjuang, hanya Allah SWT tempat saya mohon dan mengadu. Walaubagaimanapun, saya akan terus berdoa, istiqamah dan bersabar, tidak sesekali saya akan menyerah kalah! Kebenaran pasti akan bangkit jua akhirnya.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang telah banyak mendoakan, membela dan membantu saya selama ini. Doakan untuk kalian semua tidak pernah saya lupakan, hanya Allah SWT yang dapat membalas segala budi dan jasa anda sekalian.

Salam Maal Hijrah!

Yang Hak Pasti Berdiri,
Yang Batil Pasti Jatuh!

SAIFUL BUKHARI AZLAN


P/s: Dikesempatan ini, saya ingin ucapkan tahniah dan terima kasih pada Tabung Haji kerana telah memberikan perkhidmatan yang sangat cemerlang, berkorban tenaga untuk seluruh jemaah termasuklah saya sekeluarga. Syukur dan bangga jika dibandingkan dengan pengurusan jemaah negara lain. Alhamdulillah


35 comments:

Anonymous said...

SLM BRO..ALHAMDULLILAH KRN SELAMAT PULANG MENUNAIKAN HAJI PD TAHUN NI. MUDAH2AN APA JUA DOA BRO AKAN DIMAQBULKAN..INSYALLAH

Anonymous said...

alhamdulilah.. :)

Mierzy Catering and Wedding Planner said...

Alhamdulillah saudara Saiful selamat kembali ke tanahair setelah selamat menjalankan ibadah haji,semoga saudara mendapat haji mabrur hendaknya.segala yang berlaku akan ada hikmahnya insyaallah...yg salah tetap salah yang benar tetap benar...Allah maha mengetahui dan maha melihat.

Gerakan Timur said...

Salam,

Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada anda untuk berjuang demi kebenaran.

Krim salam skali pd Uncle Pet.

santauangin said...

Ni nak tanya kat Al Juburi. Bila lagi nak ikut rentak Saiful ini. Masakan seru tak dapat lagi. Kalau nak pi tu jgn lupa bawa Datin Azi dan anak tersayong Nurlu tu ye. Kalau berkesempatan juga bawalah Timb Pres tu sama berserta anak 2 dan istrio nya. Masakan nak pi buat cerita kat AS, Ausrtalia, Indonesia dll ada uang. Tak kan nak pi Mekah tunaikan fardu Haji tak ada uang. Biak betoi Al Juburi. Aku rasa tahun depan elok lah hang dan sekutu sekutu pi tunaikan Haji. Kalau rasa janggal nak pi bersekutu bawalah Pok Niky tu sebagai teman. Teman nak tuniakan haji tau bukan teman yang lain lak.

hilbert said...

Salam 1Malaysia saudara Saiful,

Sangat bersyukur saudara sentiasa didalam lindungan Tuhan Yang Esa.

Walau kes yang saudara seringkali ditunda namun jiwa saudara sentiasa tenang dan teguh.

Semoga Tuhan terus melindung saudara dari segala percubaan dan agar saudara sihat sejahtera selalu hendaknya.

syukri said...

Assalamulaikum Tuan Haji Saiful..
saya harap Tuan Haji dpt mnjawab pertanyaan pihak lawan yg mmpersoalkan ini semua mainan politik untuk mnghantar Tuan Haji menunaikan fardu Haji.. ini krn mereka mmpersoalkan bagaimana Tuan Haji dpt tmpt begitu cpt sbb klu ikut pakej Muasasah Tabung Haji tntulah perlu mnunggu giliran yg lama sehingga bertahun-tahun.. ttp Tuan Haji dpt pergi begitu cpt tnpa mnunggu giliran yg lama..

sy berharap Tuan Haji dpt mnjawab pertanyaan mereka ini spy jelas pada pndgn org ramai..
sekian, terima kasih..

-Muhammad-

d said...

Salam Perjuangan Saudara Saiful,

Saya amat bersimpati dengan apa yang berlaku pada diri saudara.

Papa Gomo banyak mencerikatan mengenai anda kepada saya.

Bersabarlah.. Banyakkan berdoa.. Insyaallah, kebenaran akan terserlah.

Saya turut linkkan blog anda di dalam blog pilihan di blog saya..

Salam dari,

Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat

http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

Mar Zain said...

Alhamdulillah.. Lama benar tk dengar khabar berita dari Saiful. Semoga semua nya selamat..

PAPA GOMO said...

Salam Bro! Syukur lu selamat sampai ! Ulas banyak taknak tapi nak mohon copy artikel dan gambar buat tatapan semua!

Allah bersama mereka yang benar

anakbangsa said...

syukur alhamdulillah saiful.selamat tahun baharu hijrah.moga saiful akan tetap bersemangat.

Seng Malacca said...

Assalamualaikum sdra Saiful,

Alhamdulillah, syukur kerana dberikan kekuatan untuk mengerjakan haji.

Saya sentiasa mendoakan yg terbaik utk sdra.Ya, semoga Allah SWT membuka hijjabnya agar rakyat Malaysia tahu perkara yg sbnrnya.

Yang Hak Pasti Berdiri,
Yang Batil Pasti Jatuh!

~GREEN HORNET~

Wake UP! said...

Syukur ke hadrat Ilahi. Semoga saudara Saiful mendapat haji yang mabrur hendaknya.

Neilkie69 said...

Salam Maal Hijrah,

Syukur kepada Allah di atas rahmatNya adik Saiful dan keluarga telah selamat dan selesai menunaikan rukun ke5.Semoga terus dirahmatiNya jua. Saya tetap akan berdoa agar adik terus diberi kekuatan dalam perjuangan menuntut keadilan. Selamat berjuang.

Salam perjuangan


Neilkie Rajuah

Samuraimelayu said...

Alhamdulillah, teruskan perjuangan anda. Saya percaya jika kamu ditempat yang benar maka kebaikanlah yang akan kamu terima, akan tetapi jika ianya sebaliknya maka laknatlah keatas kamu selagi dunia dan akhirat selagi tidak diampuni oleh Allah SWT..... Di ruangan ini juga saya ingin memohon maaf kepada anda, kerana sebelum ini saya telah mencemuh dan menghina anda dengan teruk tanpa pengetahuan anda, oleh itu dikesempatan dgn sedikit helah nafas saya yang tinggal ini, ingin saya memohon ampun daripada anda sekeluarga..... kini saya sudah mulai menyedari dan menyesali dengan apa yg telah anda terima selama ini.... nasihat saya teruskan berjuang demi keadilan anda dan kesejahteraan ummah didalam negara ini.... akhir kata sekali lagi saya memohon maaf kepada kamu seisi keluarga..... maafkan saya serta rakan2 saya...

Jong said...

Salam,
Saya berharap sdr telah berdoa supaya keadilan buat sdr dapat ditegakkan segera.

- Dr Faisal Tehrani

TheInsider said...

alhamdulillah.
semuanya selamat. Nak tanye,pihak yang lagi satu tu,bila nak pi berdoa jugak kat Tanah Suci,mintak Allah tunjukkan yang HAQ dan hapuskan yang batil semacam mane yang Saiful dah buat kat Mekah nun. Ke takut kena panah petir? ni sibuk uduk ke negara kutuk negara sendiri.Alahai..

Saiful Bukhari said...

Amin! Alhamdulillah, terima kasih semua =)
Samurai: W'salam. Utk makluman, sy dr awal sy sudah maafkan semua yg mempunyai salah tanggapan trhdp saya. Sy anggap anda semua golongan yg tidak tahu. Alhamdulillah, Allah telah membuka hijjab. Terima kasih

Syukri: w'salam. Mrk yg pertikai, suruh mereka tanya pada Allah. Mengapa sy dan nenek dijemput menjadi tetamuNya pada tahun ini?

Dr Faisal: Alhamdulillah, sudah Dr. Tk kerana sudi singgah di blog sy. Salam perkenalan

Amin Baek said...

salam bro..alhamdulillah..moga anda terus kuat dan istiqamah..doa sy buat anda..

ptd-kokak said...

Alhamdulillah, selamat semuanya..Percaya kepada qada dan qadar Allah, jika tidak kena hukuman di dunia, di akhirat pasti azab beliau &penyokongnya amat pedih. Kalau duit ada berjuta pun, tetapi Allah tidak mahu menjemput selaku tetamu-Nya, maka tidak akan sampai ke tanah suci. Yang mempersoalkan itu, tanya semula iman dalam diri mereka.

Unknown said...

SLM Bro, insha Allah Hajjun Mabrurun wa sakyun masykurun wa zanbun magfurun pada sdra..rindu ingin ke tnh suci ini..
utk mrk yg pertikai knp bro dpt pegi cepat ikut muasasah (sdgkan org lain kena tgu 10 - 15 thn) ialah sbb krn polisi tbg hj mengizinkan mahram/pengiring kpd warga emas dan OKU pergi mengerjakan hj(dlm kes ni nenek saiful dah uzur dan tgolong warga emas)

Unknown said...

Assallamualaikum Tuan Haji Saiful..semoga sentiasa dirahmati, diberkati dan dimakhbulkan doa oleh Allah SWT....semoga beroleh kekuatan dan pertolongan daripada Allah..Aminnnn

Zuwairi Abd Aziz said...

Assalamualaikum Tn Haji Saiful.

Alhamdulillah, Tn Haji selamat menunaikan fardhu haji ke Tanah Suci.Tak perlulah Tn Haji takutkan pada manusia, apa manusia di luar sana ingin mengatakan ttg Tn Haji. Allah Maha Mengetahui. Tn Haji telah diuji dgn Allah dgn ujian yg sgt berat, tetapi Tn Haji tetap bersabar. Yang benar tetap benar, saya tetap yakin dengan Tn Haji. Insya Allah, segala doa Tn Haji akan dimakbulkan Allah, dgn syarat percaya 200% kepada-Nya. Semoga Tn Haji turut mendoakan saya menunaikan fardhu haji ke sana.

Unknown said...

Salam Saiful....Harap dapat di link Blog KL BOYZ disini...Terima Kasih..
http://klboyzwangsa.blogspot.com

His MAJESTY said...

Assalamualaikum,
saudara Saiful....

Sebelum saudara pergi ke Haji dan kes kamu dihebohkan dahulu, saya ade melihat cahaya kebenaran di dahi kamu menerusi gambar-gambar kamu di Internet.
Selesai menunaikan ibadah haji dan saudara pulang ke tanahair, cahaya di dahi mu itu, tetap ade.
Muka kamu lebih nampak berseri dari sebelumnye.

Alhamdulilah, kamu sebenarnye berada di antara golongan-golongan orang-orang yang benar menegakkan keadilan, membersihkan segala keaiban dan musibah yang telah menimpa ke atas diri kamu.

Bersabarlah saudaraku Saiful, menempuh segala ujian dari Allah.
Sesungguhnye, Allah itu Mengetahui ape di hadapan dan dibelakang kita.

Jika kes kamu itu tidak dapat di hitung di dunia, di Padang Mashyar.... tetap akan di hitung juga.

AMIN.

Wassalam.

"berkata benar sekalipun ianya pahit..." said...

Barakallahu fik...

Unknown said...

saya sebagai hamba yang hina dan juga pembaca blog awak, nak mintak belas ihsan supaya awak dapat promosikan blog ni www.pondoktahfiz.blogspot.com atau wwww.pondokpadangbongor.tripod.com.
tujuan saya supaya pengikut blog awak boleh dermakan wang ataupun apa-apa buku rujukan spm, stpm dan pmr untuk adik-adik kita yang akan masuk tahfiz tu supaya dorang dapat blaja. kerjasama awak amat saya hargai.

fulisiakantora said...

Assalamulaikum bro Haji Saiful, aku tabik 'spring' lah dgn tahap kesabaran tuan haji menghadapi semua ni, kalau musibah ni terjadilah kat kelurga aku, dah lama aku hukum murtad je al-juburi tu (hukum hudud utk org murtad agak2nya apa ya??), teruskan keadaan istiqamah dlm perjuangan. Allah itu bersama dgn org yg benar, yg bathil akan lenyap!! ALLAHUAKBAR...

sha said...

salam..teruskan berdoa

Black said...

Bro...bantuan Allah pasti tiba. Ribuan maaf dipohon atas segala kesangsian keatas hak saudara sebelum ini. Hikmahnya amat besar sekali.
Hanya Allah yang layak utk dijadikan tempat permintaan dan permohonan oleh semua makhluk di kala terputusnya segala pengharapan dari selainNya dan dikala terputusnya semua sebab kecuali dariNya.

karl said...

mohon link /banner
http://wicararumi.blogspot.com

Uji Hussein said...

Salam.Terima kasih kerana tolong tengok2kan ayah, Haji Jasman semasa di Mekah dan datang hantar gambar ke rumah.Doa kami sekeluarga sentiasa mengiringi Saiful dan kleuarga.

stalker said...

laa takhaf,
walaa tahzan,
innallah maa'na.

fasbir,
innalaqibatu lilmuttaqin.

jangan takut,
dan jangan bersedih,
sesungguhnya Allah ada bersama2 kita.

bersabarlah,
kesudahan yang baik hanya untuk orang2 yang bertakwa.

saudara saiful,
itu janji Allah :)

Dia ada dengan kita,sentiasa,
kuatlah!

abg said...

syukur!!! syukur!!!!

Malaysia Maternity Wear,Maternity Wear Malaysia,Maternity Wear,Maternity Clothing,Maternity Dress,Online Maternity,Online Baby Products,One Stop Maternity

www.tokovimaxoriginal.com said...

http://historicaliran.blogspot.com/