Thursday, September 30, 2010

Mohon Bantuan

Waja, Silver. WLG 9170. Registered Nov 2003. 
Pics taken Dec 2004

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam, pada jam 8.35pm, selepas makan malam bersama bapa di restoran berdekatan, saya dapati bahawa kereta saya telah dicuri. Kejadian berlaku di bahu jalan Lorong Medan Tuanku 2, Kuala Lumpur. 

Laporan Polis telah dibuat di IPD Dang Wangi. Saya difahamkan siasatan dan gerakan mengesan semula kereta saya sedang dijalankan.

Jika ada sebarangan maklumat, mohon jasa baik rakan-rakan dan pengunjung blog saya menghubungi Pegawai Penyiasat IPD Dang Wangi Sarjan Mejar Shukor di talian 019-3245442.

Buat masa ini, saya tidak mahu mengesyaki atau mengaitkan kehilangan kenderaan saya ini dengan perbicaraan yang sedang berlangsung. Saya serahkan kepada pihak Polis untuk menyiasat.

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan serta orang ramai diatas keperihatinan,bantuan dan doa sejurus saya mengumumkan berita kehilangan tersebut di Facebook dan Twitter malam tadi.

Kereta tersebut banyak kenangan dan jasanya. Ia juga merupakan hadiah dari Arwah Ibu sebelum beliau kembali ke Rahmatullah pada tahun 2004.

Apapun, sebagai hamba Allah, saya akan terus berdoa, tenang dan sabar. Insyaallah, jika ada rezeki, pulanglah ia, jika tiada, maka saya Redha.

Diharap rakan-rakan diluar sana terutama pemilik kenderaan mengambil iktibar dan berhati-hati. Kes kecurian kenderaan sudah menjadi perkara normal semenjak akhir-akhir ini. Ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja.


SAIFUL BUKHARI AZLAN

12 comments:

Panglima Perang Cyber said...

Bersabarlah...

ada hikmah tu.


pelik betul fitnah pembangkang kata saiful dapat duit fitnah anwar.

kalau tak tentu dah pakai kereta mewah.

cuma kalau dah jumpa no kereta kena tukar.

bahaya beb


saya akan siarkan di fb dan blog Insya Allah.

moga berjayalah usaha mengesan kereta saiful


selamat bersabar.


Ada hikmah di sebalik yang terjadi.

Saiful Bukhari said...

Amin.. Insyaallah. Tk diatas nasihat. Biarlah depa fitnah, dh lali. Kerna yg Haq tetap HAQ.

Obefiend Weiland said...

Semoga jumpa kereta anda semula

tumpang kasihan

konarlepe said...

harap kalu kerete dah jumpa sila check betul2 takut nanti ada orang nak sabotaj saiful. byk2 la berdoa pada allah agar keselamatan saiful terjaga..amin

Anonymous said...

sabar & redha (Tuhan sdg menguji).

klik :
http://www.myspace.com/174747593

QALAM BLOGGER said...

Salam Saiful, muga-muga saudara bersabar dan tidak terlalu tertekan dengan kehilangan ini, mana tahu ini satu ujian untuk saudara memperoleh rezeki yang lebih besar nilainya nanti.Amin.

Bahasa Makngah said...

TAHNIAH KPD SAIFUL KRN TERUS TABAH DAN TAWAKKAL KPD ALLAH. SAIFUL KENA SEDAR PERJUANGAN SAIFUL BUKAN UTK DIRI SAIFUL SHJ KRN IA MELIBATKAN PEMBOHONGAN DURJANA SEKOR TU YG MELIBATKAN BANGSA MELAYU DAN ISLAM SEJAGAT. INGATLAH KEMENANGAN SAIFUL DLM KES SAIFUL ITU AKAN MEMBUKA IKATAN KEBENARAN YG SEKARANG INI MASIH TERSIMPUL, TERUSKAN PERJUANGAN DAN BANYAK2KAN BERDOA KPD ALLAH.

Bahasa Makngah said...

TAHNIAH KPD SAIFUL KRN TERUS TABAH DAN TAWAKKAL KPD ALLAH. SAIFUL KENA SEDAR PERJUANGAN SAIFUL BUKAN UTK DIRI SAIFUL SHJ KRN IA MELIBATKAN PEMBOHONGAN DURJANA SEKOR TU YG MELIBATKAN BANGSA MELAYU DAN ISLAM SEJAGAT. INGATLAH KEMENANGAN SAIFUL DLM KES SAIFUL ITU AKAN MEMBUKA IKATAN KEBENARAN YG SEKARANG INI MASIH TERSIMPUL, TERUSKAN PERJUANGAN DAN BANYAK2KAN BERDOA KPD ALLAH.

Muhammad said...

Dapatkan Buku Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua Dunia Melayu : http://wp.me/piAx4-3hs

srikandi malaya said...

sabar.. aku penah ada pengalaman keta kena curi kat ampang, proton waja gak..amalkan zikir Ya Muit kalau tak silap.Nnt aku confirm balik.

Cerita aku, 2 bulan lepas tu jumpa keta tu kat JB, plet lain, tinted suma takde, cd suma abis. Rezki ada, syukur jumpa. Ada rezki ada, tiada rezki redho. Akan tenang hati kita.

DIA Muhammad Ashraf Alexis said...

http://diamuhammadashrafalexis.blogspot.com/2010/07/prolog-dia-muhammad-ashraf-alexis-you.html

karl said...

mohon link /banner
http://wicararumi.blogspot.com