Sunday, December 28, 2008

Salam Ma'al Hijrah 1430H


Terbenamnya fajar sebentar sahaja lagi menandakan telah masuknya bulan Muharram bagi semua penganut beragama Islam. Awal Muharram juga sinonim dengan nama Maal Hijrah yang diambil sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad Rasullulah s.a.w dari kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622masihi. Ia juga menandakan permulaan tahun Hijrah bagi umat Islam.

Umum mengetahui, konteks Hijrah ini tidak semestinya berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat.Dalam konteks hijrah saya, saya telah berhijrah daripada seorang yang takut untuk menegakkan kebenaran kepada seorang yang berani untuk menegakkan kebenaran. Hijrah selalunya dihubung kait dengan risiko dan pengorbanan. Pada hemat saya, jika seseorang itu berhijrah kepada jalan yang lebih baik dan tidak lari dari ajaran Islam, Insyallah pertolongan dari Allah s.w.t akan tiba. Tetapi, seseorang itu perlulah berhijrah dengan penuh Ikhlas, Benar, Sabar serta berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Sesungguhnya, harta dunia yang melimpah ruah dan kuasa sudah pasti berada didalam tangan jika saya masih bersama Anwar Ibrahim. Tetapi dalam mengejar cinta dan reda Allah s.w.t, tidak saya tergamak untuk memalingkan Nya demi nikmat dunia dan seorang munafik.

Hari ini, 28 Disember 2008 genaplah sudah 6 Bulan dari hari saya membuat laporan polis di wad OSCC Hospital Kuala Lumpur. Terus terang, inilah 6 bulan yang paling mencabar dalam hidup saya. Pelbagai tohmahan, fitnah, maki hamun dan pelbagai lagi oleh jutaan manusia dilempar kerana tidak mempercayai saya. Namun, Alhamdullilah saya bersyukur kerana dengan kuasa Allah s.w.t, saya, tunang, keluarga dan juga keluarga tunang telah diberi kekuatan, pertolongan dan semangat bagi mengharungi dugaan ini dengan penuh tenang dan sabar.

Bagi saya, saya hanya mampu berusaha untuk meyakinkan mereka tetapi yang boleh mengubah hati seseorang itu hanya Allah s.w.t. Saya hanya mampu berdoa dan berserah. Dalam tempoh 6 bulan ini juga, pelbagai pengalaman dan pelajaran dapat saya pelajari dan sekaligus mengubah diri saya. Ianya bagaikan mutiara hidup yang dapat saya kumpul sebagai bekalan di masa hadapan dan di akhirat kelak. Antaranya, saya benar-benar dapat menghayati konsep pengorbanan, hijrah dan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t.

Saya tidak pernah sama sekali menyesal di atas pengorbanan dan penghijrahan ini, malah ia telah memberikan saya lebih semangat untuk menghadapi hari-hari mencabar di masa akan datang terutama semasa Hari Perbicaraan kes saya nanti. Walaupun terkilan diatas kelewatan hari perbicaraan, mungkin ini antara hikmahnya.

Jadi sama-samalah kita menyambut Maal Hijrah ini dengan rasa penuh keinsafan dan membina azam baru.


Salam Ma'al Hijrah.


SAIFUL BUKHARI


p/s: Buat semua sahabat, bloger-bloger seperti AIDC dan lain-lain, yang bersama-sama berjuang bagi menegakkan kebenaran ini, bersama-samalah kita berusaha dan berdoa kepada Allah s.w.t. Insyaallah dengan prinsip Ikhlas, Benar dan Sabar, Kebenaran Pasti Dapat Ditegakkan!!.

4 comments:

BVVIP said...

Alhamdulillah syukur padaNya kerana saudara Saiful banyak memperolehi pengajaran(hikmah)disebalik "kejadian" yang berlaku.Pendapat peribadi saya yang daif ini sekadar buat renungan bersama.....Apa saja yang kita lakukan didunia ini janganlah kita mengharapkan imbuhannya kerana selagi kita melakukan sesuatu dan masih mengharapkan balasan....itu tidak ikhlas namanya!Hayati sedalam-dalamnya ikrar-janji kita terhadap Allah(didalam doa iftitah)kita mengatakan segala apa yg kita lakukan adalah keranaNya!
Mengharap pada makhlukNya kita akan dikecewakan kerana makhluk yg Dia jadikan tiada apa-apa kuasa!Gantunglah harapan hanya pada Allah kerana JANJI ALLAH ITU BENAR!Allah membimbing seseorang dgn caraNya tersendiri.Jika saudara Saiful rasa berat bahu memikul apa yg sedang dihadapi...masih ramai lagi orang diluar sana yang teraniaya yang mana mereka-mereka itu tidak dibela langsung!!??Saya rasa saudara Saiful wajib bersyukur kerana nasib saudara masih terbela!Nasihat saya>>serahkan pada Allah hal yang sedang saudara hadapi ini TANPA MENGHARAP APA-APA IMBUHAN DIDUNIA INI...BARULAH IKHLAS KERANA ALLAH NAMANYA!Wallahwa'lam

DURI PALAS said...

Semoga Allah memberi rahmat dan keberkatan ke atas dirimu..

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

Ibn Abbas r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sesiapa yang menemui
seseorang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut a.s. (liwat), bunuhlah
peliwat dan mangsa liwat yang rela." - Hadis sahih riwayat Ahmad,
al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah.Wallahu a''lam.

jangan risau wahai rakan ku.

Haris Hauzah said...

Saudara Saiful,

Sekiranya saudara merasakan yang saudara ini dipihak yang benar, saya doakan saudara beroleh kekuatan luar biasa dari Allah bagi menegakkan apa yang saudara rasakan benar.

Singkaplah keadilan itu dengan tekun dan sabar serta bersungguh-sungguh.

Dan sekiranya saudara tidak pasti, bersih dan jelaskanlah siapa penfitnah dan siapa yang terfitnah.

Sesungguhnya balasan didunia ini hanya kecil sekali berbanding dengan balasan di alam kekal nanti.

Saya doakan yang terbaik buat saudara, jaga diri...