![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_AUIv4cZUB1sBUg6gy1ys5pDzAck_VX9HxQN9CMPSeixfYENJSE2UVNPXes4aeRpx4Ut_JbUZ4O63zJwoJv0pdmH0hKcbCyFIpAykc-2jEAUewhJE3DvefUX9MrSlXjApmir26Q9VDjbx/s320/kompleks-mahkamah.jpg)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hari Kebenaran yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia bakal tiba. Syukur kehadhirat Allah s.w.t kerana dengan Izin-NYA, saya masih lagi dapat bertahan untuk meneruskan perjuangan hingga ke hari ini.
Dalam meniti hari-hari terakhir episod penantian yang bakal menjangkau 1 tahun ini, persiapan rapi perlu dilakukan bagi memperlengkapkan diri sebelum masuk ke gelanggang nanti. Akan tetapi, pada hemat saya persiapan yang dilakukan secara bersendirian mesti banyak kelemahan-kelemahannya.
Maklumlah, ilmu pun tidak secukup mana dan ini baru pertama kali saya akan beri keterangan di mahkamah.
Justeru, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik anda bagi memberi bimbingan(tips2) dari segi psikologi, spiritual, kekuatan rohani, perundangan, cara-cara memberi keterangan, dan ilmu-ilmu yang sepatutnya bagi memantapkan diri saya apabila di mahkamah kelak.
Kepada yang sudi membimbing mahupun memberi sokongan moral, bolehlah menghantar kiriman anda ke alamat email HariKebenaran@gmail.com , atau diruangan komentar entri ini.
Nasihat dan bimbingan oleh pakar/profesional seperti peguam, pakar psikologi, para ulama' pensyarah dan para ilmuan yang lain juga amat dialu-lukan.
Kesudian anda untuk membimbing dan membantu saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Semoga Allah s.w.t membalas jasa-jasa anda.
Yang HAK Pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARI
p/s: Atas faktor 'keselamatan', saya ingin mohon maaf terlebih dahulu kerana saya tidak dapat membalas email-email yang dihantar. Identiti pengirim juga akan dirahsiakan. Harap maklum.
Pautan: 1 JULY HARI KEBENARAN - Gomo