Setelah saya melafazkan Sumpah Laknat di Masjid Wilayah pada Ogos 2008, pelbagai tohmahan dan kecaman yang dilemparkan pada saya dan keluarga. Tidak ketinggalan, spekulasi atau fitnah bahawa saya telah menderita atau dilaknat Allah SWT kerana lafaz sumpah saya kononnya adalah bohong semata-mata.
Ekoran terlalu banyak fitnah yang dilemparkan, atas nasihat keluarga dan peguam, saya telah mengambil beberapa tindakan ke atas pihak terbabit. Tindakan yang telah diambil adalah dengan membuat Laporan Polis dan memfailkan Saman ke atas portal berita Pahang Daily Online yang merupakan antara pihak yang secara agresif memfitnah saya.
Dua tahun sudah berlalu. Namun semalam, dengan kuasa Allah, saya telah dimaklumkan oleh rakan-rakan bahawa pihak Pahang Daily Online telah MEMOHON MAAF secara terbuka mengenai 6 artikel fitnah yang telah disiarkan 2 tahun lalu. Boleh baca disini
Saya telah membaca dan meliti permohonan maaf yang telah dibuat oleh pihak Pahang Daily Online, permohonan maaf tersebut dengan jelas menunjukkkan bahawa selama ini saya berkata benar dan saya TIDAK mengalami apa-apa penyakit kronik ataupun penderitaan seperti yang di fitnah.
Antara fitnah yang telah dilemparkan; saya sakit tenat, memakai tiub dibadan untuk membuang air besar, kemaluan bernanah dan banyak lagi.
Ekoran daripada permohonan maaf ini, saya berharap agar ia menjadi iktibar kepada pihak-pihak yang telah dan masih memfitnah saya di dalam medium masing-masing.
Isu berkenaan permohonan maaf ini memerlukan saya mendapatkan nasihat daripada peguam saya sebelum saya membuat apa-apa tindakan lanjut.
Kebenaran akan bangkit jua akhirnya. Saya akan terus istiqamah, berdoa dan bersabar. Di sini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua pihak yang tidak putus-putus memberi sokongan dan doa pada saya dan keluarga. Semoga Allah membalas jasa-jasa anda sekalian
Perjuangan menegakkan kebenaran akan diteruskan. Tidak sesekali saya akan mengalah dan berhenti. Kepada Allah saya berserah
Yang HAK pasti BERDIRI
Yang Batil pasti JATUH
SAIFUL BUKHARI AZLAN
Pautan Media:
23 comments:
apa terjadi kepada orang yg percaya fitnah tersebut tetapi telah meninggal dunia atau tidak membaca permohonan maaf tersebut?
sampai bila2 minda mereka akan percaya kepada fitnah itu.
saiful,
manusia boleh lakukan byk kesalahan dan kesilapan.. dan ego yang tinggi utk memohon maaf..
manusia yang baik, akan senang hati memaafkan kesalahan orang lain apabila org tersebut memohon maaf..
tapi, sekiranya saya ditempat saiful.. saya boleh maafkan org tersebut tanpa saya menarik balik tindakan saman terhadap mereka, kerana..hal berlanjutan sehingga 2 tahun baru permohonan maaf dilakukan, itupun mungkin setelah takut dengan tindakan saman yg bakal diterima..ditambah dengan maruah dan harga diri yang dirobek, sy mungkin dapat maafkan org tersebut supaya lepas dia dengan azab akhirat..tetapi tak mungkin sesekali sy lepaskan tuntutan saman supaya ramai lagi org beroleh pengajaran.
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Yang HAK pasti BERDIRI
Yang Batil pasti JATUH
Salam Saiful.
Diharap Saiful teruskan tindakan saman tersebut sebagai peringatan dan pengajaran terhadap mereka.
Mereka tidak sepatutnya mengeluarkan fitnah tersebut,menunggu tempoh selama dua tahun untuk memohon maaf setelah disaman,dan dgn mudah meminta maaf tanpa mengira apa kesannya ke atas diri anda dan keluarga dan kehidupan anda.
mereka blh menarik balik artikel tersebut tetapi mereka tidak boleh menarik kembali fitnah tersebut yg telah meresap di dlm pemikiran pembaca2 setianya yg terus mempercayai fitnah tersebut sebagai kebenaran.
semoga bloggers lain terutamanya blogger2 pembangkang yg sering menabur fitnah akan lebih berhati2 selepas ni.
salam...
Salam saudara ku Saiful ...
Semoga Allah memberikan RahmatNya sentiasa kepada kita ...
Mohon Saiful Bukhari meneruskan saman kepada blog tersebut. Jangan tarik balik. Demi maruah dan masa depan negara.
AloQStaQ menyokong apa saja keputusan saudara, tapi fikirkan sebaik-baiknya ... mereka dah terlalu teruk memfitnah.
Bala turun la ...
Kelamin bernanah la ...
Tak boleh bangun, terlantar la ...
Altantuya la ...
Makan duit UMNO la ...
Konspirasi la ...
C4 meletup la ...
UMNO APCO la ...
dan macam2 lagi ...
Jadi, kali ini biar jadi pengajaran kepada puak mereka, wahai Saiful ... AloQStaQ mohon dipertimbangkan.
TQ ...
Wassalam.
Yang Haq pasti berdiri !
AloQStaQBlog ...
TERUSKAN SAMAN ITU, WAHAI SAIFUL! Jangan Tarik Balik Saman itu! TQ!
W'salam rakan2, terima kasih diatas pandangan, nasihat dan sokongan.
Ye Bro Saiful.....maaf, maaf jugak tapi saman teruskan sebab dia mintak maaf nih pun sebab dah ketaq lutut, masa buat fitnah bukan main syok lagi...biar jadi pengajaran untuk semua...
Salam Saiful,
Ya, saya menyokong netters2 lain, sebagai manusia berakhlak, hulurkanlah kemaafan kepada orang yang memohon maaf. Janganlah dipersoal samada permohonan maaf mereka itu ikhlas atau tidak (meskipun kita boleh agak tahap keikhlasan mereka...). Namun, saya menasihati Saiful, janganlah tarik balik fail saman tersebut. Ini kerana, maruah, harga diri, perasaan dan hati telah tercalar akibat tulisan fitnah tersebut tidak akan boleh sembuh biar macamana banyak sekalipun permohonan maaf diminta. Kepada blogger Pahang Daily, lain kali, berhati2lah sebelum menulis dan berpada2lah kalau nak memburuk2kan orang lain. Jangan sampai jatuh memfitnah. Orang lain juga ada harga diri.
Fail saman 2j itu adalah sebagai pengajaran untuk yang lain. Bukan nilai wang saman yang dikejar tetapi maruah yang tercalar dan pengajaran yang lebih penting supaya kita hidup lebih beradap dan berakhlak. Wallahu'alam. JANGAN TARIK BALIK SAMAN TU....
Salam Saiful...
Apapun jangan lembut hati dengan tarik balik saman... teruskan saman, biar Allah tolong sampai selesai...
Saiful, teruskan saman je mereka ni. Maaf tetap maaf tapi kredibiliti awak yang dah rosak tu boleh ke mereka baiki balik hanya dengan permohonan maaf.
Saman tu teruskan agar menjadi pengajaran kepada yang lain jgn memfitnah orang tanpa bukti. Kalau awak tarik balik saman tu, nanti berapa ramai lagi yang akan buat firnah terhadap orang lain, dan bila disaman meraka boleh mohon maaf spy saman ditarik balik. Teruskan Saiful, kebenaran makin terserlah dan saya yakin awak dipihak yang benar
salam sepol...baguih la hang a tanah suci,tobat.. moga Allah ampunkan segala dosa2 hang.. dan lepas ni aku harap hang tohsah la dekat2 ngan org2 politik ni..bnyk rasuah, seleweng,& mcm2 hal lg..ok lah bro, wassalam
terus kn perjuangan sahabat ku,,,,ingatlh doa orang2 yg terianaya tkde hijab,,,,
karpal merobek kes pendakwaan ---> http://anwaribrahimblog.com/2011/02/16/fitnah-2-karpal-merobek-kes-pendakwaan/
Follower no. 348, salam perkenalan dari saya, moga Saiful kuat semangat menghadapi ujian dariNya. Jom terjah blog saya untuk santaikan minda.
Believe it Or Not...??
SALAM, Teruskan saman dik, agar ia menjadi pedoman pada yang lain. Apa-apa pun teruskan berdoa. solat hajat n puasa sunat dalam menghadaoi hari-hari perbicaraaan ini....Kami sentiasa berada dipihak adik Saiful....
salam 1 malaysia
link anda saya telah dipautkan untuk blog saya.saya harap anda boleh pautkan link blog saya ke blog anda.saya sokong anda walau apapun terjadi
terima kasih dan salam 1 malaysia
ikhlas dari wayne penulis blog badut rakyat @ bloggers wangsa maju
http://badutrakyat.blogspot.com/
Asalamualaikum saudara saiful kenapa dah lama tk update blog ni kami nak tau juga di pihak anda perkembangan kes liwat anda, ada harapan ke? tak de harapan nak menang kes?
Saya cadangkan supaya saudara memantau perkembangan pihak yang meminta maaf samada mereka masih meneruskan prasangka buruk dan menabur fitnah kepada pihak pihak lain atau tidak, kerana di situ boleh dijadikan ukuran samada mereka minta maaf atas dasar takut bayar saman atau atas dasar keinsafan.
Dari pemantauan itu saya percaya saudara dapat membuat keputusan yang bijak.
Memberi kemaafan memang satu kemuliaan tetapi mengambil tindakan mencegah sesuatu kemungkaran dari berterusan saya kira jauh lebih mulia.
wallahualam
Salam tuan punya Blog, .. 16hb May 2011 satu lagi kejutan telah berlaku. Anuwar diarah untuk membela diri bermula 6hb Jun hingga 3ohb Jun 2011. Semoga selepas ini akan lebih banyak pekara yang terungkai / terjawab. Dan jika segala punca kemelut yg meruntuh dan memecah belah orang melayu terjawab serta Anuwar sebenarnya yang menzalimi diri serta mengkhianati orang melayu mahukah PDo berubah dan menyedarkan kembali mereka-mereka yang terpesong berdasarkan tulisan PDo sebelum ini. Beranikah PDo?.
Salam tuan punya Blog, nah.. 16hb May 2011 satu lagi kejutan telah berlaku. Anuwar diarah untuk membela diri bermula 6hb Jun hingga 3ohb Jun 2011. Semoga selepas ini akan lebih banyak pekara yang terungkai / terjawab. Dan jika segala punca kemelut yg meruntuh dan memecah belah orang melayu terjawab serta Anuwar sebenarnya yang menzalimi diri serta mengkhianati orang melayu mahukah PDo berubah dan menyedarkan kembali mereka-mereka yang terpesong berdasarkan tulisan PDo sebelum ini. Beranikah PDo?.
Salam Bro. Dengar citer Al Jub cari hang nak bayar duit kat hang... Jangan terpedaya dengan dia. Balun sampai dia masuk penjara.
saudara patut teruskan saja saman mereka.. mereka mohon maaf bukan dengan ikhlas pun.. baca pada permohonan maaf mereka.. mereka hanya main-main ajer.. segala fitnah depa telah tersebar seluruh alam cyber..
Post a Comment