Sebelum ini, saya ada menyatakan bahawa ada ura-ura mengatakan bahawa DSAI akan berlepas ke Washington D.C pada 25hb Jun 2009. Hari ini perkara tersebut telah disahkan di laman blog(klik)beliau dimana beliau akan menghadiri sebuah persidangan anjuran US-Muslim Engagement Project(pro-barat).
Memandangkan tarikh perbicaraan telah ditunda pada 8hb Julai 2009, jadi saya tidaklah terlalu bimbang oleh kerana sebelum ini tarikh perbicaraan adalah pada 1hb Julai 2009(risiko pulang lewat tinggi)
Terbaru, saya mendapat maklumat dari laman web ini mengatakan bahawa beliau akan menghadiri persidangan “Islam and The West” di Perth Australia pada 11hb Julai 2009. Klik pada gambar/laman web ini:
11 Julai? Bukankah Mahkamah telah menetapkan 8 Julai ini sebagai hari perbicaraan? Kemungkinan, beliau telah begitu yakin bahawa Mahkamah akan mengugurkan pertuduhan pada hari tersebut.
Ini kerana pada 8 Julai ini, Mahkamah akan mendengar permohonan beliau untuk membatalkan pertuduhan(Gugur pertuduhan) terlebih dahulu. Jika Mahkamah menolak permohonan beliau, barulah perbicaraan akan dimulakan pada hari yang sama.
[Ulasan saya] Sampai bila beliau(VVIP) perlu diberi layanan istimewa? Bebas ke serata dunia walaupun sedang menghadapi pertuduhan/perbicaraan Mahkamah yang amat berat. Jika kes ini gugur sebelum ia dibicarakan, bagaimana pula dengan hak saya(rakyat biasa) sebagai pengadu/mangsa?
[TERKINI]8 Julai Hari Penentuan. Mahkamah menetapkan 1 Julai untuk mendengar permohonan Anwar supaya dibekalkan dengan dokumen dan barangan berkaitan kes. Mahkamah juga akan mendengar pada 8 Julai ini permohonan untuk membatalkan pertuduhan(Gugur pertuduhan) yang dihadapinya.
Pada 8 Julai ini, sekiranya Mahkamah menerima permohonannya, maka pertuduhan akan digugurkan bermakna kes gugur(tiada perbicaraan). Jika sebaliknya, maka saya akan dipanggil untuk beri keterangan serta merta(perbicaraan diteruskan).
Mahkamah Tinggi, Jalan Duta. Pada jam lebih kurang 9.00 pagi ini, Hakim akan mendengar permohonan pihak peguam bela tertuduh bagi mendapatkan segala bukti-bukti dari pihak pendakwaraya. Ironinya, segala bukti-bukti dan tuntutan-tuntutan mereka telahpun diserahkan dan dipenuhi namun mereka masih lagi mahu membuat tuntutan seperti menuntut BUKTI ASAL diserahkan.
Tujuan mereka hanya satu, mereka ingin menunjukkan kononnya Mahkamah tidak berlaku adil jika tuntutan mereka tidak dipenuhi walhal ia sebaliknya.
Menurut mereka, jika segala tuntutan mereka tidak dipenuhi, mereka mahu Mahkamah MENGUGURKAN KES sebelum ia dibicarakan. Inilah ''keadilan'' bagi mereka.
[Ulasan sebelum ini] Tidak terkata, jika ditakdirkan kes ini digugurkan di Mahkamah Dunia, tidak mengapa, saya redha.. Kerana kelak semasa di Masyar (Mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga.. Sebagai hamba Allah yang kerdil, saya hanya mampu berusaha, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t sahaja, kerana Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.
Hayatilah Firman Allah ini:
'' Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. '' (Surah An-Nisaa: 135)
''Anwar juga berkata beliau bersedia bersemuka di mahkamah dengan Mohd Saiful''
-Suara Keadilan-
Alhamdulillah, sejuk hati saya apabila mendengar khabar Dato' Seri sudi hadir di Mahkamah pada 1 Julai 2009 ini. Sudah setahun lamanya saya menantikan hari bagi kita menyatakan kebenaran masing-masing untuk kunjung tiba. Moga kali ini, Dato' Seri dapat berpegang pada janji.
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini untukmembatalkan tuduhan liwat terhadapnya.
Dalam permohonan yang difailkan oleh peguamnya, S.N.Nair, Anwar, 62, juga memohon perintahmembatal dan membebaskan beliau dan sebuah perintah menangguh perbicaraan kes liwatnya yang ditetapkan dari 1 hingga 24 Julai ini.
Dia menamakan Pendakwa Raya sebagai responden dalam permohonan tersebut.
Nair memberitahu pemberita bahawa permohonan itu difailkan atas dasar bahawa tuduhan keseluruhan itu adalah satu persendaan, tidak masuk akal dan tidak mempunyai asas sama sekali.
"Tidak ada kes terhadap anak guam saya," katanya, sambil menjelaskan pihak pembelaan tegah berpendirian bahawa tuduhan terhadap Anwar itu adalah satu konspirasi politik.
Nair juga memberitahu bahawa beliau menerima empat dokumen -- rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV), laporan kimia, kenyataan saksi Anwar dan laporan perubatan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan-- dari pengawai penyiasat semalam tetapi masih menunggu dokumen lain.
Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.
Sementara itu, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan mendengar permohonan Anwar Isnin ini bagi mahkamah memerintahkan pendakwaan menyediakan semua dokumen berhubung dengan tuduhan liwat itu.
-- BERNAMA
[Ulasan saya]: Tidak terkata.. Jika ditakdirkan kes ini digugurkan di Mahkamah Dunia, tidak mengapa, saya redha.. Kerana kelak semasa di Masyar (Mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga.. Sebagai hamba Allah yang kerdil, saya hanya mampu berusaha, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t sahaja, kerana Dialah yang Maha Adil lagi Maha Berkuasa.
Firman Allah:
Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. ( Surah Al-Nahl, Ayat 127)
Firman Allah:
'' Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. '' (Surah An-Nisaa: 135)
[Kepada yang sudi membimbing mahupun memberi tips2 persiapan untuk ke Mahkamah, bolehlah menghantar kiriman anda ke alamat emailHariKebenaran@gmail.com, atau diruangan komentar entri ini]
Muka depan akhbar sinar harian hari ini sarat dengan berita mengenai perbicaraan yang bakal berlangsung pada 1 Julai 2009 ini. Pelbagai kenyataan diberi oleh beberapa pihak dan diantaranya adalah anak kepada pihak terduduh YB Nurul Izzah. Hatta, ia membuatkan saya terpanggil untuk menjawab beberapa kenyataan yang pada hemat saya agak menyimpang dan perlu dijawab bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai.
''Ayah akan menang dalam kes berkenaan sekiranya tidak ada campur tangan pihak lain terutama orang politik'' kata Izzah
Jawapan saya: Sebenarnya, disebab campur tangan politiklah kes ini sering tertangguh dan memberi banyak kelebihan kepada bapanya, bukan kepada saya. Sila lihat petikan penghakiman ini:
''However, this case raises a unique situation where it is evident that any involvement by the AG in this case would seriously undermine public confidence in the administration of criminal justice. That is the compelling and overriding factor that warranted the Prime Minister's promise which this court is prepared to uphold.''- 7 Nov 2009, SM Komathy Suppiah- (baca disini)
Bukan niat saya mahu mempertikai keputusan Mahkamah ini tetapi bukankah ia jelas menunjukkan ada campur tangan politik? Tetapi, disebabkan ia memberi kelebihan kepada pihak mereka, maka mereka hanya berdiam sahaja.
Tun Abdullah yang pada ketika itu Perdana Menteri memberi secukup-cukupnya ruang dan keadilan pada mereka tetapi malangnya mereka masih tidak bersyukur.
“Bagaimana hebat pun kita sediakan pembelaan tapi akhirnya kalau kita berdepan dengan satu sistem kehakiman yang berhadapan dengan kepincangan, maka ada risiko tetap berada di situ,”katanya lagi.
Jawapan saya: Bukankah sistem kehakiman yang kononnya ''pincang'' inilah yang telah membebaskan bapanya pada tahun 2004? Ke semua hakim bersetuju bahawa kejadian liwat memang berlaku, tetapi bapanya diberi kemenangan atas faktor teknikal. Sila rujuk disini
Jika mahkamah tidak adil, mengapa bapanya menerima kelebihan-kelebihan ini?:
1)Ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen, penetapan tarikh-tarikh perbicaraan mengambil kira dan memberi kelongaran kepada faktor bahawa beliau perlu hadir di Parlimen. 2) Beliau juga diberi jaminan bon peribadi dimana wang jaminan TIDAK perlu didepositkan 3) Paspot antarabangsa beliau tidak ditahan. 4) Perdana Menteri (pada ketika itu Tun Abdullah) sendiri telah memberi jaminan kepada beliau dan keluarga supaya perbicaraan ini dibicarakan dengan seadil-adilnya. Rujuk penghakiman ini
TERBARU, Mahkamah menerima permohonan untuk mendengar permohonan dari pasukan peguambelanya pada 22 Jun ini bagi mendapatkan keterangan-keterangan saksi dan bukti-bukti asal sebelum perbicaraan bermula.
Walhal menurut maklumat yang saya terima segala dokumen yang sepatutnya telah pun diserahkan 6 Bulan lepas, malah ada diantaranya yang jarang sekali diberi kepada pihak tertuduh. Maaf kata, jika tertuduh itu ''orang biasa'', jangan mimpi pihak DPP dan Polis akan melayan permintaan-permintaan yang keterlaluan mereka itu.
Apakah jaminan jika bukti asal diberi ia tidak akan diubah/dirosakkan? Belum pernah dalam mana-mana perbicaraan pihak pendakwaan menyerahkan BUKTI ASAL dan keterangan-keterangan saksi sebelum hari perbicaraan dimulakan tetapi menurut definisi ''KEADILAN'' pihak mereka, ia perlu diberi.
Berikut saya paparkan kenyataan YB Izzah semasa sidang media sehari selepas saya membuat laporan polis.
Transkrip video sidang media di atas(klik disini jika tidak dapat melihat):
Wartawan: Datin Seri, anda tahu secara sah dimana suami anda berada pada ketika itu(petang, 26 Jun 08)?
Datin Seri: Dia ada mesyuarat.. errrrr Izzah(mencelah): Dia bersama kami. Sila tanya soalan lain.
Persoalan saya: Adakah benar DSAI bersama keluarga pada ketika itu YB Izzah?Sama-samalah kita nantikan kebenarannya di Mahkamah pada 1 Julai 2009 ini.
Akhir kalam, bukan niat saya untuk berbalah dengan YB Izzah, tetapi saya menjawab hanya dengan niat untuk mempertahankan kebenaran. Sebagai anak kepada bekas majikan saya dan juga bekas ''senior'' saya di universiti, saya amat menghormati beliau. Sebagai anak kepada tertuduh juga, saya tidak menafikan hak beliau untuk mempertahankan bapanya, namun janganlah sampai sanggup berdusta dan memfitnah sesiapa sahaja sehingga ia boleh mengelirukan orang ramai.
Kepada YB Izzah: ''Mahkamah adalah tempat seadil-adilnya bagi menyelesaikan perkara ini. Jika bapa anda dipihak yang benar, tiada apa yang perlu ditakutkan, kerana kebenaran tetap kebenaran. Nasihatkan bapa supaya tidak melengahkan perbicaraan ini lagi dan hadir pada 1 Julai. Saya juga mengalukan-alukan YB Izzah hadir semasa saya memberi keterangan bagi YB melihat sendiri kebenaran''
Begitulah tuntutan terkini pejuang ''KEADILAN'' tersohor negara ini sebelum hari perbicaraan yang akan bermula dalam masa lebih kurang 19 hari lagi.
Percayalah, pelbagai alasan lagi akan dicanang bagi mengelirukan rakyat serta untuk beliau mengelakkan diri daripada dibicarakan di Mahkamah kelak. Adakah tidak cukup ruang dan keadilan yang Mahkamah beri selama 1 tahun kes ini ditangguh? Hujah saya di sini, sini, sini, sini Dimana keadilannya buat si pengadu jika kes digugur sebelum dibicarakan?
Melalui maklumat yang saya terima, segala dokumen yang sepatutnya telah pun diserahkan 6 Bulan lepas, malah ada diantaranya jarang sekali diberi kepada pihak tertuduh. Maaf kata, jika tertuduh itu ''orang biasa'', jangan mimpi mereka akan dibenarkan membuat tuntutan-tuntutan dan diberi keistimewaan seperti yang beliau dapat.
Walau bagaimanapun, saya serahkan kepada kebijaksanaan pihak Mahkamah dan Pendakwaraya dalam mempertimbangkan tuntutan-tuntutan keterlaluan beliau ini. Yang penting bagi saya, perbicaraan pada 1 Julai ini harus dijalankan.
Saya berdoa dan memohon supaya tiada lagi penangguhan. Sudah setahun saya dan keluarga menunggu bagi mendapatkan keadilan yang tak kunjung tiba.
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARI
-1 Julai Hari Kebenaran-
[Kepada yang sudi membimbing mahupun memberi tips2 persiapan untuk ke Mahkamah, bolehlah menghantar kiriman anda ke alamat emailHariKebenaran@gmail.com, atau diruangan komentar entri ini]
Kedutaan Turki, KL: DSAI pernah melarikan diri di sini konon nyawanya terancam. Harap lakonan ini tidak berulang.
Terdapat beberapa maklumat yang saya terima mengatakan bahawa DSAI akan berlepas ke Washington D.C, Amerika Syarikat pada 25hb Jun 2009, 6 hari sebelum perbicaraan utama bermula.
Jika benar maklumat tersebut, saya harap beliau dapat pulang dan hadir pada hari perbicaraan utama kelak. Janganlah ''lari'' mohon perlindungan disana pula. Jika maklumat ini tidak benar, baguslah kalau begitu.
Dalam pada itu, pada hemat saya adalah tidak wajaruntuk beliau kali ini mempertikaikan integriti dan ketelusan Mahkamah. Ini kerana, bermula dari hari beliau didakwa, sudah banyak peluang dan kelonggaran yang telah diberi.
Antara peluang dan kelongaran yang telah diberi;
1) Ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen, penetapan tarikh-tarikh perbicaraan mengambil kira dan memberi kelongaran kepada faktor bahawa beliau perlu hadir di Parlimen. 2) Beliau juga diberi jaminan bon peribadi dimana wang jaminan TIDAK perlu didepositkan 3) Paspot antarabangsa beliau tidak ditahan. 4) Perdana Menteri (pada ketika itu Tun Abdullah) sendiri telah memberi jaminan kepada beliau dan keluarga supaya perbicaraan ini dibicarakan dengan seadil-adilnya. Rujuk penghakiman ini
Selain itu, beliau sendiri baru-baru ini semasa Mahkamah Tinggi memberi kemenangan kepada YB Nizar mengakui dan menyeru rakyat supaya menghormati Mahkamah yang sememangnya telus dan bersama mendaulatkan Undang-Undang.
Jadi, pesanan saya buat DSAI, ''peganglah kata-kata anda itu untuk kes anda kelak''.
Akhir kata, pada 1hb Julai 2009 nanti genaplah 1 tahun saya berada dalam penantian bagi menuntut keadilan. Banyak dugaan dan rintangan yang telah dan akan saya, tunang dan keluarga hadapi lagi dalam menanti hari tersebut untuk tiba. Walau apapun, saya akan menantikan hari tersebut dengan penuh sabar dan reda. Saya berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.
[Kepada yang sudi membimbing mahupun memberi tips2 persiapan untuk ke Mahkamah, bolehlah menghantar kiriman anda ke alamat emailHariKebenaran@gmail.com, atau diruangan komentar entri ini]
Saya tidak berhajat untuk mengulas panjang mengenai entri saya pada kali ini, cukup sekadar dengan memberi link dibawah untuk anda tontoni dan menilainya sendiri.