Monday, June 22, 2009

Kes Gugur? Kepada Allah ku berserah..

Mahkamah Dunia

[TERKINI] 8 Julai Hari Penentuan. Mahkamah menetapkan 1 Julai untuk mendengar permohonan Anwar supaya dibekalkan dengan dokumen dan barangan berkaitan kes. Mahkamah juga akan mendengar pada 8 Julai ini permohonan untuk membatalkan pertuduhan(Gugur pertuduhan) yang dihadapinya.

Pada 8 Julai ini, sekiranya Mahkamah menerima permohonannya, maka pertuduhan akan digugurkan bermakna kes gugur(tiada perbicaraan). Jika sebaliknya, maka saya akan dipanggil untuk beri keterangan serta merta(perbicaraan diteruskan).

Mahkamah Tinggi, Jalan Duta. Pada jam lebih kurang 9.00 pagi ini, Hakim akan mendengar permohonan pihak peguam bela tertuduh bagi mendapatkan segala bukti-bukti dari pihak pendakwaraya. Ironinya, segala bukti-bukti dan tuntutan-tuntutan mereka telahpun diserahkan dan dipenuhi namun mereka masih lagi mahu membuat tuntutan seperti menuntut BUKTI ASAL diserahkan.

Tujuan mereka hanya satu, mereka ingin menunjukkan kononnya Mahkamah tidak berlaku adil jika tuntutan mereka tidak dipenuhi walhal ia sebaliknya.

Menurut mereka, jika segala tuntutan mereka tidak dipenuhi, mereka mahu Mahkamah MENGUGURKAN KES sebelum ia dibicarakan. Inilah ''keadilan'' bagi mereka.

[Ulasan sebelum ini] Tidak terkata, jika ditakdirkan kes ini digugurkan di Mahkamah Dunia, tidak mengapa, saya redha.. Kerana kelak semasa di Masyar (Mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga.. Sebagai hamba Allah yang kerdil, saya hanya mampu berusaha, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t sahaja, kerana Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.


Hayatilah Firman Allah ini:

'' Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. '' (Surah An-Nisaa: 135)


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!


SAIFUL BUKHARI


Pautan:

Dato' Seri, saya juga sudah bersedia
Menegakkan benang yang basah- buat YB Nurul Izzah

Gugurkan Kes! - DSAI
[Ulangan] 25hb jun DSAI berlepas ke Washington?
Harapkan agar, pagar makan padi - Bapa
Berjayakah Anwar gugurkan kes sebelum perbicaraan? - Cyber1trooper
Mohd Saiful Bukhari Azlan by Syed Akhbar Ali
Penipuan ''Sakit Belakang'' DSAI
Penipuan Imam Ramlang Porigi

23 comments:

  1. OMG
    dugaan besar.

    tabahkan hati
    saya doakan perbicaraan kes 1 july berjalan seperti biasa.

    ReplyDelete
  2. salam,


    saiful, bersabarlah dengan dugaan yg melanda.. sesungguhnya orang2 yg ingin membersihkan diri mereka dari kekotoran duniawi dan berusaha untuk mendekatkan diri kepada yang Maha Esa akan diuji keikhlasan mereka bagi meningkatkan taraf mereka di sisi Allah dan Rasul.Apa yang pasti doa orang2 dizalimi pasti akan dimakbulkan oleh Allah. teruskan berdoa saudara dan serahkan kepada Allah sebulat2nya .banyakkan bersolat dan beribadah serta bermunajat mendekatkan diri kepada Allah kerana hanya Dia tempat kita bergantung sepenuhnya..Saya sarankan kalau boleh bangkitlah setiap malam bersolat tahajjud dan menangislah dan mengadulah segalanya kepada Allah memohon pertolonganNya ke atas diri saudara yyang telah dizalimi . Inshallah Allah pasti bersama saudara dan keluarga yang tercinta.

    Selamat Berjuanga saudara dan doa dan sokongan kami saudara seagamamu akan selalu mengiringi setiap langkah dalam perjuangan saudara .

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:45 AM

    tu la... kat dunia boleh la ko makan duit haram berjuta2... tu ujian tok ko, tapi ko lupa... kat dunia lagi ALLAH dah tunjukkan kat semua yang ko tu mmg PENIPU!!

    ReplyDelete
  4. Harap anda bersabar..
    kerana saya thu yang benar tetap benar, yang salah tetap salah walaupun sesuatu yang menyalahkannya hanya sebesar zarah..

    Namun Allah jua yg mengetahui sebalikynya dan segalanya..

    bagaimanapun, saya ingin bertanya,
    apa hujah saudara membuat blog berkata mengenai kes ini? bukankan lebih elok blog ini dijadikan tempat unuk menceritakan kebaikan, kegembiraan, dan sewaktu dengannya kerana ia lebih mengembirakan hati saudara dan semuanya..

    kalau saudara ada mepunyai blog mengisah kn hidup saudara.. tolong postkan link nya disini.. saya juga ingin mengetahui bagaimana kehidupn saudara dlm beberapa thun ini.. slepas. sebelum dan semasa PERISTIWA itu berlaku, mungkin saudara ada catatan di blog mungkin.. seperti org lain juga..

    sekian.. itu sahaja comment saya..

    p/s: kenapa comment itu di "authorize" ?? kan lebih elok dibiarkn masuk shja.. kita smua pembaca blog boleh mengetahui isi hati para pembaca blog anda.. terima kasih sekali lagi jika comment ini tersebar..

    ReplyDelete
  5. Salam sdr Saiful,

    Semoga sdr tenang dan sihat selalu hendaknya.

    Saya sebenarnya agak keliru juga dengan keputusan yang diambil pihak hakim mahkamha pada pagi ini.

    Perbicaraan sebenar yang telah ditetapkan pada 1 Julai tak jadi ke..?

    Yang ditunda ke 8hb Julai tu untuk kes yang sepatutnya disebut pada 1hb Julai ke..?

    Atau persidangan mahkamah yang sepatutnya hari ini iaitu 22hb Jun untuk memutuskan samada permohonanan Anwar agar tuduhan liwat keatas beliau kah yang akan didengar pada 1hb Julai nanti..?

    Jadual masa mahkamah bersidang yang telah ditetapkan terhadap permohonan Anwar untuk dibekalkan dengan segala bahan bukti tu pada 26hb Jun ini nak ditunda ke tarikh bila pulak..?

    Walaupun saya terus mengikuti perkembangan kes ini dari masa ke semasa...tapi rasanya agak mengelirukan...

    Biar apapun, diharap saudara terus bersabar.

    ReplyDelete
  6. We, The Unspinners, are dedicated to unravel the lies and spin of spinners like Anwar Ibrahim and his cohort.

    You have our support, Saiful. Visit us here. We can be contacted at unspinner@gmail.com

    How about a link?

    ReplyDelete
  7. GuestWho,
    Betulkah Saiful penipu? Atau Anwar yang menipu? Kita tak terlibat secara langsung dalam hal ini. Hanya Saiful dan Anwar yang tahu hal sebenar. (dah tentu Allah SWT tahu).

    Saiful berani bersumpah. Kenapa Anwar tak berani? Saya percaya, sebagai manusia, anda juga was-was dengan Anwar.

    Nufa,
    Anda berlagak baik seolah-olah dunia ini penuh kesempurnaan. Jika Saiful yakin beliau tidak bersalah, kenapa haknya harus disekat?

    Anda inginkan kebebasan media ke? Cuba anda tulis sesuatu yang buruk tentang PAS dan minta Harakah siarkan. Mungkin mereka akan siarkan 1 atau 2 tapi takkan siarkan semuanya. Saya dah alami perkara tu.

    Blog adalah hak peribadi blogger tersebut. Anda tak tahu ke? Melainkan jika blog tersebut melanggar undang-undang negara.

    ReplyDelete
  8. anuwar tangguh lagi. logik mudah, orang yak TAK BERSALAH akan seboleh bolehnya mahu melalui proses perbicaraan itu pada kadar segera supaya dapat membersihkan maruahnya.

    tapi anuwar dok mengelak ngelak dan berlari sana sini bagi banyak alasan.

    tindak tanduk anwar ni memang nampak sangat macam orang bersalah. penakut sungguh!

    ReplyDelete
  9. bro

    sekarang giliran u pula ambil tindakan utk mempercepatkan kes ini. kena ingat u adalah mangsa. dah setahun kes ini dok main ding dong ding dong.

    mahkamah pun byk sgt putar belit dok ikut kehendak anwar. apa ? hebat sgt kah anwar ibrahim tu ?

    minta peguam u buat sesuatu supaya kes ini berjalan segera.

    ReplyDelete
  10. Hilbert: Sy pun pada mulanya keliru. Apabila diterangkan oleh peguam br saya faham.

    Secara ringkas, 1) 1 Julai tak jadi bicara, Hakim akan mendengar permohonan phk tertuduh utk mendapatkan bukti2 asal dan lain2.

    2) 8 Julai hakim akan mendengar permohonan phk tertuduh utk mengugurkan kes. Jika hakim gugurkan, maka tamat lah kes. Jika hakim menolak permohonan phk tertuduh, maka perbicaraan akan bermula serta merta.

    Cheguman: Terima kasih Chegu. HArap mereka berdua membacanya.

    Kadiology: Itulah keistimewaan jika menjadi AHLI POLITIK terutama di Malaysia. Rakyat bawahan ni mcm biasalah, tak habis2 ditindas dan dinafikan hak. MAaf jika ada yang terasa, tp ini adalah realiti.

    RBF: Kuasa ditangan DPP, peguam hanya bertindak sebagai pemerhati

    GAP: Noted. Terima kasih diatas nasihat

    Anti Al-J: Terima kasih diatas sokongan dan nasihat

    The Unspinners: =)

    ReplyDelete
  11. wenkt: Mmg satu dugaan.. Terima kasih

    Aku: Terima kasih diatas nasihat dan sokongan.

    ReplyDelete
  12. saiful,

    betulkah kuasa ditangan DPP ? bukankah DPP hanya mendakwa dan kuasa ditangan mahkamah.

    kalau u kata peguam hanya pemerhati,itu tak tepat. peguam adalah org yg mewakili u. maknanya u ada hak utk menuntut keadilan kerana u adalah mangsa. sampai bila u hendak terus membiarkan mahkamah,DPP dan anwar mempermainkan u.

    u kena serius bro.jgn ikut sgt kehendak mereka.

    lagi satu. tlg keluarkan cerita2 yang lebih gempak sikit di blog. u kena lawan2 anwar ibrahim habis-habisan. jgn sampai dia dan monyet2 dia perlekehkan u habis-habisan.

    api harus lawan api

    air harus lawan air.

    kekadang saya pun dah feed up dgn mahkamah di malaysia ini. terlalu lama sangat memakan masa. ding dong ding dong byk sgt.

    ReplyDelete
  13. sdra saiful,,,

    saya percaya dugaan ini adalah proses menguatkan azam sdra berhadapan dgn 'org itu'.

    biar 1 Julai, 8 Julai atau bila shj, 'org itu' akan terus dihantui bayangan sdra yg mahukan kebenaran...

    TEKADKAN AZAM MENERUS PERJUANGAN !!

    ReplyDelete
  14. Salam semua, saya sangat bersutuju dgn Nufa, banyak komen2 tidak di siarkan olih webmaster. Mereka mungkin di bawah telunjuk seseorang. Biarlah, Buat lah apa kamu semua mahu, kamu merancang, Allah merancang jua, lihat nanti yang mana benar, tidak di dunia di akhirat. Tetapi walau apa pun dosa fitnah dan menuduh orang2 beriman melakukan kejahatan, akan di balas jua dengan azadb Allah yang sangat keras. Bertaubat sekarang. Balik ke pangkal jalan. Harta dunia tidak membawa ke mana, setakad pintu lahad sahaja. Terima KAsih membaca.

    ReplyDelete
  15. ko ingat bersumpah tue benda kechik ke?

    mak aku dulu pesan .. walaupon betol.. jgn suka2 je bersumpah.

    anyway.. pa pe je la.. luat aku tgk tiba2 ko jadik beriman la sgt.

    ReplyDelete
  16. Takpe Saiful..sampai bila dia nak berdalih pon...Dia lagi takut mahkamah dari takutkan Allah, padahal dia sendiri yag cakap 'LAWAN TETAP LAWAN'.

    ReplyDelete
  17. jangan mengaku kalah.. teruskan perjuangan.. kami juga akan terus menegakkan kebenaran.. all the best.. teruskan perjuangan jika keputusan berpihak kepada anwar.. kita tak perlu takut.. bukti ada.. biar kita kalah tetapi biar rakyat tahu akan kebenarannya.. siapa sebenarnya lelaki yang bertopengkan Anwar ini..!!!

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum,

    saya tidak memihak kpd sesiapa. apatah lg membuat kesimpulan sape yg benar atau salah...
    disini, saya juga tidak pasti samada saiful sendiri yg tulis blog ini atau ada seseorg yg melakukannya bg pihak saiful...sumenye di alam maya kan....
    cuma disini saya ingin memberikan nasihat agar berusaha lah dgn sedayanya andai kata anda di pihak yg benar...
    andaikata anda berada di pihak yg salah, anda masih mempunyai masa utk menebus kesalahan tersebut...
    jgn buang masa dan ruang yg diberikan oleh yg Esa semata-mata utk kesenangan kita...
    ingatlah bahawasanya segala RAHMAT DAN KESUSAHAN kita ini merupakan ujian dari Allah..
    saya pon bukan la manusia yg sempuna utk menilai buruk atau baik seseorg, cuma saling ingat mengingatkan antara satu sama lain...
    jangan biarkan orang lain atau persekitaran kita mempengaruhi keputusan dan jalan hidup kerana sume tu tidak dapat membantu kita apabila kita berhadapan denganNya kelak...
    ingatlah, hanya kita yg menentukan hala tuju kita sendiri...mereka yg berada di sekeliling kita hanya diciptakan oleh Allah sebagai watak-watak dlm citer hidup kita...kita sebagai WATAK UTAMA nya lah yang menentukan penghujung citer nye....
    maaflah atas nasihat yg panjang lebar ini...
    mungkin anda juga sudah jelik membaca komen2 seperti tp percaya la saya cuma menunaikan tanggungjawab saya sbg saudara seagama... saya tidak mahu dipersoalkan ttg perkara ini akhirat kelak andaikata saya hanya melihat & mendengar saja sume perkara ini tanpa melakukan sbrg usaha sedangkan saya mampu utk melakukan nya walaupon ianya tidak menghasilkan apa2....yg lain nya terpulang kepada anda...

    AKAL DIKURNIAKAN OLEH ALLAH KEPADA MANUSIA UTK MENILAI MANA YG BENAR DAN MANA SALAH...

    ReplyDelete
  19. salam, saiful, moga Allah menenangkan saudara, kami akan tetap di belakang saudara. Sama2 kita perjuangkan keadilan

    ReplyDelete
  20. Saiful, beyond all reasonable doubt what you are facing now is the deepest of all test your God has given you. You are a true believe of your religion and have move forward to pursue justice for crimes did by the accused against you. Continue to be patient and continue to be close to your God. There is light at the end of the tunnel and one day soon you will find justice against the crimes done to you by the accused.

    THE ABOVE ARE MY INDIVIDUAL PERSONAL VIEWS AND OPINIONS

    ReplyDelete
  21. rbf: Peguam hanya blh bertindak sbg pemerhati sahaja. Kalau blh, mmg lah saya mahu lawan dan dapatkan hak saya, tetapi buat masa sekarang ini, ia diluar bidang kuasa saya. 8 Julai ini hari penentuan samaada kes gugur atau tidak. Insyaallah, bantuan Allah akan tiba.

    X-PKR: Memang benar, lagi banyak dugaan, makin bertambah azam saya utk berjuang. Setiap yg berlaku pasti ada hikmah.

    Alsy: Webmaster? Telunjuk? Masih ada yang tidak percaya bhw saya yg menulis di blog ini. Tidak mengapa, sy mengangap ia sbg satu pujian.

    husz: Berani kerana benar, takut kerana saya.

    Ladybird: Insyaallah, kebenaran akan muncul jua

    Shahboy: Tidak akan sesekali mengalah. Terima kasih diatas sokongan.

    Matahati: Kesimpulannya, kita semua mempunyai titik pertemuan yang sama, iaitu mahukan KEBENARAN. Bagaimana hendak dptkan kebenaran? Adalah melalui mahkamah/perbicaraan.. Jadi sama2lah berdoa spy kes tidak digugurkan pada 8 Julai ini. Orang lain yg menulis? Terpulang..

    Azli:Terima kasih saudara Azli.

    MCT: Insyaallah, i'll be patient.. The truth will prevail.. Allah is Greatest! =)

    ReplyDelete
  22. wow..

    hanya ingin men-Quote:

    Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

    ReplyDelete
  23. Salam Saudara ISLAM.Apa yang mengelirukan saya adalah keberanian yang ada pada saudara Saiful dalam menbuktikan dirinya di pihak yang benar.Tetapi tidak di mata Anwar.Kenapa pelbagai cerita negatif ttg Anwar ini banyak tersebar?Dan kita masih berdiam diri.Adakah kita tidak takut dengan ALLAH atau kita takut dengan permainan politik mereka.Mahkamah Dunia ini masih boleh diatur dan masih boleh berubah.Mungkin kesucian hak kebenaran itu boleh dinafikan tetapi mahkamah akhidrat tidak satu makhluk ALLAH itu terlepas dari kebaikan atau kejahatan yang dilakukan.Benar kata Rasullullah s.a.w perang diakhir zaman adalah perang memerangi hawa nafsu.Kita manusia biasa dan bukan MAKSUM.Tetapi kalau kita benar- benar bertaubat nasuha dan memohon maaf .InsyaALLAH pintu itu ada ruang untuk kita.

    ReplyDelete