Thursday, July 9, 2009

Seorang peguam 'sakit', tidak mengapa.. Apa fungsi 8 Peguam yang lain?


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Walaupun terkilan dengan penangguhan(lagi) perbicaraan semalam, namun seperti yang saya katakan sebelum ini, ia sudah dijangka.

Namun, sikap tertuduh yang masih berdolak dalih dalam menghadapi perbicaraan penuh dan menuduh seolah-olah pihak pendakwaan yang mahukan penangguhan membuatkan saya amat kesal sekali.

Bukankah ia ditangguhkan dengan alasan Ketua Peguam Bela, Sulaiman Abdullah masih sakit? Sedangkan 8 peguam yang lain hadir dan masih 'sihat' untuk menjalankan tugas. Tidak layakkah mereka-mereka ini? Setahu saya, diantara 8 peguam yang masih 'sihat' inilah yang paling banyak berkokok diluar Mahkamah mengutuk saya, namun apabila didalam Mahkamah, 'lain' pula jadinya.

Pihak tertuduh juga telah berdolak-dalih dengan meletakkan alasan penangguhan kononnya disebabkan pihak pendakwaan gagal menyerahkan dokumen-dokumen dan bukti-bukti ASAL yang diminta. Rujuk disini dan sini

Persoalannya, sudah berapa kali pendengaran permohonan ini sahaja ditangguh disebabkan pihak tertuduh? Mengikut rekod saya, sudah 4 kali ia ditangguh disebabkan pelbagai alasan diberi.

Untuk makluman, sebelum ini pihak barisan pembelaan tertuduh telah diserahkan ke semua salinan-salinan dokumen yang relevan utk perbicaraan kes ini berbulan-bulan lamanya

Selain dari permohonan tersebut, terdapat satu lagi permohonan iaitu permohonan untuk membatalkan pertuduhan(gugur kes) sebelum ia dibicarakan yang masih belum didengar oleh pihak Mahkamah. Terbaru, menurut peguamnya S.N Nair, pada hari Jumaat ini, mereka akan memfailkan permohonan untuk mengugurkan kesemua barisan pendakwaan pula. Rujuk disini

Kesimpulannya,Bukankah segala permohonan-permohonan ini yang telah dan akan melambatkan perbicaraan? Siapa yang mohon semua ini? Pihak pendakwaan atau pihak Dato' Seri sendiri?

Dimana keadilan buat mangsa(saya) jika pihak tertuduh memperoleh kesemua bukti2 ASAL sebelum ia dibicarakan? dan Dimana keadilan buat mangsa(saya) jika pertuduhan digugur sebelum ia dibicarakan?

Seluruh rakyat tidak kira yang percaya atau tidak, mahukan kebenaran. Mereka juga mahukan agar proses keadilan mencari kebenaran ini dapat dijalankan dengan selancar yang boleh.

Saya hanya seorang rakyat kerdil yang hanya memohon untuk diberi ruang dan keadilan untuk memberi keterangan di Mahkamah. Walaupun sedih dengan sandiwara ini, saya tetap tidak akan putus asa dan akan sentiasa memohon dari Allah swt supaya diberi kekuatan dan pertolongan bagi menempuhi liku-liku ini.

Hentikanlah sandiwara dan dolak-dalih ini Dato' Seri kerana ia memakan diri.


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

p/s: Kepada sahabat2 yang hadir memberi sokongan dan yang sanggup membuat ''banner'' utk saya semalam, saya berasa amat terharu dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih. Ia amat bermakna buat diri saya dan keluarga. Semoga Allah membalas jasa2 saudara sekalian.

Pautan:
Good Bye Brader Anwar - Syed Akhbar Ali
Anwar Caught Spinning - Shamsul Yunos
Mana 5000 Penyokong?? (beserta gambar) - DarulEhsanToday
Kes Ditangguh lagi - Utusan
Anwar mohon pasukan pendakwaan dilucut - Utusan
Anwar yang B.... - GAP
Kalau Tak Nak ke Mahkamah, bersumpah lah! - Parpukari

19 comments:

SAMBAL BELACAN said...

Salam,

dewasa ini, siapa benar bukan lagi persoalan tetapi siapa betul!!!

Anonymous said...

Penghuni Gua : Seperti biasa dan seperti dijangka kes ini ditangguh lagi.


2. Mungkin peguam DSAI terlantar sakit di hospital kerana tenat kot. Tak tahu pula PG. Dalam kes Nizar di Perak tak ada pula sakitnya. Kita lihat isnin ini kes Nizar. Sakit ke tidak.



3. Ada 7 lagi peguam. Apa nak takut. Boleh jalan dulu mana yang perlu. Apa nak tunggu Sulaiman Abdullah. Mungkin peguam yang lain tu, tak berkemampuan kot. Kesian peguam yang lain tu. Mungkin mereka ini pengangkat beg Sulaiman Abdullah sahaja kot.



4. Tak apalah! Kita tunggu 15 jul 2005. Tapi dengar cerita , semalam petang, boleh pula Sulaiman Abdullah ke rumah DSAI. Entahlah.




5. Semuga Peguam Sulaiman Abdullah cepat sembuh dan sihat walafiat dan diberkati Allah hendaknya. Amin. Itu jelah yang mampu PG lakukan.



6. Kebenaran akan terserlah juga. Itu sudah janji Allah. Cuma masa sahaja.



7. Sabau aje le Saiful.



Nota : AMK Dan KEJAM mengatakan nak bawa 5000 orang sebagai tanda sokongan. PG lihat di mahkamah tadi tak sampai 300 sahaja yang pakai baju putih. Itu pun bercampur dengan yang dah memang pakai baju AMK dan KEJAM. Tak ada siapa nak sokong peliwat ini. Mereka semua dah mula faham. Anda bagaimana? Baca isyarat betul-betul!

hilbert said...

Salam saudara Saiful,

Walaupun semalam saya setengah menduga bahawa perbicaraan kes ini akan terus ditangguhkan oleh "Mahkamah Tangguh" pada tarikh yang lain pula, tetapi saya tidak menjangka sama sekali bahawa Anwar akan bertindak lebih jauh dan dasyat lagi apabila dia akan memfailkan permohonan pada hari Jumaat ini "untuk melucutkan kesemua pasukan pendakwaan" dari mengendalikan kes tersebut.

Sekiranya hasrat gila Anwar itu hendak diteruskan juga dan akan dilayan pula oleh pihak Mahkamah pada hari tersebut, saya percaya bahawa kes ini tidak akan kemana, tidak akan berpenghujung, tidak akan selesai, tidak akan ada lagi "pihak tengah" yang boleh dianggap sebagai tempat kita untuk bergantung harap bagi menentukan kebenaran, tiada lagi "pihak tengah" yang akan mempunyai kata putus sendiri tanpa adanya pengaruh Anwar yang mempengaruhi keputusan.

Kepada saudara Saiful, saya amat berbangga dengan semangat anda yang begitu kental, terus tabah dan berani didalam mengharungi situasi serta keadaan yang paling mencabar seperti ini.

Setelah dua kali perbicaraan ini ditanggukan, 1 Julai dan 8 Julai..dan jadual baru 15 Julai minggu depan, saya dapat melihat anda semakin terus melangkah mara kehadapan bagi membuktikan bahawa kebenaran tetap dipihak anda. Teruskan, kami akan sentiasa memberi sokongan padu kepada anda.

Sementara pihak tertuduh pula khususnya Anwar sendiri, kita boleh nampak dengan jelas bahawa beliau bukan saja setakat hendak mengelak ketepi apabila bertembung atau berdepan dengan saudara Saiful di Mahkamah, malah Anwar dilihat terus berusaha sedaya mungkin untuk berundur selangkah demi selangkah kebelakang.(adakah itu cara seorang pemimpin apabila berdepan dengan masalah?)

Jika Anwar merasakan dirinya "betul-betul" tidak bersalah, kenapa dia bersungguh untuk mendapatkan kesemua dokumen-dokumen itu ? Apa dia mahu menghapuskan kesemua bahan bukti kes itu kah?

Jika Anwar merasakan diri dia memang berada dipihak yang benar, kenapa dia harus mengambil pendekatan "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"? ...sepatutnya Anwar sendiri yang mendesak Mahkamah supaya mempercepatkan perbicaraan itu bagi membuktikan jika dia benar-benar tidak bersalah, bukan sebaliknya. Lagi satu perkara, masa yang sepatutnya untuk dia memberikan khidmat kepada rakyat di kawasan Permatang Pauh telah disia-siakan begitu saja untuk dia keluar-masuk Mahkamah.

Diakhir ulasan, suka saya membawa semua supaya sama-sama menghayati semula senikata yang terdapat dalam lagu rakyat lama iaitu "Bangau Oh!..bangau.

Di pihak Anwar, saya melihat ada persamaannya dengan kisah yang dinyanyikan dalam lagu "Bangau Oh Bangau" itu. Saling tak tumpahlah macam cerita dalam lagu juga. Macam-macam alasan yang akan diberikan apabila ditanya "mengapa engkau kurus", "mengapa engkau basah", "mengapa engkau padam", "mengapa panggil hujan" dan sebagainya lagi.

PAPA GOMO said...

SALAM BRO...
EMMM NANTI 15 JULAI SEORANG LAGI PEGUAM ANWAR AL-JUBURI NI MC PULAK. LEPAS TU SORANG DEMI SORANG. LAST SEKALI SI TUA KUTUK ANWAR TU PULAK MC. NI LAH GAME SI TUA KUTUK TU!!!

APA PUN BRO, GUA YAKIN LU MEMANG DAH SIAP SEDIA DENGAN SEGALA KEMUNGKINAN YANG PASTI. DAN GUA SERTA RAKAN YANG LAIN AKAN TERUS MENYUARAKAN KEADILAN BUAT LU BRO.

KEADILAN PERLU DI TEGAKKAN.

ALLAHUAKHBAR!!!

Anonymous said...

Ini adalah drama tamil tahap gaban! Hakim bagi muka dengan penjenayah yang telah dipenjara serta didapati bersalah. dia lepas kerana ada tangan ghaib.. kalau begitu teruklah semua penjenayah mahu lawyer mereka semua sakit.. supaya kes boleh tangguh.. kalau 15hb ini tangguh lagi pecat hakim kerana incompetence!

Anonymous said...

doa sahaja Allah saiful. peliwat berbahaya ini tidak dapat lari kemana!

penyair dari gunung said...

tu le aku dah kata...peguam tu kena selesema babi

Unknown said...

SAYA MERUPAKAN PENYOKONG SETIA ANDA. INGATLAH WALAUPUN MAHKAMAH DAN ANWAR TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN YANG MENGECEWAKAN TAPI KESABRAN ANDA AMATLAH AMAT PENTING, JANGAN CEPAT MELATAH DAN TERUS TABAH. APA PUN SAYA SEKELUARGA MEMOHON DAN BERDOA AGAR SAUDARA MENANG KES INI

Salam Perjuangan

asam said...

salam Saiful..

asam simpati dengan nasib Saiful..asam meluat dengan propaganda Anwar Al-Juburi..lepas satu, satu alasan ..semuanya untuk melambatkan proses perbicaraan..tapi asam yakin ALLAH itu Maha Adil.. dan ALLAH pasti melindungi orang-orang yang teraniaya..teruskan berjuang!

Mohd Sufian said...

Salam, dah naik "MELUAT" dengan taktik Anwar.

AjymNarnia said...

Memang Meluat yg teramat....kalau tidak tunjukkanlah keberanian untuk bersemuka dimahkamah...jgnlah cuba untuk mengelak dan membuat pelbagai permintaan yg tidak logik...Jika beginilah taktik yg digunakan oleh Anwar...org yg menyokong anwar pun akan beransur2 menyampah....saya adalah salah seorg drpdnya ...bermula nya ketidakpercayaan awal tahun ini...kemudian beransur2 menyampah...tetapi kini tahap gaban punya nyampah kat Anwar al juburi....sekarang dah berani kata terang2an dpn org anwar aljuburi...perkatan aljuburi ckp kuat2 lagi...

Saiful.... saya simpati pada anda...minta maaflah kerana mula2 dulu saya mengandaikan saiful yg reka sandiwara ini tetapi kini saya percaya anda .....

Pembela Melayu said...

Salam Saudaraku...Insyallah pada 15 julai saya akan kembali lagi ke Mahkamah Jalan Duta untuk bersama saudara2 kita yang lain...kami tetap bersama saudara!!!

Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!

Unknown said...

Banyak bersabar, kami semua dibelakang anda.

http//:suaraperpaduanmelayu.blogspot.com

Saiful Bukhari said...

SAMBAL: Kebenaran tidak mengenal zaman.

ArifOmar: Persoalan2 yang menarik. Ya, marilah kita sama2 mendoakan Sulaiman Abdullah cpt sembuh. Mengenai penyokong2 tertuduh, siapa yg mahu berhempas pulas dtg semata2 ingin melihat ''perbicaraan ditangguh''? Semoga Allah swt membuka hijjab mereka2 yg masih tertutup

Hilbert: Semoga ramai yg sedar apabila membaca ulasan saudara. Terima kasih saya ucapkan. Mengenai kekuatan dan semangat yg saya peroleh, semua itu dtg dari Allah semata2, saya hanya hamba-Nya yang menjalankan amanah yg diberi-Nya

GOMO: Terima kasih bro!! Mengenai peguam2 dia tu, harap2 tidak lah..

malayjew: Hakim tidak boleh dipersalahkan, peguam Anwar terlalu 'hebat' membelit undang2. Namun, selama mana ia boleh 'belit'? Kerana akhirnya, kebenaran akan muncul jua. Insyaallah.

Dr.sid: Insyaallah.. Doa tidak pernah putus!

Peyair: Belum lagi, jgn doakan, kelak, lagi ditangguh.

Infinity: Terima kasih diatas nasihat dan sokongan. Akan dijadikan iktibar.

asam: Insyaallah, sy akan sentiasa bersabar. tidak akan kemana, kebenaran tetap kebenaran.

suffian: Itulah suara yg sering kedengaran dikalangan masyarakat sekarang.

ajym: Tidak mengapa, sy telah lama memaafkan semua. Saya tidak menyalahkan sesiapa dlm hal ini kerana semua tidak dpt mengetahui kebenaran sebenar. Kebenaran hanya dpt diperoleh apabila ia dibicarakan di Mahkamah. Namum ia sering ditangguh oleh phk terduduh.
Syukur kerana Allah swt telah membuka 'hijjab' saudara. Diharap ramai lagi yg sudah sedar. Terima kasih

Pembela: Terima kasih saudara kerana sudi hadir kelamarin, saya berasa amat terharu dan menghargainya. Nantikan 'update' mengenai kehadiran sy diblog ini, kerana blm dpt dipastikan bhw sy perlu hadir atau tidak pd 15hb ni.

Saiful Bukhari said...

Pak Tam: Terima kasih!

guab0tak_ said...

assalammualaikum,

br0 saifu, tabahkn hati, n sentiasa bersabar. biarkn ANWAR bertangguh..krn makin lama dia tangguh, makin bnyk rahsia rakyat akn tahu..dan akhirnya mulut beliau sendiri akn terlepas ckp suatu hari nnti..maka pecahlah tembelang..

ALLAH s.w.t. MAHA ADIL..bukan "parti" yg lebih adil....

Unknown said...

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang memberikan sokongan moral serta mendoakan kebaikan buat anak saudara saya Saiful. Mudah2an dia beroleh pengadilan yang adil dan saksama di mahkamah dunia ini....akhirat sudah pasti.

Kepada saudara ajymnarnia.....saya dan keluarga juga saudara Saiful, adalah sama seperti saudara juga...satu ketika dulu....menyokong penuh Anwar Ibrahim....namun begitu, perasaan benci dan marah ini beransur-ansur berubah....kepada perasaan sedih dan kasihan terhadap beliau kerana apa juga tindakannya untuk menafikan tuntutan keadilan oleh Saiful seakan-akan membuka pekong didadanya dengan lebih besar lagi.

Dan menyatakan apa yang selama ini tersirat berkunci rapat.

Cuma apa yang saya harap dan berdoa semoga ada belas ihsan dari Allah swt terhadapnya(AI)....agar beliau bersegera bertaubat dan mengakui kesalahannya pada Saiful.

Kalau dia benar2 tidak bersalah, saya dan keluarga berharap benar agar beliau tidak lagi nampak mengelak dan "lari" dari bersemuka dengan Saiful di mahkamah.

Bagi saya, mukmin yang sejati itu tidak pernah takut dan lari dari apa yang dipertanggungjawabkan keatas bahunya. Yakin dengan sebenar yakin, jika tidak mendapat keadilan didunia ini....di Yaumil Qiamah adalah janji yang pasti.

Wassalam.

AjymNarnia said...

SAUDARA lOK7:

BETUL LA...saya rasa sekarang ini ramai yg sudah mulai sedar akan helah anwar....pengaruhnya kini kian pudar..seharusnya anwar mencari jalan bagai mana utk membuktikan beliau tidak bersalah tetapi semakin hari menampakkan beliau mencari jln bagaimana utk tidak dibicarakan kerana apa yer...ciri2 kebenaran seperti sudah tidak ujud lagi..

Perjuang Bangsa said...

Bersabar lah Saiful.
Kesalahan akan ditunjukkan Allah kelak. Kebenaran akan terserlah. Dolak dalik dia memang dah semua tahu. Penakut bersumpah kalo dai benar , kalo berani apa salah masuk mahkamah dan buktikan apa yang akan di tonjolkan itu memang benar atau dusta. Bawa la bukiti bukti dia.
Memang pengecut,.