Saturday, August 1, 2009

ISA ''zalim'' katanya.. Gugur kes sebelum bicara tak ZALIM?


Sila jawab persoalan ini wahai DS Anwar Ibrahim! Jangan jadi hipokrit..

Sudah, lebih dari setahun saya tunggu untuk beri keterangan di Mahkamah. Kini beliau sedang cuba sedaya upaya untuk menafikan hak saya untuk memberi keterangan di Mahkamah serta mendapatkan perbicaraan yang adil.

2hb September ini, Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan tertuduh(DS Anwar Ibrahim) iaitu permohonan untuk MENGUGURKAN PERTUDUHAN(Gugur Kes) beliau SEBELUM IA DIBICARAKAN.

Persoalan saya, apa bezanya tindakan beliau memfailkan permohonan itu dengan ISA(tahan 'tanpa bicara') yang dituduh kononnya zalim?

Kes saya ini berbeza dengan kes yang lain kerana walaupun saya pengadu/mangsa, namun saya dicop seolah-oleh seperti OKT(Orang Kena Tuduh) dimata umum, OKT pula mangsa.

Jika permohonan itu berjaya(kes gugur), tidakkah ia merupakan satu bentuk penganiayaan kepada saya selaku pengadu/saksi utama. Pelbagai tohmahan, fitnah, maki hamun dan pelbagai lagi oleh jutaan manusia dilempar kerana tidak mempercayai saya. Tetapi apabila saya bersedia untuk memberi keterangan, masing-masing seperti cacing kepanasan.

Walaupun perit menahan diri dari mendedahkan segala bukti yang ada, saya tetap bersabar kerana saya perlu menghormati Mahkamah. Alhamdulillah, Allah melindungi saya daripada dijerat tertuduh yang sering mahu mengheret saya membicarakan ia di media(luar mahkamah), kerana akhirnya banyak tindakan beliau seperti tidak ''consistent'' dalam membuat kenyataan bakal menjerat dirinya kelak.

Kepada Allah saya berdoa dan berserah..

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Pautan

How to Muzzle your critics, Special message for politicians by Tun Dr Mahathir
DSAI tidak layak bicara soal keadilan
Terkilan.. Namun redha dan tetap hormati keputusan
Dolak-dalih yang tiada kesudahan
Ketua Peguambela Tertuduh Tarik Diri
Detik-detik kebenaran
Mahkamah Diberitahu Anwar Tidak Berada Di Tempat Kejadian - Bernama
Menegakkan benang yang basah
Penipuan ''Sakit Belakang'' DSAI
Penipuan Imam Ramlang Porigi
WARKAH untuk DSAI dari seluruh rakyat Malaysia

20 comments:

  1. Anwar Ibrahim kan maksum...dia aje yg suci bersih tapi suci dlm debu...

    Tak kan you tak tau by now..JUSTICE IS JUST FOR HIM!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:42 PM

    i like this! hidup saiful!!

    ReplyDelete
  3. SALAM BRO, KAMI TAK PERNAH LUPAKAN U BRO, CUMA SEKARANG NI TERLAMPAU BANYAK ISU YANG ADA, SAYA DAH MASUKKAN PERTANYAAN U NI DALAM BLOG SAYA, KITA TUNGGU DAN LIHAT APA JAWAPAN SI PELAKON FILEM TAMIL ITU NANTI YA...

    ReplyDelete
  4. adam: Sepandai2 tupai melompat, ....

    dr sid: Thanks

    parpu: Thanks bro! No prob, saya faham.. Akan ada banyak lagi isu yang akan beliau cetuskan semata2 utk mengalihkan tumpuan. Walaubagaimanapun, kebenaran tetap kebenaran.. Letupkan ia dgn ''nuclear bomb'' sekalipun pon, ia tidak akan musnah.. Insyaallah.

    ReplyDelete
  5. Salam...
    Sy sentiasa ikuti perkembangan blog saudara..
    Pe yg sy lihat skunk, DSAI spt mau mengelak kes ini dibicarakan..Mcm2 hal dia buat utk mngelak..
    Tgklah pe yg blaku hr ni..Tindakan reformasi anti ISA..
    Bersabarlah..dia takkan dpt lari kemana..Selamat didunia, akhirat belum tentu dia selamat..

    ReplyDelete
  6. Salam 1Malaysia Saiful,

    Saya melihat Anwar Ibrahim semakin hari semakin giat untuk mengelirukan masyarakat demi usaha beliau untuk mengalihkan terus pandangan orang ramai daripada kes liwat beliau kepada perkara yang lain.

    Namun saya sangat yakin, walaupun terdapat berbagai cara yang sedang Anwar Ibrahim gunakan demi untuk memenuhi tuntutan beliau agar kes liwat itu digugurkan TETAPI sekiranya KeADILan sebenar dijalankan atau digunakan untuk kes ini dan seterusnya diberikan kepada orang yang memang berhak untuk mendapatkanya, pasti usaha Anwar Ibrahim itu akan gagal.

    Saudara Saiful, teruskan perjuangan anda...kami tetap akan terus bersama anda sehinggalah kes ini dapat 'diadili' secara telus 'tanpa' dipengaruhi oleh bayang-bayang Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  7. erynz, hilbert: W'slam dan salam 1Malaysia buat Hilbert, Benar, beliau tidak dpt lari kemana. Spt respon sy pd saudara parpu "kebenaran tetap kebenaran.. Letupkan ia dgn ''nuclear bomb'' sekalipun pon, ia tidak akan musnah"

    ReplyDelete
  8. Memang hebat .. terlalu tajam soalan cepu mas yang kamu ajukan!!! Saya yakin dia pasti terkedu dan termanggu!!!

    Tidak terlintas pada fikiran saya perbandingan yang sebegitu tuntas untuk diajukan tepat pada saat dan ketikanya.

    Mohon copy%paste ke blog saya!

    Saya tetap bersama saudara ..

    ReplyDelete
  9. Saiful bersabar...the truth will always prevail...

    ReplyDelete
  10. akhir nyerr,aku baca word yg pedas gak dari kau Saiful!!! Selagi berada di pihak yg benar, we with you.

    Kita fight abis-abisan!! kalau org bodoh guna jalanraya, kita tunjukkan ketiggian akal budi dgn cara yg berhemah. Akhir masa nanti, Allah akan tunjukkan siapa yg benar.

    Doa & tawakal saiful. Selepas habis daya, itulah yg trbaik!! tp jgn pnh berhenti. Silap lah anwar jika beranggapan hanya dia mndapat bnyak sokongan.

    Fight saiful!!! we fight ~ wait anwar, sampai masanya merasalah penangan anak muda. If kau jatuh nanti saiful, bangkit semula walaupun kau tersungkur yg ke 100 kali pun, bangkit n atur langkah n cuba lagi tuk ke 101 kalinya ...

    Doa dan hanya kepada-NYA kita berserah.



    Wassalam

    ReplyDelete
  11. anti: Silakan saudara.. Segala yg baik datang dari Allah..

    Emptynest: Insyaallah.. Namun, dalam bersabar, kita harus berusaha dan berikhtiar..

    ReplyDelete
  12. Frodo: Terima kasih diatas kata2 semangat dan nasihat yg saudara beri. Saya amat menghargainya.

    Bkn apa, sy sedih melihat beliau masih sanggup menghancurkan ketenteraman/kestabilan negara(dgn rusuhan jalanan). Akhirnya, para penyokong yg NAIF dan rakyat jelata yg menjadi mangsa. Ia hanya semata2 utk mengalihkan perhatian tentang pelbagai masalah yg sedang dibelenguinya..

    Insyaallah, sy tidak akan mengalah dan berputus asa. Dalam bersabar, harus juga berusaha, berdoa dan berikhtiar..

    ReplyDelete
  13. DSAI mmg seorg yg licik.. bukan sebarangan org.. Kita semua dah tengok macam2 taktik DSAI.. Saya harap kes ini tidak akan digugurkan. Ya Allah..Tunjukkanlah kepada smua orang, siapa benar dan siapa salah..yang hak pasti berdiri,yang batil pasti jatuh.

    ReplyDelete
  14. insyaallah kebenaran akan dibuktikan.
    betapa dungunya mereka yg mengikuti demo ISA semalam.tujuan demo tidak lain tidak bukan hanya taktik mengalih perhatian dari kes aljuburi vs saudara dan kes rasuah exco exco lupa daratan di Selangor.
    ape ke helnya nak berdemo,bukannya ISA digunakan baru baru ini utk menahan sesiapa dari golongan mereka pun.
    i bet those who support the demo tak tahu pun isi ISA tu apa(yg kebanyakkannya digunakan untuk menahan godfather n mastermind drugs ring,judi,ayam hidup,gngsterisme dan sewaktu dgnnya yang bersembunyi dibalik streetfighters mereka..)

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Saudara Saiful,

    Saudara memang seorang yang tabah dan harap terus cekal menghadapi dugaan ini. Kebenaran pasti terbukti nanti. Yg penting kita tidak berputus asa dari Rahmat Allah.. Yang Maha Berkuasa..

    bersabarlah..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Saudara Saiful,

    Saudara memang seorang yang tabah dan harap terus cekal menghadapi dugaan ini. Kebenaran pasti terbukti nanti. Yg penting kita tidak berputus asa dari Rahmat Allah.. Yang Maha Berkuasa..

    bersabarlah..

    ReplyDelete
  17. ahahaha anuwar memang tengah gabra tahap gaban dengan lu la saiful. ko memang tengah kick his a*&. anuwar dah gabra habis dah tu. tak boleh tidor dah. malam malam terjaga berpeluh peluh selepas mengigau. belek2 katil dan pintu kot kot dia kat rumah dia ke atau dia dah sampai kat balik tirai besi! ahahaha.

    anuwar dah tak boleh alih perhatian kepada benda lain, dia pi buat demonstrasi. penakot bacol! pengikut dia pon sama bodoh. anuwar, anda boleh lari sejauh mana anda mahu, tetapi sungai buluh tetap tidak berganjak dari tempatnya. hang tungguuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum sdr.

    Diharap saudara tabahkan iman dan belajar dari pentas dunia ini.
    Saya secara peribadi telah lama menanti keadilan yang sdr cari cari,berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.(Allah jua tempat mengadu).

    ReplyDelete
  19. Assalam,
    Dalam segala bicara anda, saya masih kurang faham kenapa perkara sebegini awak biarkan ia berlaku pada ketika itu, jika benar. Anda seorang lelaki yang muda dan bertenaga sementara usia sipelaku cukup tua untuk anda bertindak menghalang perkara munkar untuk terjadi. Ini adalah cerita utama dan pokok persoalan.

    Adakah anda dijanjikan sesuatu sehingga anda sendiri hilang pertimbangan dan lupa akan kekuasaan Allah swt pada waktu itu. Atau, awak tidak sanggup menolak kerana pelaku adalah orang yang bakal memiliki kuasa, atau awak juga didorong oleh nafsu syaitan untuk mencuba.

    Kejadian seperti yang dilaporkan is on "One to One" basis. Bukannya anda dipaksa oleh beberapa orang sehingga anda tidak dapat melawan.

    Kalau benar ia berlaku, Pelaku adalah syaitan/iblis & yg membenarkannya...waallahualam

    ReplyDelete
  20. SEMUA: Terima kasih
    Surrey: Sebab itu adanya Mahkamah. Tepat utk dirungkai segala persoalan melalui perbicaraan. Kalau bicara pun tidak mahu, sampai bilapun persoalan ini tidak akan terjawab. Sekian

    ReplyDelete