Thursday, July 16, 2009
Terkilan.. Namun saya redha dan tetap hormati keputusan Mahkamah
Mahkamah telahpun membuat keputusan. Walaupun terkilan, saya tetap menghormati dan redha dengan keputusan Mahkamah sebentar tadi.
Kebenaran untuk memperoleh keterangan saya dan yang lain-lain lagi amat memberi kelebihan kepada pihak tertuduh. Ini ditambah dengan dokumen-dokumen yang telah mereka perolehi sejak sekian lama.Rujuk disini dan sini
Ia ibarat seperti dalam satu perlawanan, segala strategi dan senjata lawan sudah diketahui/diambil oleh pihak musuh sebelum perlawan itu bermula. Adil atau tidak? Terpulang pada anda untuk menilai.
Persoalan saya, adakah Mahkamah masih tidak berlaku adil seperti apa yang sering dicanang oleh pihak tertuduh? Konspirasi apakah ini? dari awal kes hingga sekarang, sudah banyak kelebihan dan kelongaran yang Mahkamah telah berikan kepada tertuduh . Sila rujuk sini, sini, sini, sini dan sini
Jadi, nasihat saya pada tertuduh, sila bersyukur dan elakkan daripada membuat tuduhan yang tidak berasas.
Memandangkan tertuduh akan memperoleh apa yang dipohon dan juga telah memperoleh banyak kelebihan sebelum ini, adalah lebih baik tertuduh tidak meneruskan hasrat untuk memohon pertuduhan digugurkan(gugur kes) sebelum perbicaraan yang akan didengar pada 24 Julai ini agar perbicaraan utama dapat disegerakan.
Sudah setahun saya terpaksa menunggu untuk hari Perbicaraan Utama kunjung tiba akibat dari dolak-dalih tertuduh.
Marilah kita menegakkan kebenaran masing-masing semasa di Perbicaraan Utama. Jika tertuduh dipihak yang benar, maka tiada apa yang perlu dirisaukan. Saya hanya berseorangan dalam kes ini.
Saya percaya, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Saya tidak akan berputus asa malah akan sentiasa berdoa dan berserah pada Allah swt agar diberi pertolongan dan kemenangan.
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARI
p/s: Kepada para2 sahabat yang dihormati, saya mohon agar kita semua MENGHORMATI keputusan Mahkamah. Insyaallah, saya pasti ada hikmah disebaliknya.
[ Maaf, komentar yang menghina mahkamah tidak akan saya siarkan. Harap Maklum]
selepas ini mungkin anwar tidak ada alasan lagi untuk menangguhkan perbicaraan, sekiranya anwar masih berdolak dalih, sikapnya dapat kita nilai sendiri
ReplyDeleteSaudara Insyallah Allah bersama orang yang benar.....
ReplyDeleteAllah swt sentiasa bersama orang yang berSabar. InsyaAllah swt kebenaran akan terbentang juga.
ReplyDeleteSaudara Saiful... saya sungguh kagum dengan kemampuan saudara untuk bersabar. Saya dapat rasakan bagaimana perasaan saudara selama setahun ini.
ReplyDeleteSedangkan saya yang tidak mengalami masalah yang saudara hadapi berasa sungguh geram dengan tindak tanduk dan putar belitnya... Bagaimana agaknya pula diri saudara yang menghadapinya???
Nasihat saya kepada saudara
1. Banyakkan beristighfar,
2. Banyakkan sembahyang taubat,
3. Banyakkan solat hajat
4. Banyakkan solat istikharah mohon petunjuk supaya Allah tunjuk jalan yang betul untuk hadapi manusia seperti Anwar Ibrahim.
Saya sebagai saudara seislam hanya mampu berdoa sahaja memohon keadilan Allah. Namun demikian doa orang-orang yang teraniaya didengar oleh Allah.
Bersabarlah bro, Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar!
ReplyDeleteSalam sejahtera sdra Saiful,
ReplyDeleteAgak kurang faham juga saya mengenai jumlah hari yang diperuntukan untuk perbicaraan kes ini.
Jika mula dulu, dikatakan 24 hari...iaitu bermula 01 hingga 24 Julai. Yang 24hb Julai nanti apa akan jadi?
Yang semalam 15hb dengan hari ini 16hb..sudah dua hari, adakah dikira juga dan ditolak dari yang 24 hari sebagaimana yang telah ditetapkan dulu? ....maknanya hanya tinggal 22 hari lagi untuk perbicaraan itu. Itupun jika yang 8hb Julai tidak akan diambilkira. Jika dikira juga ertinya cuma tinggal 21 hari saja lagi. Tapi jika ditolak lagi dengan yang 8 hari bermula esok sehingga 24hb Julai..maka cuma baki 13 hari saja lagi.
Harap anda serta keluarga sentiasa tabah dan sabar selalu.
Salam sejahtera saudara saiful.
ReplyDeleteSebelum ini saya ada layari blog anuar ibrahim. Dia mengatakan hingga kini bukti kukuh seperti air mani tiada dalam tubuh saudara. Dan mengatakan bukti cctv saudari diliwat oleh anuar masih samar-samar. Dan ada yang mengatakan saiful diliwat oleh anuar tidak logik. Penyokong anuar mengatakan hanya saiful dan anuar sahaja perkara liwat itu berlaku. Mengikur secara logik kekuatan saiful lebih kuat menolak atau melawan perkosaan liwat tersebut. Adakah saiful menyerahkan tubuh saiful kepada anuar tanpa paksaan?
Harap saiful jawap ya.
Soalan ini yang selalu bermain dalam minda saya , artikel dan juga penyokong anuar.
Terima kasih membaca komen saya.
SEMUA: Sabar itu SENJATA Mukmin. Insyaallah saya akan tetap terus bersabar. Segala kekuatan yang dimiliki datang dari Allah. Saya tiada apa2
ReplyDeleteHilbert: Inilah kononnya konspirasi yg sering dicanang tertuduh. Hanya utk mengaburi mata msyarakat dan meraih simpati. Namun, samoai bila? saya yakin, suatu hari nanti masyarakat akan dapat menilai siapa yang menganiaya, siapa yang dianiaya. Kepada Allah sy berserat.
Ah Chai: Terima kasih diatas nasihat, sokongan dan tunjuk ajar. Insyaallah, akan saya amalkan.
Yahzah: Kerana itulah telah berulangkali saya nyatakan dan memohon agar SEMUA(tidak kira yg percaya atau tidak) mendoakan agar perbicaraan dapat dijalankan. Selagi ia dibiarkan begitu sahaja/ditangguh/digugur, selagi itulah ia akan menjadi satu persoalan yang tiada kesudahannya. Jika saya jawab. sy kena dakwa hina mahkamah pula. Harap saudara memahaminya.
bukti2 sudah diberi. ini sememang di akui oleh undang2 agar bukti hendaklah ditunjuk. namun jika bukti itu tidak releven, adakah perlu perbicaraan ? jika mahkamah kata bukti releven, sudah tentu perbicaraan mesti diteruskan.
ReplyDeleteSaya dan bersama saudara2 kita...akan tetap bersama saudara menghadapi suka dan duka...
ReplyDeleteLAWAN TETAP LAWAN
ALLAHUAKBAR!!!
ALLAHUAKBAR!!!
ALLAHUAKBAR!!!
ampun: Terpulang. Berani kerana benar
ReplyDeletePembela: Terima kasih. Saya berasa amat terharu.
sifat berani adalah sifat terpuji. berani bagi bukti sebab kerana benar. Saya tidak mahu menghakimi anwar atau saudara. biar hakim yang bertauliah yang menghakimi benar atau salah. Andaikata saudara dipihak yang benar dan hakim tidak adil, biar Allah yang uruskan. Kalau Anwar dipihak yang benar dan hakim tidak adil, biar Allah yang uruskan. Kalau saudara di pihak yang benar dan hakim berlaku adil, biar Allah yang uruskan. Begitulah sebaliknya. Semua manusia telah dijamin keadilan Oleh Allah hatta binatang sekali pun akan diadili jika di zalimi oleh binatang lain. Allah maha adil.
ReplyDeleteAssalamualaikum ..
ReplyDeleteSaudara ku Saiful ..
Hindarkan diri dari membicarakan apa yang sedang berlaku di mahkamah. Percayalah bahawa Hakim dan pihak Pendakwaraya sebagai wakil anda sangat arif dalam peruntukan undang undang sama ada ianya Kanun Acara Jenayah (Criminal Procedure Code) maupun Akta Kesaksian (Evidance Acts).
Jangan pedulikan soalan atau keraguan orang lain (penyokong al juburi) kerana mereka tidak layak untuk membicarakan anda!!
Pastikan tulisan/kenyataan anda di sini tidak dapat digunakan sebagai senjata untuk menikam anda oleh pihak lawan!!
Sabarlah anda memerhatikan al juburi yang sedang meneroka setiap lubang cacing, biarlah setiap lubang cacing dan lubang tungau itu diterokainya .. yakinlah..akhirnya dia tidak akan menjumpai sebarang lubang lagi untuk melarikan dirinya..InsyaAllah.
Anggaplah 'keistimewaan' yang diterimanya itu sebagai 'hadiah terakhir' sebelum dia bermukim di Sungai Buluh .. permintaan orang yang sedang nazak .. mungkin itulah yang sedang dilakukan oleh YA Hakim Mohamad Zabidin.. biarkanlah si Luncai terjun dengan labu labunya..
Yakinkan diri anda.. bahawa anda sedang berhadapan dengan jihad yang besar!!! Menentang kemungkaran Al Juburi terhadap Islam, Negara dan bangsanya.
Jangan sekali kali anda patah semangat dan mengaku kalah dalam menjadi saksi kepada kebenaran, sama ada anda 'gugur' sebagai syuhadak -penyaksi kebenaran atau anda berjaya dengan Rahmat Allah-InsyaAllah
Saya tetap mendoakan keselamatan anda!!
Salam sejahtera,
ReplyDeleteSejuta harapan dari kami semua untuk saudara Saiful, semoga anda akan memperolehi keadilan yang sebenarnya.
Kami semua akan tetap memberi sokongan di atas perjuangan saudara untuk menegakkan kebenaran.
Setelah difikirkan, betul juga...mungkin ada hikmah disebalik tindakan mahkamah itu yang telah mengarahkan agar pihak pendakwaan menyerahkan bahan bukti itu...
...tetapi apa yang tetap akan menjadi tandatanya dihati..apakah ada jaminan dari pihak yang berwajib bahawa bahan bukti itu akan dikembalikan kepada pihak pendakwaan dengan selamat dalam bentuk asal sebagaimana sebelum ianya diserahkan kepada pihak tertuduh...
Saiful,
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan nasihat AnTi AljUbuRi
"Hindarkan diri dari membicarakan apa yang sedang berlaku di mahkamah. Percayalah bahawa Hakim dan pihak Pendakwaraya sebagai wakil anda sangat arif dalam peruntukan undang undang sama ada ianya Kanun Acara Jenayah (Criminal Procedure Code) maupun Akta Kesaksian (Evidance Acts)."
Biar pihak sebelah sana sahaja yang sibuk berceramah ke seluruh negara mengenai kes liwat ini. Tunggu masa awak berbicara di hadapan mahmakah nanti, insyaAllah.
Yakinlah, Allah maha Adil, kalau awak tidak mendapat keadilan hari ini atau esok di mahkamah pasti ada perancangan lain yang Allah ingin berikan kepada awak. Dan yakinlah kebenaran akan tertegak juga suatu masa nanti.
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
p/s Saya yakin kebenaran akan datang juga walaupun mengambil masa yang lama.
"Jika tertuduh dipihak yang benar, maka tiada apa yang perlu dirisaukan. Saya hanya berseorangan dalam kes ini." <----- You are not alone. We are here with you :)
ReplyDeleteAmpun: Terima kasih kerana berlaku adil pada saya dan juga tertuduh. Saya amat menghargainya.
ReplyDeleteAnti, Ladybird: Terima kasih diatas nasihat. Saya amat menghargainya. Mengenai CPC, Biarlah DPP yang akan membahaskannya nanti
Walaubagaimanapun, Apa yg menjadi HAK perlu diperjuang dan dipertahankan. Segala keperluan/senjata saya utk berlawan diambil sblm perlawanan bermula. Jadi bagaimana saya hendak berlawan? Sedangkan Rasulullah berjihad(perang)membawa senjata.
Di khabarkan, DPP akan membuat rayuan. Insyaallah. Segala yg ditulis juga sudah dirujuk dengan peguam terlebih dahulu. Sekian. Terima kasih.
S.Mama: Thank you
SALAM SAUDARA SAIFUL.
ReplyDeleteKAMI DI SARAWAK BERPENDAPAT, DI PIHAK SAUDARA MESTILAH MEMBUAT BANTAHAN DEMI BANTAHAN TERHADAP PERMONONAN2 ANWAR YG KADANG2 BOLEH MENJEJASKAN BUKTI KES SECARA TEKNIKAL. KITA SEDAR ANWAR NI PANDAI MAIN WAYANG. TAKUT NANTI SAUDARA SENDIRI TERHERET DENGAN PERMAINAN JAHAT ANWAR. JANGANLAH TERLALU BERLEMBUT DAN BERDOA SERTA BERSERAH SEMATA2, SAUDARA MESTI MENENTANG HUJJAH MEREKA DENGAN KUAT KALI NI. INGAT, MASA SEMAKIN MENINGGALKAN KITA. PADA MASA INI JUGAKLAH ANWAR AKAN TERUS MEMPERBODOHKAN SAUDARA. SAUDARA, KUATKAN HATI!!!!!!!
salam... tak semua kat sarawak agree dengan comment di atas.. be more objective and don't just general statement.
ReplyDeleteSaya sangat setuju dengan pendapat ANTIPKRSARAWAK.. Sudah tiba masanya saudara Saiful membuat bantahan terhadap permohonan mengarut Anwar Al Juburi.
ReplyDeleteAdakah saudara fikir dengan sentiasa mengalah akan menyebabkan orang akan fikir nanti mahkamah Malaysia bersikap adil? Adil untuk siapa? Adil untuk Anwar atau untuk saudara??? Saya percaya walaupun mahkamah bagi kelonggaran apa saja yang diminta oleh Anwar Al Juburi... bila suatu masa nanti mahkamah dapati dia bersalah, dia tetap akan mengatakan itu adalah konspirasi.. dan mahkamah tidak berlaku adil. Adil bagi Anwar Al Juburi adalah apabila dia tidak dihukum walaupun dia bersalah.
Apakah saudara tidak sedar kemunafikan yang jelas pada Anwar Al Juburi? Orang ramai (penyokong Anwar)mempercayaai Anwar Al Juburi tidak bersalah semata-mata kerana ISTERI DAN ANAKNYA PAKAI TUDUNG!!! Menteri-menteri lain isteri tak pakai tudung. Jadi itu yang menimbulkan simpati terhadapnya bagi orang2 yang buta mata hati. Itulah topeng yang dipakai olehnya.
Apakah saudara sanggup dengan memberi segala bukti yang diperlukan oleh Al Juburi nanti menyebabkan pihaknya memanipulasi bahan bukti... Seperti alasan bahan bukti telah dirompak semasa perjalanan dan sebagainya??? Sanggupkah saudara menghadapi tipu muslihat Al Juburi??? Sudah terlalu banyak tipu muslihat yang dibuat oleh Al Juburi ini... apakah saudara masih tidak sedar sehingga dah terhantuk nanti baru nak terngadah???
SUDAH SAMPAI MASANYA SAUDARA MELAWAN DENGAN SEGALA KUDRAT YANG ADA. SEBAGAIMANA ANWAR MENGGUNAKAN SEGALA KUDRATNYA UNTUK MELENGAH DAN MENGELAKKAN DIRINYA DARI DIDAKWA, SAUDARA SEPATUTNYA MESTI MENGGUNAKAN REVERSE PSYCHOLOGY TERHADAP ANWAR PULA..
TINDAKAN SAUDARA SENTIASA MENGALAH MENYEBABKAN ANWAR BERFIKIR SAUDARA HANYA BUDAK MENTAH... INI MASANYA UNTUK SAUDARA MEMBUAT SUATU KEJUTAN YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA OLEHNYA. BARULAH DIKATAKAN BERTEMU BUKU DENGAN RUAS... SAYA YAKIN SELEPAS INI AKAN LEBIH RAMAI YANG MENYOKONG SAUDARA.. DAN BERTAWAKAL LAH KEPADA ALLAH...
Saya berasa hairan dengan cara berfikir sesetengah orang yang merasakan tidak masuk akal saudara tidak boleh melawan orang yang berumur lebih 60 tahun sewaktu diliwat. Bagi saya hanya saudara yang tahu.
Bagi pandangan saya pula... bagaimana pula banyak kes yang telah banyak kita dengar datuk merogol cucu??? Kenapa cucu tak berupaya nak melawan datuknya...??
Sekian sekadar pandangan dari saya.
Anti PKR, Ah Chai: Terima kasih diatas sokongan dan nasihat yg diberi.
ReplyDeletePertama sekali, harus diingat bahawa kes ini adalah kes jenayah DSAI VS Pendakwaraya, bukan DSAI VS Saiful. Saya hanyalah pengadu dan saksi. Sebagai pengadu/saksi, saya tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan DPP membuat apa yang disuruh oleh sy. Dalam kes ini, peguam sy bukanlah peguambela, beliau adalah peguam pemerhati.
Jgnlah tuduh saya selalu mengalah. Saya bermatian-matian mahukan keadilan dan mempertahankan hak saya. Namun, Saya atau peguam pemerhati tiada kuasa, hanya DPP. Harap maklum.
Untuk makluman DPP sudah membantah dan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan mengenai keputusan kelmarin. Sekian.
Saudaraku Saiful,
ReplyDeleteAnda tidak berseorangan, ramai diluar ini yang mendoakan kebaikan dan mengharapkan kebenaran.Anda adalah pejuang yang mencari kebenaran.Berilah sepenuh kepercayaan kepada Mahkamah dan sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui dan Melindungi.
Kita menyeru semua pakar-pakar perundangan diluar sana untuk membantu saudara kita ini dengan niat untuk mencari kebenaran.Tawarkan diri anda mengikut kemampuan dan berikan sokongan dan dokongan.
Diharapkan selesai semua ini Malaysiaku yang aman dan damai akan terus memacu usaha dan tumpuan kepada membina negarabangsa tanpa gangguan dan konspirasi peribadi yang jelek dan merugikan semua!
Saiful, anda akan tegak diatas kebenaran. Jangan takut dan jangan kecewa. Doa kami bersama mu! Berani itu benar, takut itu salah! Itulah hakikat dan fitrah yang tidak boleh dinafikan.
http://penpusaka.blogspot.com
Penpusaka: Terima kasih.. Saya amat menghargainya.. Insyallah, saya tidak akan menyerah kalah
ReplyDelete