Ingin saya tegaskan bahawa keputusan saya ini tidak bermakna saya menarik balik segala kandungan di dalam laporan polis yang saya buat ke atas DSAI pada 2008.
Perkara ini dibuat atas beberapa sebab;
Pertama,
Saya ada kes dan hujah yang kukuh untuk saman ini, namun proses perundangan kadang kala mengambil masa yang amat panjang untuk sampai ke peringkat Mahkamah tertinggi negara. Saya tidak berkeupayaan untuk membiayai kos guaman yang tinggi sehingga ke peringkat itu.
Perlu bergadai harta dan masa untuk turun naik Mahkamah. Cukuplah 7 tahun saya melalui proses perundangan turun naik Mahkamah untuk membukti kebenaran laporan polis yang saya buat pada tahun 2008. Saya mahu terus kehadapan.
Kedua,
Laporan polis yang saya buat berkenaan saya diliwat Anwar telah pun dibuktikan BENAR apabila kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada April 2014 yang mendapati bahawa beliau bersalah meliwat saya, dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara. Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa saya adalah seorang saksi yang kredibel, boleh dipercayai dan berkata benar.
Ketiga,
Saya seboleh-bolehnya tidak mahu proses perbicaraan sivil ini sekiranya berlangsung, dieskploitasi untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
Sekian kenyataan saya.
Terus Istiqamah,
SAIFUL BUKHARI AZLAN
p/s: Untuk makluman, perkara menarik balik writ saman ini juga pernah dilakukan oleh defendan di mana beliau menarik balik writ saman terhadap saya pada tahun 2012 "Anwar tarik balik saman terhadap Saiful" http://www.malaysiakini.com/news/208677 . Saman tersebut difailkan setelah saya buat laporan polis pada 2008, ia memakan masa 4 tahun sebelum ianya ditarik balik.
Kalau menang pun belum tentu Anwar mampu bayar walaupun RM1juta. Tak berbaloi.
ReplyDelete