Wednesday, July 6, 2011

Sudah 26 tahun. Syukur, Allah lanjutkan umur..

Terus kehadapan, tidak sesekali undur..

Alhamdulillah, syukur kehadirat Allah SWT kerana dengan Izin, Limpah dan RahmatNya, saya telah dipanjangkan umur sehingga ke hari ini. Hari ini, genaplah 26 tahun saya berada di bumi Allah. Saya dilahirkan oleh ibu saya Allahyarhamah Hjh Halina Mohd Alip, di Johor Bharu.

Kenangan yang paling manis sepanjang saya berumur 25 tahun adalah apabila saya di Izinkan Allah SWT untuk mengerjakan Ibadah Haji  bersama Nenek tersayang pada musim Haji yang lalu. Pelbagai ilmu dan pengalaman berharga saya perolehi sepanjang berada disana. (Boleh baca lebih lanjut disini) . Kedua ialah dimana apabila Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan Berjaya membuktikan adanya kes Prima Facie dimana pihak tertuduh diarah untuk membela diri.

Untuk makluman semua, baru-baru ini juga, pada tanggal 28 Jun 2011, genaplah 3 tahun tempoh dari tarikh laporan polis yang dibuat iaitu pada tanggal 28 Jun 2008 di Hospital Kuala Lumpur.

Syukur Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan beberapa doa, memberi saya pertolongan, taufiq dan hidayah untuk mengharunginya dengan penuh tenang, sabar serta penuh hikmah. Kisah perjalanan, perjuangan dan kesabaran Rasulullah SAW dalam menegakkan yang HAK juga sentiasa dijadikan panduan dan pedoman.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tidak pernah sekali menyesal akan keputusan saya pada tanggal 28hb Jun 2008 lalu. "Pada hemat saya, biarlah diri ini dihina oleh jutaan manusia dan hilang segala nikmat dunia ini daripada dihina Allah swt, hidup dalam jiwa yang tidak tenang dan ditarik nikmat di akhirat akibat tidak berani menegakkan yang Hak"

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih diatas ribuan ucapan Selamat Hari Lahir di Facebook, email, sms, twitter dan lain-lain. Juga pada seluruh keluarga dan semua pihak yang telah banyak berdoa, memberi sokongan dan membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang 3 tahun kes ini berlangsung. Saya amat menghargai jasa-jasa anda sekalian, saya tidak akan lupa.

Insyaallah, segala pengorbanan dan penat lelah anda selama ini tidak akan sesekali saya sia-siakan. Semoga Allah memberi kekuatan dan membalas jasa-jasa anda sekalian.

Saya tidak mempunyai apa-apa, hanya Allah swt tempat saya bergantung. Jika ditakdirkan saya tiada didunia ini lagi, teruskanlah perjuangan ini sehingga Kebenaran itu bangkit!. Apapun, saya akan terus berdoa, istiqamah dan sabar, takkan sesekali akan menyerah kalah.

Saya percaya, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

Kepada Allah saya berserah


SAIFUL BUKHARI AZLAN



p/s: Buat rakan-rakan seperjuangan yang dihormati dan dikasihi, Hari Kebenaran semakin hampir. Sudah banyak tanda-tanda yang telah diperlihatkanNya. Ayuh sama-sama kita rapatkan saf, istiqamah, kuatkan dalaman/iman, doa dan jangan putus mohon bantuan dari Allah SWT. Insyaallah, dengan IzinNya nanti, apabila Yang HAK sudah BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!!



22 comments:

  1. Happy Birthday Saiful..may Allah bless u..Inshaallah! n all the best..(",)

    ReplyDelete
  2. ASSALAM UNTUK SAIFUL & KELUARGA.

    Semoga tabah dan terus istiqomah untuk menghadapi segala dugaan Allah di dunia
    (InsyaAllah di Akhirat nanti anda akan gembira menikmati hasilnya, AMINN!)

    Alfatihah kepada Allahyarhamah Ibu Saiful yang telah melahirkan seorang HERO MALAYA pada 26 Tahun lalu.

    Selamat Hari Lahir my bro Saiful!

    Aku di AloQStaQBlog ada buat satu artikel khas untuk Saiful Di SINI (SILA KLIK)

    http://aloqstaqblog.blogspot.com/2011/07/selamat-hari-lahir-haji-saiful-bukhari.html


    TQ ~!

    AloQStaQ
    AloQStaQBlog.blogspot.com
    06 Julai 2011
    6:37Ptg

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir saiful. Semoga Allah sentiasa memelihara mu dan terus beristiqamah.

    ReplyDelete
  4. insyaAllah..Allah bersama orang yang benar..

    ReplyDelete
  5. terbaik bro.... selamat Hari Ulang tahun.... Kita akan pastikan keadilan buat lu dan keluarga terbela.

    Allah menyebelahi di pihak yang Benar.

    ReplyDelete
  6. Salam 1Malaysia bro,

    harap sangat kemenangan tetap berpihak kepada saudara kerana kami yakin anda dipihak yang benar.

    Moga saudara sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Esa.

    ReplyDelete
  7. SALAM SAIFUL

    AKU BERSAMA KAU...PERCAYALAH KEMENANGAN SUDAH MENAMPAKKAN CAHAYA

    ReplyDelete
  8. ALHAMDULILLAH. TAHNIAH 26 TAHUN HARI INI. SEMUGA TERUS SABAR & TABAH. INSYAALLAH KEBENARAN PASTI TERSERLAH...

    ReplyDelete
  9. Selamat hari lahir Saiful ....

    teruskan perjuangan menegakkan hak dan keadilan !

    ReplyDelete
  10. gua sokong sepenuh jiwa raga...

    semoga anda dikurniakan kejayaan...

    ReplyDelete
  11. Hati anwar tu memang dah hitam legam. Dia ni payah nak mengaku. Jangan takut sama anwar tu. Pembelanya sekarang terdiri daraipada golongan kapir lahanat kapal pusing, lim kita siang, Ni Aziz Ni Kamat.. smua tu musuh Allah SWT ...Mahkamah Malaysia pasti akan tegakkan kebenaran...Hakim kat Malaysia ni pun takut kepada Allah SWT...

    ReplyDelete
  12. Semoga Allah senantiasa melindungi kamu. Ameen.

    ReplyDelete
  13. AKU SOKONG PERJUANGAN ANDA, TERUSKAN, TERUSKAN, TERUSKAN. 16 JULAI 2011 DAH HAMPIR MAKA LINGKUPLAH LAKNATULLAH ALJUBURI DAN BEREHATLAH DIA DI SG BULOH RESORT ITU PUN KALU DIA TAK CABUT LARI KELUAR NEGARA

    ReplyDelete
  14. InsyaAllah Saiful. Rakyat dan negara telah lama menderita dgn syaitan bertopengkan manusia bernama Anwar ini. Paling sedih bila melihat semakin ramai Melayu/Islam terpedaya dek fatwa-fatwa songsang oleh pemimpin-pemimpin besar PAS yg sanggup mempermainkan agama demi utk menegakkan rakan sekongkol mereka. Tidakkah mereka sedar bahawa tindakan bodoh mereka itu hanya akan menguntungkan bangsa asing yg terang-terangan menentang agama Islam dan anti-melayu?

    ReplyDelete
  15. selamat hari lahir saiful. semoga Allah berkati perjuangan saudara.

    ReplyDelete
  16. selamat hari lahir saiful.semoga sentiasa berada di dlm rahmat Allah.

    tabahkan diri menghadapi semua ni. kami menyokong kamu.

    ReplyDelete
  17. selamat ulang tahun saiful..diharap saudara banyak bersabar dan jangan lupa pada Allah..insayaAllah yang haq akan muncul

    ReplyDelete
  18. Selamat harilahir Saiful...
    Semuga ALLAH melindungi kamu dan kebenaran akan terserlah ..banyakkan sabar dan takwa kepada yang Maha Esa..

    ReplyDelete
  19. tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat ulangtahun yang ke 26 insyallah saya sentiasa menyokong saudara....

    salam kasih
    pembelawira

    ReplyDelete
  20. Selamat Hari Lahir... Ada hikmah di sebalik kejadian ini, Anwar Ibrahim tidak akan dapat lari dari kemungkaran terselindung yang dilakukan terhadap orang2 terdahulu daripada Saiful. Anwar Ibrahim percaya apa saja yang beliau lakukan akan terlepas dari pengetahuan manusia, beliau tidak pernah mempercayai bahawasanya ALLAH SWT Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Mengasihani akan umat2nya yang teranaiya. Masa pasti akan tiba dan rakyat Malaysia akan mengetahui segala kemungkaran dan pembohongan yang beliau lakukan. Wajahnya sekarang menunjukkan segala yang tersirat dalam hatinya, semakin hari semakin berjerebu dan gelap. Jsnji ALLAH pasti akan datang. Hanya kesabaran dapat mengalahkan segala2nya.

    ReplyDelete
  21. dear saiful....

    u r the man.....
    Allah swt akan slalu bersama hambanya y benar.....

    setiap y berlaku ada hikmahnya....
    semoga keimanan & ketaqwaan kamu kepada Allah semakin tinggi & utuh......

    semoga kamu tabah menghadapi rintangan & dugaan y mendatang.....
    Allah swt akan sentiasa bersama kamu....
    ~Amin

    Assalamualaikum....

    ReplyDelete