Thursday, May 21, 2009

40 Hari lagi tarikhnya.. Mohon bimbingan dan doa..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari Kebenaran yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia bakal tiba. Syukur kehadhirat Allah s.w.t kerana dengan Izin-NYA, saya masih lagi dapat bertahan untuk meneruskan perjuangan hingga ke hari ini.

Dalam meniti hari-hari terakhir episod penantian yang bakal menjangkau 1 tahun ini, persiapan rapi perlu dilakukan bagi memperlengkapkan diri sebelum masuk ke gelanggang nanti. Akan tetapi, pada hemat saya persiapan yang dilakukan secara bersendirian mesti banyak kelemahan-kelemahannya.

Maklumlah, ilmu pun tidak secukup mana dan ini baru pertama kali saya akan beri keterangan di mahkamah.

Justeru, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik anda bagi memberi bimbingan(tips2) dari segi psikologi, spiritual, kekuatan rohani, perundangan, cara-cara memberi keterangan, dan ilmu-ilmu yang sepatutnya bagi memantapkan diri saya apabila di mahkamah kelak.

Kepada yang sudi membimbing mahupun memberi sokongan moral, bolehlah menghantar kiriman anda ke alamat email HariKebenaran@gmail.com , atau diruangan komentar entri ini.

Nasihat dan bimbingan oleh pakar/profesional seperti peguam, pakar psikologi, para ulama' pensyarah dan para ilmuan yang lain juga amat dialu-lukan.

Kesudian anda untuk membimbing dan membantu saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Semoga Allah s.w.t membalas jasa-jasa anda.


Yang HAK Pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!


SAIFUL BUKHARI

p/s: Atas faktor 'keselamatan', saya ingin mohon maaf terlebih dahulu kerana saya tidak dapat membalas email-email yang dihantar. Identiti pengirim juga akan dirahsiakan. Harap maklum.

Pautan: 1 JULY HARI KEBENARAN - Gomo

27 comments:

  1. Asaalamualaikum saudara semoga terus tabah dalam menghadapi dugaan hidup. Ketenangan adalah amat penting. Apa yang pasti dengan ketenangan sahaja dapat menghadapi semua tekanan dan dugaan. Semoga kebenaran terus bersama dengan saudara.

    Salam Perjuangan

    ReplyDelete
  2. salam sdra saiful,,,

    moga sdra terus diberi kekuatan mengharungi dugaan ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul!

    jaga keselamatan dan kesihatan,itu penting menanti detik Julai nanti. sementara itu mental mesti kuat! DSAI gemar bermain mata menunjukkan kegagahannya 'menakluk' mangsa.

    Jangan dilayan cubaan DSAI atau wakil utk bertemu. ini bakal mengundang padah lantas lentur semangat melawan. Byk bukti spt saifuddin nasutio dan mansor othman, 'cair' bila ketemu DSAI.

    sdra perlu fokus dan jgn layan cubaan DSAI melemahkan mental sdra. Ini taktik DSAI. jika ada 'harassment' terhadap sdra, harap lapor segera kpd pihak berkuasa.

    Salam perjuangan buat sdra sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. Saya mendoakan kemenangan saudara yang teraniaya dan semoga allah menghancurkan BABI dan BARUA di bumi tercinta ini...

    Kuatkan semangat saudara...

    ReplyDelete
  4. Parpu: I will!!

    The Infinity: W'slm. Alhamdulillah, disebalik segala dugaan dan cabaran, Allah swt telah mengurniakan ketenangan dlm diri saya.Terima kasih diatas nasihat dan dorongan. Salam perjuangan kpd anda juga.

    X-PKR: W'slm. Insyallah saya akan tabah, menjaga keselematan dan kesihatan saya. Setiap hari saya memohon kepada Allah(bkn Bomoh spt sstgh pihak) untuk diberi perlindungan dan kekuatan.

    Tentang percubaan psikologi, terima kasih diatas peringatan saudara. Beliau mmg ''pakar'' dlm pujuk memujuk ni dan menPsiko orang ni. Insyallah saya akan elakkan, kalau blh takde langsung lg bagus.

    Antibarua: Terima kasih diatas doa dan sokongan yang diberi. Insyallah, Allah akan selamatkan bumi bertuah ini. Sama2lah kita doakan

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah menangkan saudara.

    ReplyDelete
  6. Pyan:Insyallah, terima kasih

    ReplyDelete
  7. Pyan:Insyallah, terima kasih

    ReplyDelete
  8. lambat lagi rupa2nya

    mesti tak tidur malam

    ReplyDelete
  9. Sdr Saiful,
    Yakinlah dengan ALLAH SWT...

    Mohon perlindungan, petunjuk dan rahmat ALLAH SWT...

    Berhati-hatilah dengan 'permainan' anwar dan bawaklah bertenang dengan berzikir sentiasa dan beramal denganNYA

    dan YAKINLAH Yang HAK Pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

    insyaALLAH kemenangan berada dengan saudara!

    ReplyDelete
  10. Anonymous8:01 AM

    SALAM BRO SAIFUL
    TABAH DAN CEKALKAN HATI, INI PUN SEBAHAGIAN DARI DUGAAN YG SDR HARUS TEMPUHI. TPI SY PERCAYA BERKAT DAN KESABARAN SDR PASTI AKAN DIBERI GANJARN DI KEMUDIAN HARI INSYALLAH

    ReplyDelete
  11. Salam Sdr Saiful.,

    Kuatkan keyakinan diri, kuatkan iman, pegang terus kepada asas perjuagan sdr Saiful, jaga diri selalu.

    Saya sangat yakin sdr Saiful akan mendapat keadilan yang diperjuangkan kelak dan saya percaya sangat bahawa kebenaran akan tetap menyebelahi saudara. Kami rakyat Sarawak akan sentiasa mendoakan kesejahteraan buat saudara serta keluarga dalam menghadapi hari perbicaraan itu nanti.

    ReplyDelete
  12. SALAM BRO....
    1 JULY HARI KEBENARAN...

    AYUH KITA GEGAR!!!!!!

    ReplyDelete
  13. Selamat berjuang kawan!

    Semoga kemenangan berpihak kepada yang berhak.

    ReplyDelete
  14. semoga diizinkan tuhan dan mempermudahkan segalannya...

    Segala kejadian, tarikh, waktu jgn sesekali lupa...kerana teknikal2 beginilah yg akan memenangkan pihak sana... mereka hnya mencari kesalahan teknikal sahaja...berhati2lah...

    apa pun saya mendoakan kejayaan saiful..

    ReplyDelete
  15. salam saudara saiful.
    saudara mesti banyak solat memohon kekuatan bantuan drpd allah.

    saudara jgn melayan segala panggilan dan pertemuan yg dikhuatiri akan menjejaskan "keadaan" anda.

    saya cadangkan semasa dalam mahkamah nanti, saudara mesti berbekalkan al-quran.

    moga saudara kuat dan bersemangat memberikan hujjah saudara.

    dengan cara ini, jika benar saudara berada di pihak yg benar, saudara tidak akan ragu dan gentar dengan "bertemankan" al-quran.

    maka secara tidak langsung pihak di sebelah sana akan terganggu jika mereka benar2 terasa akan bahang "al-quran".

    maka ketika itu kita boleh mengetahui angin jebenaran berpihak kepada siapa sebenarnya.

    semoga saudara tabah dan cekal.

    ReplyDelete
  16. GUD LUCK SAIFUL. MAY ALLAH BLESS U! JALAN HIDUP AWAK PENUH LIKU, TP KEBERANIAN AWAK MENENTANG ARUS AKAN DIKENANG OLEH GENERASI AKAN DATANG!!


    YOUGSTER 4 ALL!!!!

    WASSALAM

    ReplyDelete
  17. Salam anakanda Saiful,

    Kalau anakanda dipihak yang benar saksinya Allah SWT jangan takut ....Allah akan bersama anakanda.

    ReplyDelete
  18. 1 JULAI HARI KEBENARAN
    http://www.gomounited.com/2009/05/1-julai-hari-kebenaran.html

    ReplyDelete
  19. Assalammualaikum semua,

    Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah menghantar komentar2 dan email2.

    Tak disangka, beratus juga email yang saya terima. =)

    Insyallah, segala nasihat dan ''tips2'' tersebut akan saya amal/praktikan.

    Tidak lupa juga dengan kata2 semangat/motivasi yang telah diberi. Sesungguhnya, ia banyak membantu. =)

    Semoga Allah/Tuhan(to non-muslims sender) membalas jasa2 kalian semua.

    - 1 JULY HARI KEBENARAN -

    ReplyDelete
  20. Saiful,
    Yakinlah bahawa ini semua hanya ujian Allah dan Allah tidak akan menguji melainkan orang yang diuji itu memang mampu melepasi ujian tersebut.

    Apabila datang yang hak maka yang batil akan gugur dengan sendirinya.

    Selamat berjaya.

    ReplyDelete
  21. Moga Allah menunjukkan kebenaran yang sebenar. Moga mereka yang bermuka-muka akan diberi pengajaran oleh Allah.

    Moga yang bersalah akan dilaknat oleh Allah, dimatikan secepat mungkin,saya berharap sangat agar mereka yang jahat,zalim,berdusta, dimasukkan ke dalam api neraka.

    Kebenaran itu fitrahnya suci, dan moga kebenaran inilah yang terbentuk kelak.

    ps : Moga pendusta sebenar diazab oleh Allah di dunia lagi, moga dipendekkan rezeki, didekatkan ajal,dan porak poranda hidupnya.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum bro Saiful,

    Sila berikan komen tentang artikel dari Raja Petra Kamarudin di laman web Malaysia Today mengenai perjumpaan sulit bro Saiful dgn pegawai polis bernama Mohd Rodwan Mohd Yusof sehari sebelum kejadian liwat berlaku? Perjumpaan tersebut dikatakan berlaku di Hotel Concorde KL. Bro Saiful boleh membaca artikel tersebut di http://mt.m2day.org/2008/content/view/22453/84

    Sila komen sikit bro..jika tiada kebenaran langsung, saman shj mereka yg terlibat. Sepertimana bro saman laman pahangdaily tempoh hari.

    Sekian.

    Yang HAK pasti berdiri
    YAng BATIL pasti jatuh

    ReplyDelete
  23. kebenaran zakar anwar yang memasuki dubur saiful bakal terbongkar! sumpah laknat akan terungkai dengan perbizaraan adil mahkamah. peliwat pasti dihukum..

    ReplyDelete
  24. Prihatin: Tidak pernah. Al maklumlah RPK dan cerita fantasinya.

    SEGALA saman mengenai kes akan di failkan selapas selesai pebicaraan, kerana ia blh menganggu perbicaraan. Mengenai PDO, ia tiada kena mengena dgn kes, jd saman blh difailkan. Saya bertindak mengikut akal, bukan mengikut nafsu.

    ReplyDelete
  25. Kami mmg sentiasa beri sokongan...
    Bykkan solat hajat!...
    ok...gd luck!
    we hate Anwar!

    ReplyDelete
  26. Saya sahut: "1 Julai Hari Kebenaran".

    http://www.sufianblog.com/2009/06/1-julai-hari-kebenaran.html

    ReplyDelete