Sepanjang saya bekerja dengan DSAI, saya tidak pernah bertemu dengan Ayah Tok. Saya cuma pernah berbicara bersama isterinya sahaja, itupun melalui telefon. Menurut DSAI, Ayah Tok merupakan salah seorang alim ulama yang sering menjadi tempat rujukannya bagi mendapatkan pandangan dan nasihat.
Tentang apa ilmu dan nasihat yang diterimanya, saya tidak pernah masuk campur. Wallahualam..
Ayah Tok sangat penting untuk DSAI. Walaupun dengan jadualnya yang agak ketat, beliau tetap akan bertemu Ayah Tok jika dipanggilnya. Sekurang-kurangnya seminggu sekali, tapi kadang-kala sampai 2/3 kali seminggu. Adakalanya, sebelum ke KLIA untuk berlepas ke luar negara atau sejurus pulang dari luar negara beliau akan singgah di rumah Ayah Tok dahulu.
Mengenai ajaran yang dibawanya sesat, terus terang saya katakan bahawa baru beberapa hari lepas sahaja saya mengetahuinya. Saya juga agak terkejut. Namun itulah hakikatnya.
Fatwa mengenainya juga telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 23hb November 1995 dimana Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman@ Ayah Tok dianggap terpesong. Sila rujuk disini.
Apapun, memandangkan fatwa ini telah digazetkan pada tahun 1995, diharap pihak Mufti atau Jabatan Agama Islam Negeri Selangor ( JAIS ) dapat memperjelaskan isu pengharaman ini kepada masyarakat sekali lagi.
Adakah ia masih sesat atau tidak? Jika sudah tidak sesat maka saya ucap Alhamdulillah, tetapi jika masih sesat maka pihak bertanggungjawab haruslah mengambil tindakan dengan segara bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara daripada dihancurkan oleh golongan-golongan terpesong ini.
Mengambil dari petikan fatwa,
Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla.
Saya berdoa semoga Allah s.w.t akan tunjukkan lagi kebenaran..
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARI
Untuk maklumat lebih lanjut;
Aurad Ismailiah
Madrasah Nurul Iman,
Jalan Kuari Sungai Long,
Sungai Serai Hulu Langat,
43100 Hulu Langat, Selangor
http://www.nuruliman.net
012-3045698 ( Direct line Ayah Tok )
Teruskan cerita dan pendedahan sekadar yang termampu. Tuhan tetap bersama anda.
ReplyDeletebukan memihak kepada sesiapa, cuma musykil melanda fikiran..kalu benar Ayah Tok yg diceritakan ini merupakan orang yang sama Pak Lah jumpa di Hulu Langat itu, jika benar ajaran yg dibawanya sesat kenapa Pak Lah pergi berjumpa dengannya??sekadar ingin meluahkan kemusykilan..
ReplyDeleteBuat Uncle K,
ReplyDeleteSaya hanya berhujah berdasarkan bukti/fakta (Fatwa 1995)
Selebihnya hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu..
Buat SS,
Terima kasih kerana menyokong.. =)
tiap kali nak Pr ko muncul......ai...semoga allah bersama org yg benar.....nak pesan skt baca buku pasal hukum hudud ye....nanti senang nak jawab klau kena pnggil dgn......
ReplyDeleteAcap...ko ni acap kali ke...acappan?? ko sendiri dah baca ke buku pasal hukum hudud? kalau ya, bagitau nama buku...apasal ayat tergantung tak habis?? ko nak gi terberak eh?
ReplyDeletekalau saiful timbul tiap kali Pr kau ada masalah ke?? kalau orang lain timbul dan yg memihak aljuburi tak per, tak pernah salah..! Ni yang latest nie dah terdesak sangat kata saiful buat pengakuan insaf siapa punya kerja?? umno jugak ke yang buat? aku tanya kau soalan2 nie sebab bunyi tulisan kau tu macam "orang2 suci" lahh. Bunyi macam bagus2.
Sememangnya Allah bersama orang yang benar dan berani diatas kebenaran! Bernama dan bersifat al-HAQQ!
eh acap. nak tanya la dalam buku hudud yang kau baca tu. kalau mangsa sendiri yang mengaku dirinya sendiri di liwat oelh si polan bin si polan, apa yang dalam buku hudud kau tu cakap?
ReplyDeletehah..acap
ReplyDeleteorg tanye x jawab pon ko
tgh studi ke...
ko pon blom katam ke????
aik..,xde pon fakta psl ajaran Madrasah Nurul Iman ni sesat...haha ape la..cm bdk tadika btol
ReplyDeleteAnginKusKus: Bukankah dokumen fatwa di posting sy ini FAKTA? Kalau bukan fakta, apa? Sila klik pada gambar dokumen atau link ini: http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiBukuPanduanFatwa/FatwaWartaKerajaanSelangor25%201991-1997.htm
ReplyDeleteMohon saudara juga berhujah dgn fakta. Sekian.
Hi there, Just want to invite you n your friends to take a look on my blog, all are just introducing the ways to earn online. The New post may be interesting for you, check it out n let me know your comment if you don't mind, tnx friend...
ReplyDeletewww.earn2gether.blogspot.com
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete