Monday, January 9, 2012

Redha apa jua keputusan




KUALA LUMPUR 8 Jan. - Saksi utama kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan menyatakan bahawa dia reda dengan apa juga keputusan yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi di sini esok.

Mohd. Saiful Bukhari yang sebelum ini melalui detik sukar bagi mendapatkan keadilan bagi dirinya yakin kebenaran akan bangkit dan dia akan terus berdoa kepada Allah, selain bersabar atas semua dugaan yang diterimanya.

"Reda apa jua keputusan. Kepada Allah saya berserah. Akan terus doa, istiqamah dan sabar," katanya di dalam laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Mahkamah Tinggi di sini sebelum ini menetapkan esok sebagai tarikh keputusan bagi kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang dan Mohd. Saiful Bukhari itu.

Perbicaraan kes itu bermula pada 3 Februari 2010 iaitu kira-kira dua tahun tujuh bulan selepas Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008.

Kes itu mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan ekoran pelbagai permohonan difailkan oleh Anwar sehingga berpuluh-puluh kali penangguhan telah dibenarkan oleh mahkamah.

Mohd. Saiful Bukhari dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan rakyat Malaysia terhadapnya sebelum ini. Dia juga meminta semua terus berdoa agar kebenaran membabitkan kes itu muncul. - Utusan

---------------------------------------------------------------------------------------------

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)

Tidak di dunia, di Masyar pasti. Yang Pasti, jika diambil nyawa, akan pergi dengan tenang, tiada lagi berhutang "Kebenaran" dengan sesiapa. InsyaAllah

Terima kasih diatas doa dan sokongan kalian selama ini. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Kepada Allah saya berserah..

SAIFUL BUKHARI AZLAN


p/s: Kenyataan reaksi saya mengenai keputusan penghakiman akan saya paparkan diblog ini. Harap maklum. Tk

12 comments:

  1. Anonymous7:49 AM

    Salam Saiful...

    Semoga Allah memberikan yang terbaik buat anda.

    Tq krn membantu rakyat Malaysia utk menunjuk jalan ke penjara kepada Anwar.

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:02 AM

    Saudara Saiful...tabahkan hati saudara. Ada hikmah di sebalik kekalahan ini..Semoga Allah membalas perbuatan juburi terhadap saudara..

    daripada: Rosli

    ReplyDelete
  3. Sabar lah, dik. Allah maha mangetahui.

    ReplyDelete
  4. yang hak pasti berdiri yg bathil pasti jatuh menyungkur bumi !

    ReplyDelete
  5. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Pintu keampunan masih dibuka seluasnya.. Manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan, kerana kita adalah insan yang lemah.. Kembalilah saudaraku..

    ReplyDelete
  6. Anonymous1:10 PM

    dah ada keputusan pun...

    ReplyDelete
  7. adoi padan muka ko... tak berak 2 hari kah kah kah tp boleh semayang tak payah mandi wajib...
    orang bacul macam ko tak akan appear kan comment macam ini kerna tahu penyokong kau tak ramai

    50 orang je?? tak cukup t shirt ka
    kah kah kah

    ReplyDelete
  8. salam... di harap awk bersabar... insyallah wp awk x meng di perhakiman dunia...awk menang di akhirat kelk hendaknye..terusknla berdoa dan terus berdoa

    ReplyDelete
  9. Saya harap Saiful masih boleh bersabar dan yakin dgn aturan Allah swt..Allah itu maha adil dan mengetahui segalan-galanya..pedulikan setiap kata2 nista yang orang lain lemparkan asalkan Saiful berpaksi pada Tuhan yang SATU, Allah SWT...

    p/s: Inshaallah..kami sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup Saiful...ameen...

    ReplyDelete
  10. Anwar menang kat mahkamah sebab taknikal .. Kalau mahkamah syariah , anwar akan menang kerana qazaf ( 4 org saksi). .Apalah nasib mereka yg akan kena liwat pd masa akan datang. Kenapa kalau bukan anwar ... senang pulak dpt pesalah. Dulu seorg lelaki meliwat seorg pelajar lelaki ( didapati bersalah kerana meliwat) Pesalah berani beri DNA tetapi anwar takut beri DNA???????

    ReplyDelete
  11. saya harap abg saiful sabar. percayalah allah akan menolong orang yang teraniaya. pembalasan d akhirat tidak dapat dipersoalkan lagi.

    ReplyDelete
  12. Kucing parsi..tak faham lah maksud ko ni..org yg baru lepas beranak pun biasa tak berak berhari2..kdg2 lebih seminggu sbb sembelit..sakit tu..ni kena liwat ikut bontot..masuk benda ke situ, mesti la sakit kot..maunya sembelit gak..kenapa pulak tak boleh mandi wajib? apa pulak kaitan berak dgn mandi wajib ni? Ko tak berak, ko tak bleh mandi wajib ke? Aku tak faham gaya pemikiran ko nih..

    ReplyDelete