Wednesday, June 24, 2009

[SAH] DSAI ke Washington DC 25hb Jun, Perth 11hb Julai.

Sebelum ini, saya ada menyatakan bahawa ada ura-ura mengatakan bahawa DSAI akan berlepas ke Washington D.C pada 25hb Jun 2009. Hari ini perkara tersebut telah disahkan di laman blog(klik) beliau dimana beliau akan menghadiri sebuah persidangan anjuran US-Muslim Engagement Project(pro-barat).

Memandangkan tarikh perbicaraan telah ditunda pada 8hb Julai 2009, jadi saya tidaklah terlalu bimbang oleh kerana sebelum ini tarikh perbicaraan adalah pada 1hb Julai 2009(risiko pulang lewat tinggi)

Terbaru, saya mendapat maklumat dari laman web ini mengatakan bahawa beliau akan menghadiri persidangan “Islam and The West” di Perth Australia pada 11hb Julai 2009. Klik pada gambar/laman web ini:


11 Julai? Bukankah Mahkamah telah menetapkan 8 Julai ini sebagai hari perbicaraan?
Kemungkinan, beliau telah begitu yakin bahawa Mahkamah akan mengugurkan pertuduhan pada hari tersebut.

Ini kerana pada 8 Julai ini, Mahkamah akan mendengar permohonan beliau untuk membatalkan pertuduhan(Gugur pertuduhan) terlebih dahulu. Jika Mahkamah menolak permohonan beliau, barulah perbicaraan akan dimulakan pada hari yang sama.

[Ulasan saya] Sampai bila beliau(VVIP) perlu diberi layanan istimewa? Bebas ke serata dunia walaupun sedang menghadapi pertuduhan/perbicaraan Mahkamah yang amat berat. Jika kes ini gugur sebelum ia dibicarakan, bagaimana pula dengan hak saya(rakyat biasa) sebagai pengadu/mangsa?

Saya tidak akan mengalah!

Allah swt Maha Adil lagi Maha Berkuasa.


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI


Pautan:

WARKAH
untuk DSAI dari seluruh rakyat Malaysia
The Unspinners
Anwar Ibrahim, kenangan manis di Tivoli Villa - oleh Dr Novandri

Monday, June 22, 2009

Kes Gugur? Kepada Allah ku berserah..

Mahkamah Dunia

[TERKINI] 8 Julai Hari Penentuan. Mahkamah menetapkan 1 Julai untuk mendengar permohonan Anwar supaya dibekalkan dengan dokumen dan barangan berkaitan kes. Mahkamah juga akan mendengar pada 8 Julai ini permohonan untuk membatalkan pertuduhan(Gugur pertuduhan) yang dihadapinya.

Pada 8 Julai ini, sekiranya Mahkamah menerima permohonannya, maka pertuduhan akan digugurkan bermakna kes gugur(tiada perbicaraan). Jika sebaliknya, maka saya akan dipanggil untuk beri keterangan serta merta(perbicaraan diteruskan).

Mahkamah Tinggi, Jalan Duta. Pada jam lebih kurang 9.00 pagi ini, Hakim akan mendengar permohonan pihak peguam bela tertuduh bagi mendapatkan segala bukti-bukti dari pihak pendakwaraya. Ironinya, segala bukti-bukti dan tuntutan-tuntutan mereka telahpun diserahkan dan dipenuhi namun mereka masih lagi mahu membuat tuntutan seperti menuntut BUKTI ASAL diserahkan.

Tujuan mereka hanya satu, mereka ingin menunjukkan kononnya Mahkamah tidak berlaku adil jika tuntutan mereka tidak dipenuhi walhal ia sebaliknya.

Menurut mereka, jika segala tuntutan mereka tidak dipenuhi, mereka mahu Mahkamah MENGUGURKAN KES sebelum ia dibicarakan. Inilah ''keadilan'' bagi mereka.

[Ulasan sebelum ini] Tidak terkata, jika ditakdirkan kes ini digugurkan di Mahkamah Dunia, tidak mengapa, saya redha.. Kerana kelak semasa di Masyar (Mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga.. Sebagai hamba Allah yang kerdil, saya hanya mampu berusaha, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t sahaja, kerana Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.


Hayatilah Firman Allah ini:

'' Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. '' (Surah An-Nisaa: 135)


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!


SAIFUL BUKHARI


Pautan:

Dato' Seri, saya juga sudah bersedia
Menegakkan benang yang basah- buat YB Nurul Izzah

Gugurkan Kes! - DSAI
[Ulangan] 25hb jun DSAI berlepas ke Washington?
Harapkan agar, pagar makan padi - Bapa
Berjayakah Anwar gugurkan kes sebelum perbicaraan? - Cyber1trooper
Mohd Saiful Bukhari Azlan by Syed Akhbar Ali
Penipuan ''Sakit Belakang'' DSAI
Penipuan Imam Ramlang Porigi

Saturday, June 20, 2009

Dato' Seri, saya juga sudah bersedia..



''Anwar juga berkata beliau bersedia bersemuka di mahkamah dengan Mohd Saiful''
-Suara Keadilan-

Alhamdulillah, sejuk hati saya apabila mendengar khabar Dato' Seri sudi hadir di Mahkamah
pada 1 Julai 2009 ini. Sudah setahun lamanya saya menantikan hari bagi kita
menyatakan kebenaran masing-masing untuk kunjung tiba.
Moga kali ini, Dato' Seri dapat berpegang pada janji.

Kepada Allah Ku Mohon Kekuatan dan Berserah..


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Thursday, June 18, 2009

Anwar Mohon Buang Tuduhan Sebelum Bicara

Gambar semasa ceramah di Bukit Gelugor, P.Pinang, PRU-12.
Saya(berbaju biru) dibelakang DSAI. Video di sini
[Ulasan saya dibawah]
Dari Bernama

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Dalam permohonan yang difailkan oleh peguamnya, S.N.Nair, Anwar, 62, juga memohon perintah membatal dan membebaskan beliau dan sebuah perintah menangguh perbicaraan kes liwatnya yang ditetapkan dari 1 hingga 24 Julai ini.

Dia menamakan Pendakwa Raya sebagai responden dalam permohonan tersebut.

Nair memberitahu pemberita bahawa permohonan itu difailkan atas dasar bahawa tuduhan keseluruhan itu adalah satu persendaan, tidak masuk akal dan tidak mempunyai asas sama sekali.

"Tidak ada kes terhadap anak guam saya," katanya, sambil menjelaskan pihak pembelaan tegah berpendirian bahawa tuduhan terhadap Anwar itu adalah satu konspirasi politik.

Nair juga memberitahu bahawa beliau menerima empat dokumen -- rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV), laporan kimia, kenyataan saksi Anwar dan laporan perubatan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan-- dari pengawai penyiasat semalam tetapi masih menunggu dokumen lain.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.

Sementara itu, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan mendengar permohonan Anwar Isnin ini bagi mahkamah memerintahkan pendakwaan menyediakan semua dokumen berhubung dengan tuduhan liwat itu.

-- BERNAMA

[Ulasan saya]: Tidak terkata.. Jika ditakdirkan kes ini digugurkan di Mahkamah Dunia, tidak mengapa, saya redha.. Kerana kelak semasa di Masyar (Mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga.. Sebagai hamba Allah yang kerdil, saya hanya mampu berusaha, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t sahaja, kerana Dialah yang Maha Adil lagi Maha Berkuasa.

Firman Allah:

Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. ( Surah Al-Nahl, Ayat 127)

Firman Allah:

'' Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. '' (Surah An-Nisaa: 135)


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Pautan:

Berjayakah Anwar gugurkan kes sebelum perbicaraan? - Cyber1trooper
Mohd Saiful Bukhari Azlan by Syed Akhbar Ali
“Brader Anwar II ” Will Be Playing Soon by Syed Akhbar Ali
Keadilan untuk Anwar?
1 Julai tarikhnya.. Alhamdulillah..
Syukur..
Maju Setapak.. Alhamdulillah..
Kenyataan Media: Pedengaran Semakan Kehakiman 5 Febuari2009
Penipuan Imam Ramlang Porigi

[Kepada yang sudi membimbing mahupun memberi tips2 persiapan untuk ke Mahkamah, bolehlah menghantar kiriman anda ke alamat email HariKebenaran@gmail.com , atau diruangan komentar entri ini]

Saturday, June 13, 2009

Menegakkan benang yang basah..


Muka depan akhbar sinar harian hari ini sarat dengan berita mengenai perbicaraan yang bakal berlangsung pada 1 Julai 2009 ini. Pelbagai kenyataan diberi oleh beberapa pihak dan diantaranya adalah anak kepada pihak terduduh YB Nurul Izzah. Hatta, ia membuatkan saya terpanggil untuk menjawab beberapa kenyataan yang pada hemat saya agak menyimpang dan perlu dijawab bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai.

''Ayah akan menang dalam kes berkenaan sekiranya tidak ada campur tangan pihak lain terutama orang politik'' kata Izzah

Jawapan saya: Sebenarnya, disebab campur tangan politiklah kes ini sering tertangguh dan memberi banyak kelebihan kepada bapanya, bukan kepada saya. Sila lihat petikan penghakiman ini:

''However, this case raises a unique situation where it is evident that any involvement by the AG in this case would seriously undermine public confidence in the administration of criminal justice. That is the compelling and overriding factor that warranted the Prime Minister's promise which this court is prepared to uphold.'' - 7 Nov 2009, SM Komathy Suppiah- (baca disini)

Bukan niat saya mahu mempertikai keputusan Mahkamah ini tetapi bukankah ia jelas menunjukkan ada campur tangan politik? Tetapi, disebabkan ia memberi kelebihan kepada pihak mereka, maka mereka hanya berdiam sahaja.

Tun Abdullah yang pada ketika itu Perdana Menteri memberi secukup-cukupnya ruang dan keadilan pada mereka tetapi malangnya mereka masih tidak bersyukur.

“Bagaimana hebat pun kita sediakan pembelaan tapi akhirnya kalau kita berdepan dengan satu sistem kehakiman yang berhadapan dengan kepincangan, maka ada risiko tetap berada di situ,” katanya lagi.

Jawapan saya: Bukankah sistem kehakiman yang kononnya ''pincang'' inilah yang telah membebaskan bapanya pada tahun 2004? Ke semua hakim bersetuju bahawa kejadian liwat memang berlaku, tetapi bapanya diberi kemenangan atas faktor teknikal. Sila rujuk disini

Jika mahkamah tidak adil, mengapa bapanya menerima kelebihan-kelebihan ini?:

1)Ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen, penetapan tarikh-tarikh perbicaraan mengambil kira dan memberi kelongaran kepada faktor bahawa beliau perlu hadir di Parlimen.
2) Beliau juga diberi jaminan bon peribadi dimana wang jaminan TIDAK perlu didepositkan
3) Paspot antarabangsa beliau tidak ditahan.
4) Perdana Menteri (pada ketika itu Tun Abdullah) sendiri telah memberi jaminan kepada beliau dan keluarga supaya perbicaraan ini dibicarakan dengan seadil-adilnya. Rujuk penghakiman ini



TERBARU, Mahkamah menerima permohonan untuk mendengar permohonan dari pasukan peguambelanya pada 22 Jun ini bagi mendapatkan keterangan-keterangan saksi dan bukti-bukti asal sebelum perbicaraan bermula.

Walhal menurut maklumat yang saya terima segala dokumen yang sepatutnya telah pun diserahkan 6 Bulan lepas, malah ada diantaranya yang jarang sekali diberi kepada pihak tertuduh. Maaf kata, jika tertuduh itu ''orang biasa'', jangan mimpi pihak DPP dan Polis akan melayan permintaan-permintaan yang keterlaluan mereka itu.

Apakah jaminan jika bukti asal diberi ia tidak akan diubah/dirosakkan? Belum pernah dalam mana-mana perbicaraan pihak pendakwaan menyerahkan BUKTI ASAL dan keterangan-keterangan saksi sebelum hari perbicaraan dimulakan tetapi menurut definisi ''KEADILAN'' pihak mereka, ia perlu diberi.

Berikut saya paparkan kenyataan YB Izzah semasa sidang media sehari selepas saya membuat laporan polis.



Transkrip video sidang media di atas(klik disini jika tidak dapat melihat):

Wartawan: Datin Seri, anda tahu secara sah dimana suami anda berada pada ketika itu(petang, 26 Jun 08)?

Datin Seri: Dia ada mesyuarat.. errrrr

Izzah(mencelah)
: Dia bersama kami. Sila tanya soalan lain.


Persoalan saya: Adakah benar DSAI bersama keluarga pada ketika itu YB Izzah? Sama-samalah kita nantikan kebenarannya di Mahkamah pada 1 Julai 2009 ini.

Akhir kalam, bukan niat saya untuk berbalah dengan YB Izzah, tetapi saya menjawab hanya dengan niat untuk mempertahankan kebenaran. Sebagai anak kepada bekas majikan saya dan juga bekas ''senior'' saya di universiti, saya amat menghormati beliau. Sebagai anak kepada tertuduh juga, saya tidak menafikan hak beliau untuk mempertahankan bapanya, namun janganlah sampai sanggup berdusta dan memfitnah sesiapa sahaja sehingga ia boleh mengelirukan orang ramai.

Kepada YB Izzah: ''Mahkamah adalah tempat seadil-adilnya bagi menyelesaikan perkara ini. Jika bapa anda dipihak yang benar, tiada apa yang perlu ditakutkan, kerana kebenaran tetap kebenaran. Nasihatkan bapa supaya tidak melengahkan perbicaraan ini lagi dan hadir pada 1 Julai. Saya juga mengalukan-alukan YB Izzah hadir semasa saya memberi keterangan bagi YB melihat sendiri kebenaran''


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Pautan:

“Brader Anwar II ” Will Be Playing Soon by Syed Akhbar Ali
Keadilan untuk Anwar?
1 Julai tarikhnya.. Alhamdulillah..
Syukur..
Maju Setapak.. Alhamdulillah..
Kenyataan Media: Pedengaran Semakan Kehakiman 5 Febuari2009
Penipuan Imam Ramlang Porigi

Wednesday, June 10, 2009

''Serahkan dokumen, keterangan saksi-saksi dan rakaman asal CCTV, JIKA TIDAK , GUGURKAN KES! '' - kenyataan angkuh DSAI


Video DSAI dan Bapa dari posting Harapkan pagar, pagar makan padi

Begitulah tuntutan terkini pejuang ''KEADILAN'' tersohor negara ini sebelum hari perbicaraan yang akan bermula dalam masa lebih kurang 19 hari lagi.

Percayalah, pelbagai alasan lagi akan dicanang bagi mengelirukan rakyat serta untuk beliau mengelakkan diri daripada dibicarakan di Mahkamah kelak. Adakah tidak cukup ruang dan keadilan yang Mahkamah beri selama 1 tahun kes ini ditangguh? Hujah saya di sini, sini, sini, sini Dimana keadilannya buat si pengadu jika kes digugur sebelum dibicarakan?

Melalui maklumat yang saya terima, segala dokumen yang sepatutnya telah pun diserahkan 6 Bulan lepas, malah ada diantaranya jarang sekali diberi kepada pihak tertuduh. Maaf kata, jika tertuduh itu ''orang biasa'', jangan mimpi mereka akan dibenarkan membuat tuntutan-tuntutan dan diberi keistimewaan seperti yang beliau dapat.

Walau bagaimanapun, saya serahkan kepada kebijaksanaan pihak Mahkamah dan Pendakwaraya dalam mempertimbangkan tuntutan-tuntutan keterlaluan beliau ini. Yang penting bagi saya, perbicaraan pada 1 Julai ini harus dijalankan.

Saya berdoa dan memohon supaya tiada lagi penangguhan. Sudah setahun saya dan keluarga menunggu bagi mendapatkan keadilan yang tak kunjung tiba.


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI


-1 Julai Hari Kebenaran-

[Kepada yang sudi membimbing mahupun memberi tips2 persiapan untuk ke Mahkamah, bolehlah menghantar kiriman anda ke alamat email HariKebenaran@gmail.com , atau diruangan komentar entri ini]


Tuesday, June 9, 2009

[ULANGAN] 25hb Jun: DSAI berlepas ke Washington? Harap pulang sebelum 1 Julai.

Kedutaan Turki, KL: DSAI pernah melarikan diri di sini
konon nyawanya terancam. Harap lakonan ini tidak berulang.



Terdapat beberapa maklumat yang saya terima mengatakan bahawa DSAI akan berlepas ke Washington D.C, Amerika Syarikat pada 25hb Jun 2009, 6 hari sebelum perbicaraan utama bermula.

Jika benar maklumat tersebut, saya harap beliau dapat pulang dan hadir pada hari perbicaraan utama kelak. Janganlah ''lari'' mohon perlindungan disana pula. Jika maklumat ini tidak benar, baguslah kalau begitu.

Dalam pada itu, pada hemat saya adalah tidak wajar untuk beliau kali ini mempertikaikan integriti dan ketelusan Mahkamah. Ini kerana, bermula dari hari beliau didakwa, sudah banyak peluang dan kelonggaran yang telah diberi.

Antara peluang dan kelongaran yang telah diberi;

1) Ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen, penetapan tarikh-tarikh perbicaraan mengambil kira dan memberi kelongaran kepada faktor bahawa beliau perlu hadir di Parlimen.
2) Beliau juga diberi jaminan bon peribadi dimana wang jaminan TIDAK perlu didepositkan
3) Paspot antarabangsa beliau tidak ditahan.
4) Perdana Menteri (pada ketika itu Tun Abdullah) sendiri telah memberi jaminan kepada beliau dan keluarga supaya perbicaraan ini dibicarakan dengan seadil-adilnya. Rujuk penghakiman ini

Selain itu, beliau sendiri baru-baru ini semasa Mahkamah Tinggi memberi kemenangan kepada YB Nizar mengakui dan menyeru rakyat supaya menghormati Mahkamah yang sememangnya telus dan bersama mendaulatkan Undang-Undang.

Jadi, pesanan saya buat DSAI, ''peganglah kata-kata anda itu untuk kes anda kelak''.

Akhir kata, pada 1hb Julai 2009 nanti genaplah 1 tahun saya berada dalam penantian bagi menuntut keadilan. Banyak dugaan dan rintangan yang telah dan akan saya, tunang dan keluarga hadapi lagi dalam menanti hari tersebut untuk tiba. Walau apapun, saya akan menantikan hari tersebut dengan penuh sabar dan reda. Saya berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.



Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!



SAIFUL BUKHARI

- 21 hari ke Hari Kebenaran -

Terdahulu:

40 hari lagi tarikhnya.. Mohon bimbingan dan doa
1 Julai tarikhnya.. Alhamdulillah..
Syukur..
Maju Setapak.. Alhamdulillah..
Keadilan untuk Anwar?
Kenyataan Media: Pedengaran Semakan Kehakiman 5 Febuari2009
Penipuan Imam Ramlang Porigi

[Kepada yang sudi membimbing mahupun memberi tips2 persiapan untuk ke Mahkamah, bolehlah menghantar kiriman anda ke alamat email HariKebenaran@gmail.com , atau diruangan komentar entri ini]

Saturday, June 6, 2009

Dirgahayu Tuanku

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah


Semoga Allah Lanjutkan Usia

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI
AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH

Sempena

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda
Pada 6hb Jun 2009 Bersamaan 12 Jamadilakhir 1430H




Wednesday, June 3, 2009

Deception



Sepandai-pandai tupai melompat,
akhirnya jatuh ke tanah jua..

Sepandai-pandai DSAI berlakon sakit tenat,
akhirnya Allah swt tunjukkan kebenaran jua..


- 1 Julai Hari Kebenaran -

Monday, June 1, 2009

Usah ditipu lagi..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya tidak berhajat untuk mengulas panjang mengenai entri saya pada kali ini, cukup sekadar dengan memberi link dibawah untuk anda tontoni dan menilainya sendiri.

http://khairulryezal.blogspot.com/2009/05/wajah-wajah-anwar-i.html

Insyallah, semoga ia sedikit sebanyak dapat membuka ''hijjab'' mereka yang masih tertutup itu.



Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI



-29 hari ke Hari Kebenaran-