Tuesday, September 30, 2008

Salam Lebaran Buat Mama


Pusara Allahyarhamah Hjh Halina Bt Mohd Alip. Beliau telah kembali
ke Rahmatullah akibat kanser payudara pada jam 11.58pm 20/7/2004
diwad ICU Pantai Medical Center.
Berlinang air mata tatkala melihat pusara Allahyarhamah kelmarin. Walaupun sudah 4 bulan saya tidak menziarahi tetapi bunga dan pokok tumbuh subur mengeluarkan bunga yang cantik. Telah saya cuci dan hias pusaranya sesuai dengan Allahyarhamah yang cantik orangnya.

Tahun ini genap 4 tahun syawal disambut tanpa ibunda tercinta Allahyarhamah Hjh Halina Bt Mohd Alip. Rindu yang tak terkata tatkala teringat membantu Allahyarhamah membuat persiapan kuih muih menjelang syawal. Kuih tart dan Kek Buahnya (Fruit Cake) sudah menjadi kewajipan setiap syawal untuk dibawa ke kampung. Semoga Roh beliau senantiasa dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.
Tahun ini juga buat pertama kalinya saya tidak dapat menyambut Hari Lebaran bersama adik dan keluarga tercinta. Maklumlah, "perjuangan belum selesai". Akan tetapi, ini tidak sama sekali melunturkan semangat saya dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada tunang saya yang tercinta, bapa, keluarga, saudara mara, sahabat handai yang amat saya rindui serta anda sekalian. Mohon maaf zahir dan batin.

SAIFUL BUKHARI


p/s: Allamdullilah saya sihat wala'fiat. Walaupun sedih tidak dapat menyambut lebaran tetapi semangat saya tetap utuh untuk berjuang semasa perbicaraan nanti.